Resepi : Puding Jagung Berkuah Laici

Resepi puding jagung berkuah di bawakan oleh puanbee , resepi asal mak mentua punya , mula-mula kawin memang mak mentua buat puding jagung ni , marbeless.. tapi mak mentua tak letak kuah , tapi saya letak ye ..saja bagi sedap sikit. Boleh je kalau nak makan tanpa kuah pun.. Jangan risau .. meh tengok resepinya di bawah pulak.

Bahan-bahan buat puding jagung :

  • 1 Tin Jagung (saya beli jenama ayam brand).
  • 1 Tin susu cair.
  • Sebungkus agar-agar biasa tu. 50g
  • 10 Sudu tepung kastard (kacau dulu dengan air , agak-agak je air sikit saja )
  • Gula secukupnya (lupa nak sukat)
  • 1 cawan air

Cara buat :

  1. Masukkan agar-agar dalam air dan masak sehingga cair. Pastikan selalu kacau ya .. setelah semua dah cair , angkat dan tapis..
  2. Gunakan periuk lain , masukkan agar-agar cair tadi , susu dan jagung ..masak dengan api perlahan.. kacau .. jangan tinggal .. masukkan gula .. kacau lagi dan masukkan tepung kastard yang telah di bancuh dengan air tadi.
  3. Kacau sehingga agak pekat dan nampak tak ada apa-apa ketulan kecuali jagung lah.
  4. Dan boleh mula tuangkan ke dalam acuan.

Untuk kuah puding jagung ini :

Bahan-bahan

  • 1 Tin laici
  • 1 Tin susu cair

Cara buat :

  1. campurkan ke dua-dua bahan , dan kacau di atas api .. api mestilah perlahan saja , agak macam dah lama sikit .. boleh angkat.
  2. Kuahnya ni nanti akan rasa laici dan lemak-lemak sikit.

Selamat mencuba
Hiasan meja di buat oleh lailabee , layan …

Tengah delete link error di webmastertool & nak buat 2 adsvertorial.

25 Comments

  1. Myra Jay 8 May 2012 Reply
  2. yanmie 2 May 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 2 May 2012 Reply
  3. Hafizul 1 May 2012 Reply
  4. Jebeng Otaiβ„’ 11 April 2012 Reply
  5. yas 11 April 2012 Reply
  6. puan kutu 10 April 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 10 April 2012 Reply
  7. Denaihati 9 April 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 9 April 2012 Reply
  8. Azie 9 April 2012 Reply
  9. juanita 9 April 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 9 April 2012 Reply
      • juanita 9 April 2012 Reply
        • puanbeeAuthor 9 April 2012 Reply
          • juanita 9 April 2012 Reply
            • puanbeeAuthor 9 April 2012 Reply
  10. akubiomed 8 April 2012 Reply
  11. titan 8 April 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 8 April 2012 Reply
  12. azura 8 April 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 8 April 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.