Resepi Nasi Minyak Beras Basmathi King Jasmine ( Jamuan Puasa )

Share

Jamuan untuk akhir bulan ramadan ni. Mesti makan special sikit .. makanan kegemaran si suami adalah kari kepala ikan dan nasi minyak. Kalau dah baca entri sebelum ini iaitu Cabaran beras Jasmine Basmathi King   dan juga resepi kari kepala ikan sentuhan orang utara ini adalah untuk melengkapkan Resepi Nasi Minyak Beras Basmathi King Jasmin ini laaaaa ~

Dah pernah cuba beras Basmathi king ini ? kalau belum … korang mesti cuba … beras yang panjang lebih padat dan membuatkan nasi lebih sedap , kenyal dan cepat kenyang. Lagi satu bau nya memang harum semerbak …

nasi minyak basmathi king jasmine

Yang perlu ada dalam resepi ini , tentulah beras Basmathi King jenama Jasmine ye …

beras basmathi king jasmine

Bahan untuk membuat nasi minyak special ni.

  1. Bawang merah
  2. Bawang putih
  3. Halia
  4. Kismis
  5. Buah pelaga
  6. Kulit kayu manis / bunga lawang
  7. 5 sudu besar jus oren sunquick
  8. 5 sudu besar susu cair
  9. Minyak untuk tumis ( agak-agak lah dalam 10 sudu )
  10. Pewarna kuning jika suka.

Langkah memasak Nasi minyak 

Oh .. senang je step dia .. bagi ibu-ibu yang biasa masak nasi tak ada masaalah … Cuci dulu beras dan tambah air di dalam periuk. Air dan beras mesti sama banyak , contoh kalau guna 4 cawan beras maka air nya pun sama banyak. Di sebabkan beras basmathi ni kurang kanji dari beras biasa , jadi tak perlu risau jika kita nak tambah bahan lain nanti. Nasi tak akan jadi lembik sangat. Sedang-sedang sahaja.

mencuci beras untuk di masak

Kemudian dah sukat air dan beras di bersihkan … tumis bahan-bahan di bawah menggunakan minyak masak biasa. Ada orang guna miyak sapi , atau sapi di campur planta. Tetapi saya ni dalam mengandung tak suka bau minyak sapi atau planta. Tak boleh terima .. jadi guna minyak biasa sahaja. Tumis sehingga naik bau.

  1. Bawang merah
  2. Bawang putih
  3. Halia
  4. Kismis
  5. Buah pelaga
  6. Kulit kayu manis / bunga lawang

Dah tumis sehigga naik bau , teruska masuk kan bawang beserta minyak ke dalam periuk. Saya guna periuk nasi elektrik .. agak tak rajin nak masak tanpa periuk nasi elektrik ni .. haha …

resepi nasi minyak mudah dan sedap

Kacau sedikit dan tutup periuk , buka suiz dan tunggu sehingga nasi masak sedikit … dalam proses ni korang akan terbau satu aroma yang sangat dasyat dan memanggil-manggil kita untuk makan. Wangi sungguh bau beras ni ketika masak.

beras basmathi king jasmine

Apabila dah siap kembang nasi tu .. boleh la teruskan ke langkah berikutnya …   Masukkan sesenduk susu cair , atau 5 sudu besar lah lebih kurang … dan juga Sesenduk jus oren sunquick .. kacau dan tutup periuk .. biarkan seketika di dalam periuk sehingga masak. Tengok gambar bawah.

cara masak nasi minyak begambar

Dah siap di masak .. boleh lah kita tambah pewarna .. hanya titik kan di atas nya .. tutup periuk dan apabila tiba masa untuk makan baru gaul nasi tersebut.

nasi minyak guna beras basmathi

Boleh lah di hidang dengan lauk sampingan iaitu jelatah timun , papedom dan kari kepala ikan special. Nak resepi sila selak link-linik yang di sediakan di bawah .. hihihihi

kari kepala ikan dan nasi minyak

  1. Resepi kari kepala ikan 
  2. Resepi jelatah timun

Mana rupa beras Jasmine Basmathi King tu ? adaaaa .. di bawah ni … sila-sila ..  🙂

basmathi king jasmine

Selamat mencuba .. gigih mak edit gambar ye ….  🙂

Terima kasih kerana membaca …

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

15 Comments:

  1. Rumah terbuka banyak hidangkan nasi briyani ni..

    Huhu.. Heaven

    Tambah kari kambing .. ISh3.. Meleleh air liur

  2. Sulastri Abdullah

    Bagi resepi jelatah sekali blh ke. Sedap le…nadi.minyak ni.

  3. alahai bee………………… kak jie nak buat lagi masak2 beras basmathi jasmine ni
    lepas raya…sedap
    seronok pula nak menjamu jamu sedara makan

  4. Pingback: Resepi Kari Kepala Ikan Sentuhan Orang Utara | ~ Ini lah FaMiLi @ Puanbee.com ~

  5. Sepertinya di daerah saya belum menemukan jenis beras ini tapi kalau diganti dnegan beras biasa apakah rasan nasi minyak-ya tetap seenak yang dibuat dari beras basmathi ya..
    Terima kasih atas share resepnya Puan..

  6. nanti saya hadiahkan jugak beras ni kat mak saya..dah banyak sangat dah baca promo beras jasmine king ni..hahaha

  7. Ya allah…terujanya SA tgok nasi minyak ni…kegemaran anak dara SA ni…

  8. Terbaik, dugaan membaca entri ini diwaktu tengahari. Rasa macam ada bau sampai didepan laptop. 🙂

  9. Patutlah nampak sedap dan menarik Nasi Minyak akak ni… Guna Beras Basmathi King rupanya… Akak beli beras ni sekampit berapa ringgit?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *