Resepi Mee Rebus tapi saya suka kuey teaw rebus

 Baru-baru ni sempat buat Mee Rebus , tetapi saya memang peminat kuey teaw so jadi kuey teaw rebus lah ye .. kalau nak resepi boleh ambil di bawah. Kebiasaan resepi yang saya tulis akan menjadi rujukan saya dan adik beradik yang lain juga. Sebab tu buat apa2 asyik nak letak dalam blog.

mee rebus

Bahan-bahan yang perlu ada untuk memasak Mee Rebus

  • Sila sediakan mee kuning atau kuew teaw

Bahan Kisar untuk di tumis

  1. 2 Gengam Cili Kering di kisar
  2. 7 ulas bawang merah dikisar
  3. 4 ulas bawang putih di kisar
  4. segenggam udang kering dan secubit belacan dikisar
  5. 2 inci lengkuas
  6. 2 inci halia
  7. segemgam ikan bilis- buang tulang dan isi perutnya

Sediakan dahulu Ubi keledek dan ubi kentang rebus dan air rebusan tulang.Bahan-bahan seperti di bawah.

  • 2kg Tulang daging
  • 4 biji ubi keledek merah
  • 3 biji ubi kentang
Bahan lain.
  • Minyak
  • 2 sudu serbuk kari
  • 200 g udang segar (tak kira saiz apa)
  • 3 keping fish cake
  • 1 paket fish ball
  • lobak merah
  • 4 tangkai serai

Bahan untuk hiasan. Terkurang sikit pun tak pe.

  • 10 biji telur ayam
  • 4 biji cili merah
  • 3 keping tauhu
  • 3 biji ubi kentang
  • daun bawang
  • bawang goreng
  • taugeh

Cara menyediakan Kuah Mee Rebus

Seperti biasa , cuci dan rebus tulang daging sehingga empuk.
Rebus ubi keledek bersama air sehingga empuk dan dikisar sehingga halus.

Kemudian tiba bahagian menumis.

Sila masukkan bahan kisar untuk menumis (tengok bahan menumis di atas)sehingga kering dan naik baunya , masukkan juga rempah. Gaul atau kacau sehingga bahan rempah ini masak dan pecah minyak.

Apabila rempah sudah pecah minyak , masukkan daging serta tulang bersama air rebusan ke dalam periuk dan dibiarkan mendidih.Setelah mendidih, masukkan ubi keledek merah dan juga ubi kentang yang telah dikisar lembut tadi.

Seterusnya masukkan udang segar, fish cake dan fish ball , lobak merah , serai dan biar kan sehingga kuah kelihatan pekat dan likat.

Akhir sekali perasakan kuah dengan perisa dan garam. Ubi keledek dah manis jadi tak perlu letak gula lagi ya.

Hiasan Mee Rebus

  1. Telur rebus
  2. Tauhu goreng
  3. Daun bawang
  4. Hirisan cili merah
  5. Bawang goreng

Jom layan mee rebus pulak.  Tak di lupakan Char Kuey Teaw Sungai Buloh .. rinduuu nak p perkena lagi ..

Comments

  1. mohon share resepi ye…nak buat raya nanti la…

  2. carnationbeauty :

    wah! sedapnya. nanti nak trylah.

  3. pehh..macam-macam dimakannya..

  4. Wah Mee rabus mari. 🙂

  5. wahhh menyelerakan…emmm teetelan air liur sendiri…waaaa tak leh tahan tengok gambar ni…adussss

  6. Husband sy suke mee rebus..tp sy x reti masak…bley try ni gune resepi puanbee… tq! 😉

  7. ciktom suka mee rebus guna mee kuning…tp keuy teaw mmg fevret cik tom 😉

  8. Tak pernah try lagi kuew tiau rebus. Mesti sedap juga kot.

  9. Nampak menyelerakan… walaupun saya pun peminat kuey teow, tapi bab mee rebus ni, saya suka kalau guna mee kuning tu… tetiba teringin nak makan mee rebus, boleh cuba buat esok ni… 😀

Trackbacks

  1. […] buat sendiri boleh cuba Resepi Mee Rebus saya ni .. /* innity_pub = "f18a6d1cde4b205199de8729a6637b42"; innity_zone = […]

Speak Your Mind

*