Resepi Lemang Daun Pisang

Resepi datang lagi ..pelbagai komen yang saya dapat bila saya sebut nak buat lemang daun pisang dalam entri lepas kan .. so sekarang meh saya bagi resepi dan gambar. Bagaimanakah rupa lemang yang dibungkus dengan daun pisang tu ?? ok .. bila di potong lemang tu rupanya sebijik serupa mcm lemang yang di perbuat dari buluh , yang bezanya pembuatan lemang daun pisang ni lebih mudah tak perlu buluh dan bakar guna kayu api bagai , sesuai ler dengan keluarga saya yang ramai perempuan dari lelaki ..renyah tau nak buat lemang buluh tu .

Resepi Lemang Daun Pisang

Resepi Lemang Daun Pisang

Ini lah rupanya bila lemang tu dah di balut dengan daun pisang dan sedia untuk di kukus … menarik tak ? nak ikat dengan tali tu mudah saja , tak perlu takut .. siapa yang pernah masak lopeh mesti tahu cara ikatan di atas ..

daun pisang untuk di buat lemang

daun pisang untuk di buat lemang

Sebelum buat lemang daun pisang mesti lah sediakan daun pisang dengan banyaknya .. di Kl ni saya beli tau satu lembar daun pisang 30 sen ..perghh ..

Pulut tanak dengan santan

Pulut tanak dengan santan

Dan juga tak di lupakan pulut untuk di buat lemang , heheh jangan buat-buat lupa pula! Bebel dah cukup panjang ke belum ? kalau dah meh tengok resepinya pula !

Bahan pulut :

Pulut (Mengikut suka hati korang lah berapa kilo yang ada)
Santan pekat / Pati santan.
Sedikit garam dan gula.

Untuk bungkusan :

  • Daun pisang
  • Tali

Masak Pulut dengan santan dahulu , masukkan sedikit garam dan gula dengan api perlahan , kacau dan biarkan separuh masak.

Dah siap separuh masauk boleh lah mulakan membungkus dengan menggunakan daun pisang.

Setelah di bungkus , korang masukkan dalam periuk kukus dan kukus sehingga layu daun pisang selama 30-45 minit mengikut saiz lemang tersebut.

Tips masak pulut :

  1. Nak senang masak pulut tanpa ada kerak , eloklah di kukus ..
  2. Sukatan apabila masak pulut , pastikan santan di masukkan tenggelamkan pulut dalam 1 inci sahaja.

Pstt : gambar lemang yang di potong tak de , sebab saya tolong orang masak di rumah orang nih , saya tak ambil lah gambar semasa lemang nih dipotong . kaber cun! perghhh hahaha…lainkali saya buat saya upload k!

Entri lama : Oct 4, 2011 @ 9:16

Search

Comments

  1. err,,akk x pernah jmpe lg lemang cenggini bee,tp yg pastinya rasa dia sedap kan..hehe
    mama3heroo recently posted..KUIH RAYA 2013My Profile

  2. nis x penah masak pulut… hoho… larikkkk~
    Ummi Hanie recently posted..Tutti Frutti ~ teringin nak pekena sekali sebelum bulan puasaMy Profile

  3. menarik gak idea ni ya..senang kan tak yah bakar-bakar guna buluh coz setiap kali raya kalau nak bu8at lemang sure part nak bakar lemang tak da orang nak buat..last-last macam-macam jadi kat lemang tu..
    raudzah recently posted..Ajaib: Masih Hidup Biarpun Di “Gilis” KeretapiMy Profile

  4. menarik ni.adik sy sellau raya beli je lemang ni.hehe..

    bila tgok ikatan daun pisang ni teringat ketupat daun pisang aruah mak..terbaik!
    puan kutu recently posted..Botol Susu NUK, MAM dan Tommee TippeeMy Profile

  5. adoiii, saya x leh la tgk pulut, mesti ngidam nak cicah ngan rendang, adoiii
    Juan recently posted..Teknik Affiliate Dengan Teknik SEO Merah JambuMy Profile

  6. daun pisang pun dah 30 sen…patutla lemang kat sana mahal kan…ada yg cakap sebatang lemang boleh mencecah RM8…kat sini RM8 dah boleh beli 2/3 batang…
    syamila recently posted..Usaha Berterusan Pasti Membuahkan Hasil…kan Husna…My Profile

  7. Serius, tidak pernah tahu mengenainya. Memang resepi yang menarik! Selalu yang dengar adalah lemang yang dimasak dalam buluh. InsyaAllah akan mencubanya. Terima kasih kongsikannya!

  8. makan satu saja sudha bisa mengganjal rasa lapar nie
    terima kasih resepnya puan :)
    Rina recently posted..How To Create jQuery Featured Content Slider For WebsiteMy Profile

  9. resipi pra ramadan….. dah mula tunjuk resipi ni.. nanti masuk bulan puasa lagi sakan kan… tambah kita mak2 ni blogger suri rumah ….
    zie fauzi recently posted..Dunia Baru HumairaMy Profile

  10. Tak pernah lagi buat dan makan lemang kat dalam daun pisang ni..kalau ikut panduan dalam entri puan bee ni, boleh buat kot tahun ni..
    Hairul Azni recently posted..SEO Bantu Saya Dapat RM200.00 Dari Contest DenaihatiMy Profile

  11. raya ni boleh buat..umah saya pun kurang lelaki..payah nak bakar2 ni..lagipun sekarang tak elok bakar2 sangt..muahaha
    diana recently posted..PETUA ATASI KULIT BERMINYAKMy Profile

  12. Selalu Time Raya mak Azie ada buat lemang macam ni senang dan mudah, mak Azie lepas kukus macam gambar kat atas tu, pastu bakar pula dalam kuali sekejap.
    Azie recently posted..Peria Masak SedapMy Profile

  13. mcm nih pun bleh mkn lemang, ikut kesesuaian. cara dia rendam santan sama mcm mak saya la,, hujung minggu nih kitorang buat lemang, sambut puasa.
    eiela recently posted..Homemade Asam KepingMy Profile

  14. sekali tengok sebijik macam lopeh. tambah aroma daun pisang yang kuat tu buat semakin sodap.
    Denaihati recently posted..DiGi WWWOW Awards 2013My Profile

  15. cthanahoney :

    lemang daun pisang ni mmg kat umah atok belah ayah selalu buat..lebih sedap.lembut.xmcm lemang buluh biasa..sapa mkn lemang daun pisang pasti suka..dan trus xpandang lemang biasa.. :)

  16. selalu yg ikat2 nie lontong, tgk resepi puanbee pulut pun ada ye…

    • pulut pun boleh .. tahu tak lopeh yg warna hijau tu ? yg makan dgn air gula mereh ..cr buat sama sebijik dengan buat lemang ni cuma dlm pulut tk masuk santan .. dap nyaaa

  17. Pacifista :

    lemang memang best.raya tahun ni pun tak dapat nak makan lemang.sayang… :(
    Pacifista recently posted..Syarat dan Terma Bonus PacifistaMy Profile

  18. Uik
    Mcm sedap je ;)

  19. woo..sama macam yang mak chii buat :p

    sedap dimakan..hingga menjilat jari..
    chii recently posted..Wanita dan EmasMy Profile

  20. Oh dekat sini lagi detail cara-cara membuatnya. Blog Wrizuan agak ringkas sahaja, rupanya dari chef Puan Bee. Boleh masuk pertandingan MasterChef Malaysia

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Hakcipta Terpelihara · PuanBee.com · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK
%d bloggers like this: