Resepi Kupang Black Pepper

Spread the love

Yah kongsi resepi kupang black pepper saya sendiri pula , semalam rajin sikit pergi kedai beli kupang , lepas tu tak tahu nak masak apa lah kupang ni , kemudian dapat idea disebab kan ramai orang demam dalam rumah eloklah makan lada hitam kan , so tercetus lah idea nak buat kupang Black Pepper ni , campur dengan sayur-sayur lain.

resepi kupang black pepper

Bahan-bahan yang perlu ada :

  • 500g kupang
  • 2 inci halia ( dihiris)
  • 2 ulas bawang putih ( dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 sudu serbuk lada hitam (kalau yang halus tu jadi kan 1 sudu cukup )
  • 3 sos black pepper ( brand Puteri)
  • 5 biji cilipadi (dihiris)
  • 3 tangkai daun bawang
  • 1 batang saderi
  • sedikit bunga kobis
  • sedikit brokoli
  • sedikit minyak,garam dan gula
  • 1 sudu tepung jagung (untuk pekatkan kuah)

kupang masak lada hitam

Cara-cara memasak kupang black pepper

  • kupang dibersihkan dan digaul dengan serbuk lada hitam dan digoreng.
  • kemudian,semua bahan yg dihiris ditumis hingga naik bau.
  • Sayur di masukkan setelah bahan di tumis , satu persatu , masukkan saderi dulu , kemudian bunga kobis , kacau 3 minit baru masukkan brokoli (untuk elakkan sayur terlalu layu)
  • masukkan kupang ?, sos black pepper , garam dan gula.
  • Kacau tepung jagung dengan air dan masukkan.
  • akhir sekali , daun bawang dipotong panjang2 dan ditaburkan.kacau rata.
  • siap untuk dihidang.
Dah siap tu boleh lah ngap , anak saya suka lah suami kurang sikit .. huhu~

47 thoughts on “Resepi Kupang Black Pepper”

  1. kutu tak pernah langsung bli kupang bee.so mmg takpernah msk.
    selalu mkn kt kedai n rumah org jer..
    tp resepi nie boleh tukar dengan ayam or daging.
    sedap tu blackpeppers..my peberet.huhu..

  2. Pingback: Nasi Goreng Istimewa

  3. hehe.. saya memang suka betul makan black paper ni.. tadi pun bini masakkan daging black paper.. 🙂

  4. mcm tau2 je bee ni..org tgh tingin nk makan lala @ kupang taww… (copy balik komen di g+ :p)

    owh kupang tu ada org x kupas cengkerangnye kan .. tp dah kupas lg sng nk ngappp…haha

  5. ni kalau makan dengan nasi panas2 tak cuku benjy seorang ni … silap2 kena tambah nasik 3 pinggan … hehehe

  6. Salam,

    nampak macam sedap, 1 kelainan masak dengan black pepper, tapi akak tak makan kupang, tak reti hihihi, tapi kerang, lala, mentarang makan pulak hahahaha 😀

          1. akak twit entry bee nie dia ada suggestion untuk follow Puan Bee (roziana ahmad) siap dengan avatar telur lagi hahahhaha 😀

              1. akak xfollow pun sbb mmg dh follow bee dah, tulah ramai plak klon puan bee lately hahahhaa, orang femes lah katakan 😀

      1. salam.
        mentarang ada di jual sepanjang jalan dari kuala selangor ke sekinchan ke sungai besar…sungai besar kampungku 🙂 tak tanya kan.hahah….saya tahu saja menyampuk

        1. wasalam ,

          tak tanya tp dah citer ok lah tu ,

          oo sana ye jarang le pergi sana kecuali kalau balik kampung ikut laluan kampung huhu kalau beli tk reti gak nak masak tu acaner

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *