Resepi Kerabu tembikai di bulan ramadan

Spread the love

Nak sejukkan tekak di bulan ramadan ???  Sejak mengandung antara makan kesukaan adalah tembikai, hari-hari makan tembikai , pagi petang siang malam. Dalam bulan ramadan ni nak juga selit tembikai , kalau tak buat air tembikai , smoothie tembikai , atau makan tembikai , kita buat kerabu tembikai .. selang 2-3 hari kita buat la …

Di bulan ramadan benda pertama yang kita cari selepas berbuka adalah , air tak pun apa-apa yang sejuk kan ? kerabu tembikai ni memang sejuk , letak dalam peti ais …. nyum ~

Kerabu tembikai di bulan ramadan sejukkan tekak

Bahan untuk buat kerabu tembikai pun tak banyak , hanya perlukan bawang , cili , tembikai dan sedikit belacan.

Potong semua bahan ikut saiz kesukaan korang la .. belacan sikit je agak-agak .. tambah sedikit garam sebagai perasa .. dan gaul sebati .. lagi bagus kalau ramas guna tangan hahahahaha .. air tangan mak kata nya ..

Saya berbuka simple2 saja , tak pergi pasar ramadan lagi ni .. ehemm … masak je kat rumah macam biasa , tanya anak-anak nak makan apa , diorang jawab tak tahu .. tanya suami pun sama je jawab tak tahu ..

kerabu tembikai simple

Resepi : Kerabu pegaga + sotong kurita cara mudah

Satu lagi … kita tak perlu guna bahagian manis tembikai , boleh ambil bahagian bawah yang dekat dengan bahagian putih tu , kurang manis dan keras sikit .. jadi tak membazir , bahagian atas potong untuk makan atau buat jus je …

Siapa suka tembikai mesti sukakan kerabu tembikai ini. Lagi pun setelah sehari berpuasa badan kita kurang air. Jadi tembikai ni sesuai sangat untuk membantu kita tambah air dalam badan semula. Gitu … nak telan air bergelen2 malam memang tak mampu kan.

Diantara 8 keistimewan tembikai untuk kesihatan kita adalah:

  1. Tembikai baik untuk kesihatan jantung. Tembikai kaya akan likopen yang sangat baik sekali untuk kesihatan jantung.
  2. Betakarotin yang terdapat dalam buah tembikai sangat baik sekali bagi kesihatan mata kita. Kerana betakarotin yang terdapat dalam buah tembikai ini akan di ubah dalam tubuh kita menjadi Vitamin A.
  3. Tembikai juga merupakan sumber Vitamin C yang diperlukan sekali oleh tubuh kita. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh sehingga kita tidak akan mudah diserang penyakit, apalagi dengan cuaca yang tak menentu seperti sekarang ini.
  4. Dengan mengkonsumsi buah tembikai akan membantu kita terbebas dari serangan radikal bebas, seperti pencemaran udara, pelbagai asap kendaraan, atau udara yang kotor yang memicu kepada masuknya radikal bebas yang boleh mengancam kesihatan kita. Tembikai mengandungi senyawa karotenoid yang dapat meneutral kan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh kita.
  5. Dengan mengkonsumsi tembikai akan membantu untuk pengeluaran urine lebih lancar dan akan membuat kesihatan buah pinggang menjadi lebih baik.
  6. Sekiranya anda mempunyai lemak berlebihan dalam badan, buah tembikai adalah pilihan yang tepat untuk membantu menyingkirkan lemak dalam badan anda. Kerana buah tembikai mengandungi citruline yang membantu mengurangi lemak berlebih yang ada dalam tubuh.
  7. Minum jus tembikai atau memakannya begitu sahaja akan buat kan anda lebih bertenaga dan segar semula. Tembikai baik untuk kanak-kanak kerana kurang gula dan juga buatkan badan rasa lebih bersemangat untuk beraktiviti.
  8. Dan tak kalah hebatnya tembikai boleh mencantikkan kulit kita, mengurangi kedutan sekitar mata dan melindungi kita dari pancaran sinar matahari.

20 thoughts on “Resepi Kerabu tembikai di bulan ramadan”

  1. Pingback: Resepi Jelatah Timun Senang Di Sedia | ~ Ini lah FaMiLi @ Puanbee.com ~

  2. sebenarnya saya kurang jelas apa makna sebenar kerabu ni, saya tgk gambar makanan dlm blog ni dan tgk masterchef pon saya masih x faham , apa itu kerabu?

  3. Salam ramadhan Puan Bee, sebelum ni saya selalu dengar kerabu mangga dan kerabu sotong. Kerabu tembikai ni first time dengar, tapi nampak menarik. Family suami saya selalu makan tembikai buat ulam dengan nasik, kalau buat kerabu tembikai ni, sure dia boleh masuk punya.

  4. Inilah kali pertama saya tengok kerabu tembikai, nama pun baru dengar. Kalau kerabu epal tu ada juga pernah buat. Tapi kerabu tembikai ni belum pernah lagi. Kena cuba dulu ni kalau nak tahu sedap ke tak hehe.. 😀

  5. Hairul Azni

    Baru tahu tembikai pun boleh dibuat kerabu..buat pun senang…saya potong2 dan ramas2 sendiri pun ok ni..air tangan bapak la jadinya… 🙂

  6. Kak Long Mawar Merah

    Tembikai memang kegemaran Kak Long ni. Bagus juga, ada idea nak pelbagaikan hidangan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *