Resepi : Kerabu pegaga + sotong kurita cara mudah

sedap kerabu pegaga ini

Siapa suka pegaga ? pegaga banyak khasiat dan sesuai di amalkan oleh semua orang terutamanya kaum wanita , lagi-lagi jika anda baru lepas melahirkan anak. Cara nak buat kerabu pegaga yang saya sediakan ni adalah cara yang paling mudah dan boleh di buat oleh kaum bapa untuk isteri nya ketika isterinya berpantang. Gitu .. tunjuk kasih sayang kaedahnya .. Ini adalah salah satu menu atau pun makanan orang berpantang. Sedap kan ?

kerabu pegaga , ulam pegaga

Tak perlu banyak bahan untuk membuat kerabu pegaga + sotong ini. Bahan yang paling utama haruslah pegaga dan sotong yek tuan dan puan – puan sekalian . Di ikuti dengan cili , bawang besar di cincang halus , sedikit belacan dan udang kering.

Apa yang perlu di lakukan adalah ..

  • Udang kering sila basuh dengan air panas melegak atau rebus , kerana kita tak masak kerabu ni nanti. Takut ada keracunan makanan pula. Ye lah kita tak tahu macam mana udang tu di proses kan.
  • Sotong juga setelah di cuci kita rebus.
  • Bahan-bahan lain seperti bawang dan pegaga di cincang halus . Cili , belacan dan udang kering pula di tumbuk atau pun di kisar.

ulam pegaga di buat kerabu

Gaulkan semua bahan sekali , di tambah dengan sedikit perasa , gula + garam + sesudu cuka = masam-masam manis secukup rasa. Pastikan semua rasa sekata. Masam , manis , pedas dan sotong yang pejal ranggup ! nyumm.. Oh ! cuka boleh juga di gantikan dengan jus limau kasturi atau limau nipis yek tuan dan puan-puan.

kerabu pegaga paling mudah dan sedap

Ini adalah pilihan , kalau ada kelapa parut boleh masukkan , jika tiada atau tak suka kelapa parut di dalam kerabu sotong anda sila abaikan .. kadang-kadang saya terlupa beli kelapa jadi saya tak masukkan. :p biasa orang cakap sediakan makanan sedap-sedap untuk suami , apa kata suami pula sediakan kerabu pegaga dengan sotong ini untuk isteri nya yang sedang berpantang selepas melahirkan anak. Sure!!!!! isteri rasa terharu sampai sebak dalam dada.

Ewahh ..ober.

K .. selamat mencuba. Tak tau nak letak tajuk cam ne ..

16 Comments

  1. Hafizul 12 February 2013 Reply
  2. hairulafiz 5 February 2013 Reply
  3. Blog Keperawatan 5 February 2013 Reply
  4. Arrazi 5 February 2013 Reply
  5. Ummi Hanie 4 February 2013 Reply
  6. Denaihati 4 February 2013 Reply
  7. diana 4 February 2013 Reply
  8. Mama Hanim 4 February 2013 Reply
  9. akubiomed 4 February 2013 Reply
  10. Ibu Mifzal Arsyad 4 February 2013 Reply
  11. Azie 4 February 2013 Reply
  12. Juan 4 February 2013 Reply
  13. mama3hero punya cerita 4 February 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.