kek pelangi cream cheese

Resepi kek : kek Aurora Cream Cheese

Posted by

Kali ni saya nak kongsi resepi kek aurora. Kek Aurora ni sebenarnya lebih kurang je dengan kek pelangi. Tapi saya suka tambah cream cheese sikit untuk naikkan rasa.Dah lama janji nak bagi resepi ni , lama betul kan .. seba saya ingat2 lupa stepnya tu .. risau nanti korang buat tak jadi pulak. Tapi lepas buat cupcake tu memang yakin sangat lah dah ok resepi kek Aurora cream cheese saya tu.

kek pelangi cream cheese

Bahan-bahan

  • 150g gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovellate
  • 80 ml susu segar
  • 80 ml mentega cair atau minyak
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • pewarna
  • 2 sudu cream cheese

Cara membuat kek Aurora

  1. Campur gula halus , ovellate , tepung gandim , serbuk penaik dan gaul rata
  2. Masukkan susu segar , mentega , telur dan pukul sampai ringan.
  3. Masukkan Cream cheese dan gaul guna senduk perlahan2
  4. Asingkan kepada beberapa bekas , ikut berapa warna yang akan di guna.
  5. Titikan pewarna dalam setiap satu adunan kek yang telah di asingkan tadi.
  6. Kacau rata.
  7. Panas kan oven 160c- 170c.
  8. Bahagikan kek ikut warna yang telah di asingkan.
  9. Tuang adunan ke dalam loyang (guna warna berasingan dan setiap warna , kreativiti masing-masing lah )dan bakar selama 20-4o minit.

Dah sekian , selamat mencuba 🙂

18 comments

  1. alahai nak mencari cream cheese n ovelatte tu mau berpeluh gak kutu sbb tak tahu bagaimana rupanya.haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *