kek coklat lembab yang benar-benar lembab

Resepi Kek Coklat Lembab Yang Benar-Benar Lembab

Ramai nak resepi , sampai laki bini mintak resepi … boleh .. apa salahnya .. mula-mula rasa malas nak taip itu yang letak cerita saja .. tapi nak buat kek coklat lembab ni mudah je , ikut kata sifu saya .. kena kukus baru menjadi kalau bakar kek akan jadi kering sedikit maka hilanglah lembabnya…

kek coklat lembab yang benar-benar lembab

Bahan-bahan untuk membuat kek coklat lembab

  1. 1 Cawan Air Suam
  2. 1 Cawan serbuk coklat
  3. 1 Cawan Minyak Biasa (jika nak sedap lagi boleh tambah minyak jagung atau minyak matahari)
  4. 1 Cawan Gula
  5. 2 Cawan Tepung
  6. 1 Sudu Baking Powder
  7. 1 Tin susu pekat manis
  8. 4 Biji Telur

Cara Membuatnya :

Step 1 :

Campurkan serbuk koko dengan air suam dan kacau rata ketepikan.

Step 2 :

Pukul telur , minyak , gula , tepung dan banking powder sehingga kembang dan bewarna keputihan.

Step 3 :

  • Gabungkan bancuhan step 1 dan step 2 di atas dan kacau rata , setelah itu masukkan susu pekat manis dan tuang dalam bekas
  • Kukus selama 45-50 minit ..Semasa kukus pastikan wap tidak terjatuh atas kek , lapik kain pun boleh ..
  • Acuan kek untuk IKG , cawan yang di gunakan mesti lah bersaiz separuh tin susu pekat manis tu ..

Untuk topping seperti dalam gambar :

  • Saya hanya masukkan 5 sudu serbuk coklat , 5 sudu gula dan sedikit air lalu kacau di atas dapur , gunakan api yang perlahan sahaja , Kacau sehingga pekat dan melekat sedikit barulah di curahkan ke atas kek.

P/S: SELAMAT MENCUBA ..

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

78 thoughts to “Resepi Kek Coklat Lembab Yang Benar-Benar Lembab”

  1. aduiiiii, terliur nyaaaa tengok gambar. teringin nak buat, tapi macam kalori tinggi je. bahan semua dah ada… nak wat ke tak nak wat ke tak.. uhuhuhuukkkkkk *nangis.

    Satu loyang saiz sederhana cukup kan kalau ikut sukatan resipi?

  2. Pingback: Kek Coklat Lembap Tahun Baru 2012 | JOMTonton
  3. ini benar2 menguji kesabaran beta.. adussss…
    Beta tidak tahan melihat kucurangan kek cekelat itu..
    Beta mau juga biarpun menaiki kereta kuda utk membeli
    serbuk koko… hik3…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *