Resepi Kek Biskut Merry Idaman Hati

Mooddd blogging bertambah- tambah baik hari ni hehe .. disebab kan dah pun bercouple dengan innity kan .. hari ni nak share resepi kek merry idaman hati .. keh keh nama kemain lagi kan .. bukan apa dah lama nk buat tapi tk terbuat .. bila buat sekali jadi pulak .. hehe .. saya tk ingat mana saya dapat resepi ni .. tapi memang simpan di draft lama dah sebelum berWP lagi .. so tak dapat bagi backlink ….. model di bawah memang tak nyempat nak merasa tu .. ermmm tk mo bebel panjang2 kang korang nyapah baca heheh .. jom tengok resepi pulak

kek merry idaman hati
kek merry idaman hati

Bahan nak buat kek merry idaman hati puanbee yo!:


  • 250 gram biskut marie, dipatah 4 (mat gune jenama Munchies)
  • 125 gram mentega
  • 2 biji telur gred A, dipukul sedikit
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan MILO
  • 1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
  • 1/4 cawan air
  • 3/4 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUAT kek merry ini :

  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut marie dan mentega, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua sebati, tuang dalam kuali, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
  2. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata2 sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  3. Tuang dalam tin berukuran 4 inci x 8 inci yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi padat2, bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.{saya tak guna plastik pun masukkan je dalam peti tapi pastikan tekan2 bior mendap betul2 ke bawah}

18 Comments

  1. gee 19 February 2013 Reply
  2. anggunpesona 22 September 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 22 September 2011 Reply
  3. ummiross 17 June 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 17 June 2011 Reply
  4. Ummi Hanie 17 June 2011 Reply
  5. Jendela Hati 17 June 2011 Reply
  6. haiqal 17 June 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 17 June 2011 Reply
  7. ellen 17 June 2011 Reply
  8. diana 17 June 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 17 June 2011 Reply
  9. izanishak 17 June 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 17 June 2011 Reply
  10. mrs.yie 17 June 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 17 June 2011 Reply
    • haiqal 17 June 2011 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.