Resepi Kari Kepala Ikan Sentuhan Orang Utara

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dah lama tak masak kari kepala ikan , selalunya tunggu balik kampung di utara baru buat kari kepala ikan kerana faktor di sana , ikan lebih segar , kelapa mudah di dapati. Tetapi dah kerinduan kari kepala ikan di dapur sendiri maka saya buat la di KL , dengan apa yang ada. Suami suka sangat dengan kari kepala ikan. Tu pun atas faktor kesihatan dia tak boleh makan selalu. Susah nak dapatkan kepala ikan segar. Kena rajin bertanya bila ikan di potong dan sebagainya. Kalau dah jadi mak mulut memang kena ringan agaknya.

Tak mahu bercerita panjang , mari lah tengok langkah – langkah menyediakan kari kepala ikan. Saya rajin ambil gambar kali ni…

Resepi nasi minyak

Resepi Kari Kepala Ikan Sentuhan Orang Utara

Antara bahan-bahan untuk menyediakan kari kepala ikan.

Bahan rempah

  1. Bawang merah kecil – 4 biji
  2. Bawang besar – 1 biji
  3. Bawang putih – 5 ulas
  4. Halia – 1 inci
  5. Kulit kayu manis – 1 batang
  6. Bunga lawang – dalam 4 biji
  7. Buah pegaga – sikit je dalam 7 biji ke (kalau nak kira)
  8. Halba campur – 1 sudu
  9. Daun kari – 1 tangkai
  10. rempah – 2 bungkus saiz kecil
  11. serbuk cili – 5 sudu (untuk pedas , takde pun takpe )
  12. Air asam jawa – sejemput sahaja buat air pekat-pekat
  13. Santan kotak = 1 kotak (jenama ayam brand)

Bahan sampingan / hiasan

  1. Tomato 
  2. Kacang bendi
  3. Cili Hijau

Dan

Kepala ikan semestinya…..

penyediaan kari kepala ikan

Penyediaan kepala ikan.

Kepala ikan harus di cuci bersih-bersih , rendam dengan limau nipis + garam atau asam jawa + garam. Ikut suka dan kesesuaian bahan yang ada di dapur tuan puan. Saya suka juga guna limau , tetapi dek kerana di dapur hanya ada asam jawa , jadi kita guna asam jawa.

cara cuci kepala ikan

Langkah demi langkah untuk memasak kari kepala ikan.

  1. Campurkan bahan rempah bawang putih , bawang merah , bawang besar , daun kari , bunga lawang , kulit kayu manis , buah pegaga , halba campur dan halia — Tumis sehingga naik bau. kemudian ikut langkah di bawah.
  2. Campurkan serbuk cili dan serbuk rempah ikan. Masukkan dan tumis lagi sehingga pecah minyak. Mengikut pesan mak saya , penting nya masak repah sehingga naik bau dan pecah minyak , kalau tidak rempah tak masak nanti tak sedap.

kari kepala ikan

  1. Setelah rempah dah pecah minyak , masukkan santan kotak dan air asam …  kemudian sayur bendi dan masak seketika.
  2. Masukkan kepala ikan dan rebus sehingga santan masak dan kepala ikan sedia di masak.Sesetengah orang masak sekejap kepala ikan tu , tapi saya suka bila kepala ikan sedikit lerai dari tulang-tulang nya.
  3. Agak – agak dah masak kepala ikan itu , masukkan bahan tomato dan cili hijau sebagai hiasan juga garam sebagai perasa.

resepi kari kepala ikan

Setelah dah siap angkat dan hidangkan .. oleh kerana kepala ikan besar sangat saya terpaksa hidang dalam talam dengan kuah beransingan seperti di bawah .. hehehehe

step by step buat kari kepala ikan

Senang kan buat kari kepala ikan ? sebenarnya kari saya ni di masak ikut cara mamak , tapi letak santan sebab mak saya suka makan kari letak santan . Arwah abah saya dulu rajin masak kari dek kerana dia memang mamak betul. Mak dah mamak campuran jawa. Heheh anak-anak ada la ikut sikit-sikit.

kari kepala ikan recipe

Oh ya .. tips untuk pastikan rempah itu pecah minyak .. masak dengan api perlahan sampai kering , sehingga minyak berbuih dan timbul di celah-celah rempah. Tak tahu nak jelas kan cam mana .. kalau tengok sendiri memang tahu.. sebab mak saya pantang makan kari rempah tak pecah minyak , dia tahu .. pasti kena bebel panjang bejela .. hahahaa …

Dan akhir sekali , selamat menjamu selera.

Comments

  1. Terima kasih resepnya … Nanti saya coba sendiri …

  2. feveret. tu je nak habaq

  3. Sedapnya kalau makan kari kepala ikan tengaj hari ini…..menyelerakan…terima kasih resepinya Puan bee.

  4. salam.sis mohon copy resepi ea 🙂

  5. Puanbee nak tanya nak mintak tips. 😀
    Kalau kari ikan ni kita xnk letak santan jadinya dalam resipi dia apa yang berubah?

  6. Elias Ghazali :

    Salam..sy org utara..mcm senang je masak..cuma nk mntk tips kt akak..cara mamak masak kari ikan ke kari daging..ada yg xletak santan..mcmana cara dia ea..kari daging ke ikan yg tak ketak santan..klu bleh email direct ye kak…salam..

  7. Jawatan Kosong Kerajaan :

    terliur tgk, nnt cari tgk kat cafe hari nie

  8. lapo balik da ni, baru sahur makan td…aiyoo..hahaha

  9. saya suka…saya suka…tgh nak belajar mcm mana buat kari without santan…hehehehe…mesti best…

  10. Kalau saya pun suka kari pure je…layan…

  11. Uitttt kepala ikan tu, sesiapa pun tak menolak kalau ada depan mata, resepi orang utara memang sedap Kak, Yummmyyy Dap Dap.

  12. Sedapnya ni Kari kepala ikan
    Oiya, kepala ikan yang dipakai dari ikan apa ya mbak…
    Terima kasih ya atas resepnya

    • ikan yg ada kepala besar , ikan merah , ikan protan .. ikan sudu .. tp itu la .. nama ikan di indonesia mungkin berbeza dengan nama ikan di malaysia kan 🙂

  13. Sedap kuah kari dibuat cicah roti buku atau roti jala.

  14. tu dia..mai sini semua oghang utagha,mai rasa kari ni..hehe

  15. makan dengan lempeng sedap ni..

  16. wah..ni mesti kalau p[ejam mata pun petik jari je kari kepala ikan siap!!eheheh

  17. mesti sodap kari Kepala Ikan original ni, kuah banjir dalam pinggan…terkata la…

  18. Sedapnya..boleh cuba resepi ni nanti..

  19. Wah terliur dibuatnya

  20. yum yum… fav syam gak ni.. kari kepala ikan.. betui.. nk mkn kari sedap mesti kena biar dia pecah minyak.. baru meletop karinya..

  21. Terima kasih di atas resepi Kari Kepala Ikan yang diberikan.. Boleh bagi resepi ini dekat orang rumah.. Minta dia tolong masakkan….

Trackbacks

  1. […] Resepi kari kepala ikan sentuhan orang utara (klik) […]

  2. […] ikan , udang kecil sekilo , 4 kilo bawal hitam sayur dan bahan rencah untuk buat rendang , laksa , kari kepala ikan , cucur udang , sweet sour , sayur goreng […]

Speak Your Mind

*