Resepi ikan asam pedas perlis

Resepi ikan asam pedas perlis dapat dari adik , dan resepi ni dari mak mertua dia , jika orang perak punya resepi lebih kurang begini juga , cuma tak ada beras … jika orang perlis atau kedah mungkin memang masukkan beras kot … tak tau nak cakap .. tapi asam pedas melaka lain pula kan..

Nak cuba ? mari la ambik resepi di bawah. Kalau dulu suka masak kari-kari , lemak-lemak sekarang memang ubah , kurangkan masak lemak dan kari – kari ni , sebab faktor kesihatan suami. hehe …

RESEPI IKAN ASAM PEDAS PERLIS

Bahan kisar.

  1. Ambil 1 sudu beras  basuh dan rendam sehingga kembang.
  2. Ambil 3 sudu cili kering yang telah siap di kisar / cili boh . ( boleh tambah atau kurangkan ikut kesesuaian , suka pedas tambah banyak sikit cilinya  ).
  3. Bawang besar 2 biji.
  4. Bawang putih 2 ulas.
  5. Halia se inci.

Bahan – bahan lain.

  • Bunga kantan , serai 2 batang , asam keping 2 keping.

Cara masak.

Kisar semua bahan di atas , air beras di masukkan sekali.

Masukkan ke dalam periuk , tambah asam keping , serai dan bunga kantan. Air agak-agak la banyak mana , serasa saya dalam 2 cawan besar sahaja.  Reneh perahan sehingga naik bau dan cili tu masak.

Akhir sekali masukkan ikan.

Ikan boleh guna ikan apa sahaja , kecuali bersisik .. nanti nak cuba buat asam pedas kepala ikan pula .. nyumm ~

Masakkan ini sesuai untuk merek yang ada darah tinggi dan kencing manis , untuk orang dalam pantang juga sesuai tetapi kena kurangkan kepedasan dan pilih ikan yang tak gatal. Kalau saya semua ikan pun boleh …

Comments

  1. kalau buat asam pedas ni mesti kena lebihkan kuahnya sebab ada yg suka menghirup kuah mcm hirup sup…. hihi

  2. mama3heroo :

    err..kalo tak silap,ini asam rebus kan..kalo asam pedas kuah dia pekat

  3. Ya. Mmg camni. Selalu liza xrendam pun beras tu. Hehe

  4. saya juga suka makanan pedas ni puan
    trims atas sharing resepnya 🙂

  5. favorite kita sama pedas ni ..kalau nlagi pekat lagi best. then tu bunga kantan mesti nak banyak..baru ada ump..

  6. cemana melaka boleh kata asam pedas hak mereka ye??siap nak buat hak ekslusif lagi..padahal semua negeri ada asam pedas…

    • hak siapa diana ? bee saja letak tajuk mcm tu , dah ibu mertua adik tu org perlis , tp ada kelainan mungkin sbb negeri , atau apa tak tahu la .. wallahualam.

  7. Hairul Azni :

    Baca entri pun dah terbayang rasa sedap asam pedas ni..

  8. ikan asam pedas ni saya pernah makan, tp yang perlis punya x tau la kalau rasa dia lain

  9. eh asam pedas guna air beras..pelik ni baru tau..cantik header.order dari mana?lawa la..:)

  10. kuah asam pedas ni siram dalam nasik macam sup memang terangkat, sampai hirup….heee.
    kalau asam pedas belah negeri sembilan tak boleh hirup, pedas sangat-sangat

  11. Untung yang sukan makan ikan. Kalau masak asam daging saya tidak akan tolak. 🙂

  12. Hairul Azni :

    Asam pedas dimasukkan beras..pertama kali saya dengar..

  13. Pernah rasa tapi tak pernah cuba masak, nanti boleh la cuba2.

  14. Nampak sedap.. Boleh minta wife masak resepi ni..

  15. Sedapnya resepi ni… Boleh dijadikan sebagai salah satu menu bulan Ramadhan nanti… 😉

Speak Your Mind

*