Resepi : Daging panggang ala param

Share

Resepi daging panggang ala param pula , bukan tujuan nak bagi pembaca terliur tetapi sebalinya nak umumkan ke satu dunia .. daging panggang ala param saya ni sedap ..Naik lif tekan butang sendiri. Sebenarnya kan .. saya ternampak daging panggang yang di jual di param. Ala-ala macam yang saya buat ni, tapi tak tahu lah rasanya macam mana , tak beli pun .. pergi param cari air je selalunya.. rimas sebab ramai orang di param tu , saya memang tak suka ke tempat yang ramai orang , cari air cepat-cepat balik.

Tapi memang anak-anak mintak lah , tunjuk-tunjuk daging panggang tu , saya macam tergoda jugak.. Tetapi cakap kat diorang ibu boleh buat daging panggang macam tu hahaa.. belagak nya ibu dia.. ish ish ..

Disebabkan dah janji dengan anak-anak maka saya tunaikan .. Tetapi ini daging panggang versi saya..

Bahan-bahan :

  1. Daging dalam 500gm
  2. Satu kiub adabi
  3. 3 sudu minyak bijan
  4. Kalau ada bijan boleh taburkan
  5. Lada benggala
  6. Sedikit lada sulah

resepi daging panggang

Gaulkan semua daging dengan perasa yang telah di tulis kat atas , potong lada benggala petak-petak besar , dan cuci bersih , buang biji nya sekali ye .. peram dalam 5 minit je daging tu. Cucuk berselang-selang dengan sayur , boleh letak carrot juga , tapi carrot kena rebus dulu sikit. Sebab panggang ni sekejap je .. kita dah potong daging tu nispis2 kan ..

cucuk daging untuk di panggang

Cucuk lah ke lidi atau apa-apa yang boleh di buat benda pemegang daging tersebut. Saya guna chopstik stainless steal , lupa nak beli lidi .. pusing banyak kali kat kedai tu , tapi lupa jugak..Anak-anak tolong cucukan , kemain suka …

daging di bakar

Panggang atas kuali leper je .. sebab dah gaul minyak bijan kan ..so tak kan melekat punya lah .. bau pun wangi satu rumah …

resepi daging panggang

Daging panggang yang telah siap di paggang … saya buat tak terlalu masak . ada sikit jus daging tu .. rasa memang cukup lengkap sebab guna kiub sup adabi tu kan .. pastu di tambah pulak dengan minyak bijan .. bau sedap , makan pun sedap .. kejap je anak-anak makan ..

Tetapi orang ada penyakit darah tinggi tak boleh makan , suami saya tengok aje dari kejauhan sebab dia ada penyakit darah tinggi .. kalau makan juga , walaupun seketul saja , kepala dia pusing2 ..

Okay selamat mencuba resepi saya yang ringkas ni , malas sebenarnya …kalau rajin buat rendang lerr… ahahaaaaa

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini. Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

25 Comments:

  1. Haih…feberet SA ni….mohon share resepi ye…mana tau raya nanti boleh buat..

  2. Nenek saya juga terkena darah tinggi, sudah 6 bulan tapi belum sembuh mungkin karena usia sehingga proses sembuh dan pemulihannya lama…
    Terima kasih atas resepnya Puan

  3. Nampak macam sedap je, boleh masuk masterchef Malaysia ni kak

  4. sedapnyeee…. mcm kebab pun ade πŸ˜‰

    eh nis kalo rendang lg rajen kot… lg sng, campak2, siap πŸ˜‰

  5. sedapnyer kecur liur dibuatnya..

  6. Tengok time berpuasa ni tergugat juga. Hua Hua Hua

  7. perh sedap betul nie…..

  8. memang terbaik la..suka sangat daging panggang…

  9. fulamakkk dah terliur ni.. resipi yg kreatif πŸ™‚

    kene cari chopstick lah lepas ni..hahaha

  10. perghhhh, sedapnyerrrr

  11. selalu nampak ada dijual di baazar ramadhan, setakat ni belum terfikir nak membelinya…tengok puanbee punya jadi terliur pulak πŸ˜€

  12. aisey, en. kay tak boleh rasa pulak, takde rezeki nak rasa daging bakar special ni

  13. serius terliur n nampak senang gile nak buat… ok..wajib try!…tapi bile eh? hehehe

  14. baru aje lepas peram daging tadi untuk sahur pagi nanti..

  15. sedap nampaknya tu πŸ™‚

  16. huiyo..boleh cuba jaya ni..hehe

  17. Wahhh mesti kena cuba ni…laaa ingtkan buat timun batang…rupanya lada..terliur jugak tgok ni walaupun perut sudah kenyang..memang bawa tempias la entri ni kat perut aku..hahaha

  18. memang nampak macam param punyer..tapi kalu ada sos black pepper lagi best..perghh

  19. Sedap tu bee, ummi suka sebab ada capsicum tu, kena je taste dia dengan daging panggang tu.

  20. nampak sedap,ringkas dn seronok trutama anak2 Bee yg rajin mnolong. kami seklrg suka makan daging kambing tp tak prnah cuba msk sendiri kat rmh sbb tk pandai masak kmbg ayam tu bole la.

  21. Alamak.. simple and nice..
    Darah tinggi tuh effect kalau mkn kambing Bee..
    Kalau daging still ok..

  22. Salam Bee ..nampak sedap tuh!

  23. Nampak sedap dan terliur dibuatnya. πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *