Resepi CupCake – Strawbery Cupcake

Share

Gambar amat lah tidak cantik , sungguh tak puas hati disitu , kamera saya kawan pinjam so pakai ambik guna tel Nokia yang telah rosak skrinnya (beginilah hidup blogger picisan). Cupcake ini tanpa deko , kawan yang menempah cakap tak nak deko senang dia nak bungkus , kalau ikutkan cupcake akan lebih cantik dan berselera orang nak makan jika di tambah dekonya.Tu pun saya rasa tak sedap bila tak ada apa-apa deko tambah lah sikit topping strawberry tu.

Resepi CupCake dan Strawbery Cupcake & Aurora CupCake

Ada 3 jenis cupcake , Cupcakde Strawberry dan Cupcake Strawberry coklat adalah resepi yang sama yek , cuma di tambah coklat chips jadilah Cupcake Strawberry coklat. Cupcake Aurora dalam entri lain nanti yek .

Bahan-bahan

  • 150g marjerin
  • 100g gula pasir
  • 75g jam strawberry (atau topping yang telah siap di jual , juga boleh guna strawberry yang masih segar dan kisar.atau campurkan kedua2 jam dan straberry sikit.)
  • 3 biji telur
  • 150g tepung gandum
  • 30g tepung jagung
  • 1/2 sudu banking powder

Cara membuatnya

  1. Campur Marjerin dan gula pasir aduk sampai putih
  2. Masukkan telur dan jam strawberry , aduk lagi
  3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan banking powder yg telah di ayak dan kacau rata.(Saya tak ayak pun)
  4. Siapkan loyang berbentuk cawan atau cup cake seperti di atas.
  5. Sudukan adunan ย kedalam loyang atau cupckae tersebut separuh jika hendak cupcake tu nampak rata dengan bekas , atau 3/4 jika hendak cupcake tinggi sikit dr bekas.
  6. Bakar dengan suhu 175c sampai masak ย (saya buat dalam 20 minit , api oven jenis atas dan bawah , letak di tengah-tengah , tak boleh pakai 2 rak nanti ada yang gelap gelita sikit.)
  7. Bila dah masak angkat dan sajikan. Dekolah jika suka.
  8. Untuk buat cupcake strawberry coklat tu , semasa masukkan adunan dalam loyang , boleh taburkan coklat chip ke dalamnya , budak-budak suka sangat bila nampak coklat tu.

P/s : segan nak letak resepi , tengok kawan2 lain lagi best kek deme .. hehehe ..

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

25 Comments:

  1. Puan Bee.. Saya try buat dulu. Nati Puan Bee Rasa. Hahaha

  2. alahai blogger picisan plak.merendah diri gila.gambar saja picisan,bloggernya hebat.hehe…

  3. Ada pengetahuan dan kemahiran membuat cup cake boleh meniagakan Puan Bee. ๐Ÿ™‚

  4. sedap le …. nanti nak cuba kalau jadi kita tag ye kalau tak jadi…tak tag le

  5. skrg Bee ambil tmpahan buat kek ek..patut la byk.. xpe kt rumah tu ada 3 org pembantu yg comel….

  6. bee..dah dapat tempahan ye, bagus ni,moga bertambah maju lagi nanti..

  7. haaaa.. nk try la nanti resepi bee ni
    tapi kita buh dlm LLT jek.. hhihi!!

  8. baru ingt akak ada tny pasal background tu kn? bard tukar kaler kt bhgn design option..tp kalau nk letak gmbr sebagai background, tk tahu la plak..cuba akk tgok kt fourblogger.com..situ byk tutorial utk thesis..

  9. tak lama lg besday ammar..boleh la sy buat upcake ni..

  10. wah..dah ada resepi rupanya..nanti boleh try le tapi x tahu bila..sibuk edit novel je sekarang ni..hukhuk.. ๐Ÿ™

  11. saya suka jer Puan Bee…nanti nak buat juga sebab cupcake ni seni

  12. Walaupun gambar x clear, tapi, nampak sedap!
    Teringin nk cuba, tapi, tunggulah weekend. Tengah join office biggest loosers ni. Join main2 aje, tapi, bila semua org bersemangat, kita pun semangat sama

  13. wah.. lama tak singgah jenguk bee.. rupanya ada banner baru.. sweet!!

  14. salam

    dah buat bisnes yea..tahniah2..hehe

  15. wahh hebat la puanbee dah terima tempahan tu. walau kualiti gambar nampak kurang memuaskan, tapi saya yakin cupcake tu mesti sedap. nanti nak try resepi puanbee la pulak..

  16. orang rumah saya tengah belajar buat cupcake ni..

  17. Sedapnya…. Boleh try la nanti ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *