Resepi Cendawan Goreng & Tips Goreng Cendawan Agar Ranggup

Share

Sebelum ni banyak kali saya cuba goreng cendawan dengan tepung dan rasanya tak ranggup , saya hendakkan cendawan goreng yang ranggup , ambiklah resepi cendawan goreng siapa pun , bila saya masak mesti tak ranggup .. korang tau kenapa ? Entah lah ,mungkin orang lain dah tahu pun tapi saya yang tak tahu menahu sampai sekarang sabar je lah.

Resepi cendawan goreng tepung ranggup dan sedap

Tips Goreng Cendawan Agar Ranggup
Rupanya untuk hasilkan cendawan goreng tepung yang ranggup , adalah dengan cara.. lepas basuh cendawan tu , kita mesti perahkan cendawan tersebut , lah nape tak terfikir.. hahah perah je guna tangan atau kalau suka boleh perah dalam kain bersih. Asalkan perah dan buang air-airnya .. lepas tu barulah celup dalam tepung dan goreng dalam minyak yang panas.

Dalam gambar saya guna tepung magic yang saya beli dari kakyong shop , so sangat sedap dan ranggup ..tak perlu susah-susah lagi. Tapi kalau nak susah-susah sikit boleh lah ikut resepi di bawah ni untuk buat cendawan goreng celup tepung yek.

Resepi cendawan goreng tepung
Resepi puanbee sendiri

Bahan-bahan :

  • Haruslah ada cendawan dalam 250g – cuci dan perahkan yek.
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 cawan air sejuk (dalam peti ais tu)
  • 1 sudu besar mentega
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukupnya

Kisar bahan di atas , panaskan minyak , cukup-cukup untuk goreng cendawan dan tenggelam kan cendawan tu , celup cendawan dalam tepun yang telah dikisar dan goreng sampai kekuning-kuningan. Angkat dan toskan ..boleh lah makan dengan sos atau mayonis , atau cheese chezy kakyong tu ..

selamat mencuba πŸ™‚

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

54 Comments:

  1. Wah, sendap nye cendawan goreng tu, oleh juga coba haaa

  2. Saya peminat tegar cendawan goreng.. sedap…nak cuba la..selalu saya guna tepung tempura.

  3. Baru saya tahu kena perah air. Taklah cendawan goren tu jadi soggy je. Liat macam sotong. Thanks ye

  4. Salam sis!
    Dah cuba.. Sedap giler, pandai pulak saya masak rupanya. Hahahahha πŸ™‚

    Mekasih share resipi n tips yer. πŸ˜‰

  5. puanbee..kalau sy nk wat cendawan goreng ni ranggup..mula2 kita basuh n ramas…bagi air dia keluar..pas tu sy ltk skt aji no moto..garam n pas tu sy taburkan tepung jagung…taburkan rata sampai cendawan tu d selaputi oleh tepung jagung..haaaa..pas tu leh la d goreng ngan minyak y bnyk n panas…cuba le..memg sdp n ranggup…

  6. nk cuba la..

  7. la..kne perah ke bee..hee..ye lah kan kalo basah2 grg x jd kan..

  8. kalau crispy pastu semua suka kalau lembek aduh macam tak minat pula menyentuhnya

  9. Terima kasih kak kongsi resipi dan tips. Saya baru pertama kali baca kena perah dulu. Patut dulu saya cuba goreng tak rangup-rangup

  10. Assalammualaikum Pn Bee, salam kenal..SA tumpang amik resepi yer..anak dara SA suka sangat cendawan goreng…

  11. memang sodap ni kalau garing-garing. kalau lembik jadi macam sayur pulak…..

  12. Nanti kak sumi dtg umah bee …bee hidang kan la.. malas nak masak sendiri. .hahaha

  13. iya dong kena diperah rahsianya… πŸ˜‰

  14. aku pernah wat cendawan goreng tp tak pernah serangup kat kedai, lembik smacam je..nasib boleh makan..:)

  15. Nak komen sikit je..jeles cendawan goreng dia jadi.. Alhamdulillah rezeki baby..

  16. wah petang masak cendawan goreng sedap ni sambil mkn depan tv hehe

  17. nor azlimanazmah arshad

    cendawn dh bli,murah gler skilo rm10 aje,sgar dr ladg lg..thanks akak,nk try wt ni

  18. meleleh pulak air liur ni.. best bangat tuu..

  19. Sedap ke? tak pernah makan cendawan goreng.

  20. Terliurr lah

  21. Trliur la plak

  22. Jebeng Otaiβ„’

    selain pisang goreng..ni pling faveret gak la.. πŸ™‚

  23. hoho..tak leh makan lagi benda-benda berminyak sekarang. tengah diet ni. haha..

  24. tengah hari tadi baru pekena cendawan goreng, memang sedap

  25. febret nie,.. kalau balik cuti sem duk kat rumah mak selalu buat macam nie la…
    mak buat memang dah ranggup πŸ™‚

  26. Azie Pernah Cuba gorang Cendawan! tapi tak garing-garing last-last fed up masuk Tong Sampah kihkihhhh.

  27. lama x mkn cndwn grg ni.. last beli kat psr malam lah…

  28. Dulu saya ini pengusaha cendawan tiram sekarang tidak lagi. Saya cadangkan Puan Bee jadikan cendawan inti Karipap mengantikan kentang saya jamin rasanya sedap. Cubalah.

  29. salam kak,

    syira tak berapa suka cendawan goreng, myb sebab tidak biasa makan kot. nampak sedap, tp x rasa nak jugak..huhu…

    kemas blog cool tak menyegat pun ni πŸ™‚

    p/s: kat berapa ek akak beli hosting ni setahun.? syira berminat juga, tp asik tangguh je sbb x de masa nak update blog… ada baca dlm beberapa blog, income agak tinggi bila wp ni? betul ke? hehe

    • akk ambik pakej , rm26 tuk sebulan .. unlimited , hosting ni ikut provider lah nak letak berapa , kalau syira nak cuba boleh survey harga dan ikut bajet syira berapa.

      pasal income , akk tk boleh jamin boleh dpt income tinggi , semuanya bergantung pada usaha kita update blog macam mana , kalau jarang2 update income pun jarang2 masuk.

  30. Sedapnya, dah lama tak makan πŸ™‚

  31. adoiyaiii… malam2 tgk begini terasa nak makan plak.. sob3..

  32. Ummi dan anak2 pun suka sangat cendawan goreng ni bee, kalau goreng sikit2 mesti merungut tak puas makan, hehe..

  33. kutu tak pernah buat cendawan goreng sumuq hidup.haha..tips nie mmg berguna buat yg buta cendawan macam kutu.tepung magik byk lg,nti p beli cendawan..:)

  34. terjawab sudah persoalan.. tq

  35. cendawan ni mcm span. rongga-rongga dia banyak dan boleh menyimpan air

  36. Salam Bee,

    Akak suka cendawan goreng, akak pernah buat dulu, selalu gak, memang kena perah buang air kalau nak dapaykan cendawan yang garing.

    akak punya ayam goreng magic dah siap, dah abis di makan,ok serius sedap, rajin on laptop kang nanti nak tayang kat bee hahahhaa πŸ˜›

    • wasalam , bee suka gak cendawan goreng byk kali buat tp tk cukup garing , baca kat plastik tepung magic tu baru tau hehee okeyh .. tunjuk cepat kejap jek ni nak tidur dah

  37. saya memang teringin sangat nak makan cendawan goreng ni..tapi hubby plak tak makan cendawan..so malaslah nak beli kalau saya sorang je yg makan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *