Resepi : Bubur tepung pulut | Bubur biji nangka | Bubur badak berendam

Bubur tepung pulut,bubur biji nangka,bubur badak berendam semuanya sama jenis , cuma teknik masakkan tu je berlainan. Hehehe 3 nama kan ? rasa sama jek .. liat-liat semasa hendak di kunyah , rasa kenyal , manis dan lemak kuahnya , lagi sedap jika di letak kan dalam peti sejuk.. layan…

bubur tepung pulut, bubur biji nangka,bubur badak berendam

Resepi Bubur tepung pulut.

  1. Tepung Pulut 500 gm sebungkus.
  2. Santan sebiji.
  3. Daun pandan.
  4. Gula putih/gula melaka /guna nira. (pilih mana suka , atau campor , atau boleh letak kesemuanya serba sedikit , asalkan manis jek)
  5. Pewarna atau daun pandan di kisar untuk dapatkan warna hijau ,[ sesetengah orang tak letak kan apa-apa pewarna pun , terpulang lah kan.]
  6. Garam secubit.
  7. Sagu jika suka.
  8. Daun pandan sebaia penwangi masakkan.

Cara-caranya.

Uli tepung pulut , agak boleh gengam dan tak melekat pada tangan tu dah sesuai lah.
Jika guna daun pandan , sila kisar daun pandan dahulu , dan gunakan air daun pandan untuk uli tepung pulut. Jika tidak masukkan pewarna hijau sahaja. Saya letak macam-macam warna.Anak-anak suka.

Bentukkan kecil-kecil sebesar duit syiling seposen , boleh bulatkan , leperkan atau picit di bahagian tengah tepung untuk dapatkan bentuk yang menarik.

Masukkan ke dalam air panas melegak-legak.

Biarkan sehingga tepung pulut terapung , boleh lah di ambil dan masukkan ke dalam air sejuk.

Biarkan seketika dan rebus sehingga habis tepung yang telah di bentukkan.

Mula masak kuahnya pula.Boleh masukkan santan perahan ke dua dahulu. Masukkan tepung pulut tadi , Masukkan daun pandan , jika suka masukkan sagu dan terkahir sekali masukkan gula dan garam.

Kacau perlahan dengan api yang juga perlahan , tak boleh tinggalan ye .. nanti santan membuak dan pecah minyak (pantang mak saya kalau masak tinggal gitu 😛 )

Kacau ..setelah masukkan gula tu rasa lah cukup ke tidak manisnya , kemudian masukkan pati santan , kacau lagi dengan api perlahan , agak-agak santan tu dah masak , cukup .. boleh angkat .. sebabnya kita tak mahu santan tu pecah minyak nanti rasa tak sedap.

ok boleh angkat dan sediakan untuk makan.

P/S : Jenuh juga cari cara bagaimana nak tulis resepi ni ..layan jek lah ..saya bebelkan macam bercerita dengan anak-anak jek ni.

28 Comments

  1. sweetkurma 27 July 2012 Reply
  2. mama pipie 28 March 2012 Reply
  3. mrs.yie 28 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 28 March 2012 Reply
  4. yas 28 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 28 March 2012 Reply
      • yas 28 March 2012 Reply
  5. auc dot com 28 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 28 March 2012 Reply
  6. madammondoq 28 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 28 March 2012 Reply
  7. puan kutu 28 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 28 March 2012 Reply
  8. klANA 28 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 28 March 2012 Reply
  9. yanmie 28 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 28 March 2012 Reply
  10. titan 28 March 2012 Reply
  11. Juan 27 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 28 March 2012 Reply
  12. tokobakso 27 March 2012 Reply
  13. Ummi Hanie 27 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 28 March 2012 Reply
  14. Aze 27 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 28 March 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.