Resepi bubur barli mudah & Khasiat barli

Resepi bubur barli mudah hendak di buat dan berkhasiat juga. Bulan puasa dah dekat ni .. kan kan .. boleh juga di jadikan juadah berbuka nanti . Setiap kali cuaca panas tiba , saya mesti akan usahakan makanan atau air dari barli ni untuk anak-anak , sebab paling utama saya tak nak anak demam atau batuk dek kerana tak tahan cuaca panas. Seperti musim jerebu kelmarin. Panas membahang kan , jadi ini la sajian untuk anak-anak , sediakan air barli dan masak barli lebih kerap.

Antara kebaikkan barli yang lain

  • Menyejukkan badan
  • Melawaskan air kencing
  • Meningkatkan kesihatan buah pinggang
  • Merendahkan kolesterol
  • Meredakan sembelit
  • Mencegah penyakit kanser
  • Mengurangkan risiko kencing manis  ( jika untuk kencing manis tidak di galakkan buat bubur begini ye .. bahaya .. rebus sahaja dah memadai )

BUBUR BARLI

Bahan-bahan untuk membuat bubur barli & cara memasaknya.

  1. 50g Barli
  2. Pati santan kelapa
  3. Daun pandan
  4. Gula
  5. Secubit garam

Resepi ini lebih kurang sama dengan bubur jagung , bubur gandum je .. senang dan mudah.

Rebus barli sehingga betul-betul kembang , semasa merebus boleh cuba dahulu barli tersebut , jika lembut dan tak ada rasa kacang , maka barli itu dah masak. Masukkan saja pati santan , dan secawan air , agak sehingga barli tenggelam sahaja.

Masukkan daun pandan. Rebus dengan api perlahan. Elakkan guna api besar , nanti santan itu pecah minyak.

Masukkan gula sedikit demi sedikit dan jangan lupa rasa dahulu. Manis ikut lah selera masing-masing. Saya tak suka bubur terlalu manis.

Masukkan secubit garam untuk naik kan rasa santan itu.

Kacau sentiasa sehingga santan masak. Dan boleh sedia di hidang.

Barli megandungi  ( kebaikkan sama dengan oat)

  • Fiber
  • Vitamin dan mineral penting (Vitamin B3)
  • Thiamin (Vitamin B1)
  • Selenium
  • Iron
  • Magnesium
  • Zinc
  • Phosporus
  • Copper dan Niacin
  • Tidak mengandungi kolesterol seperti bijirin-bijirin lain

En kay dapat jadual pemakanan untuk pesakit darah tinggi .. dan bubur tidak sesuai untuk orang ada penyakit darah tinggi , kencing manis.. mereka hanya boleh minum air barli dengan jumlah gula yang sedikit. Agak tak best nak masak sedap2 , kerana suami tak boleh nak makan semua tuuuu … jadi hidang untuk anak-anak je la.

Comments

  1. Saya suka sangat barli sebab masa saya sakit buah pinggang dulu. Barli la saya minum, insyaallah ok. tapi saya belum pernah lagi makan bubur barli. tak pernah tahu pun ada bubur barli. dah ada resipi ni mesti cuba dan saji masa buka nanti xD

  2. ish terliur lak tgk gambo… mcm bubur gandum pun ada rupanya ye 😉

  3. sedapnya… bulan2 puasa kalau kena bubur lemak berkrim ni mmg sedap….. ok..nak masukkan dalam senarai untuk juada berbuka puasa nanti…. hihihi…

  4. suka makan barli tp xpernah buat bubur barli, kena try nih.

  5. khasiatnya benar2 banyak sekali ya bubur barli nie, nanti bisa coba buat di rumah
    terima kasih puan atas resepnya nie 🙂

  6. aduh nampak sedap, wahh teringin nk rasa

  7. suami Bee ada darah tinggi ke??memang tak best kan nak masak bila boleh makan benda2 tertentu je..kalau masak kat anak tak kan somi nak tengok je..kan??

  8. Wahhhh… sedap pulak. Walaupun baru je makan minggu lepas.

  9. main secukup rasa, manis buah memang sedap. buat versi special untuk en.kay.

  10. Hairul Azni :

    Untuk masalah anak sembelit boleh ke?

    • cuba la dulu , biasa sembelit ni punca nya kurang serat dan air je , kalau cukup serat dan air masaalah sembelit hilang … jd bg makan bijirin dan minum air banyak2 ok la …. barli kategori bijirin

  11. lin azlina :

    alamak bee… terliurla pulak tgk barli tu.. mmg suka barli…

  12. buat berbuka puasa nanti sedap juga ni bee..

  13. Salam,

    Dah pernah buat macam ni, akak campurkan sekali dalam bubur chacha memang sedap..nyummss

  14. Sememangnya banyak khasiat Bubur Bali ni… Biasanya kalau saya demam, saya suka makan Bubur Bali… 😉

  15. Sedap bubur barli nih. Saya bersahur samada Cornflakes atau Oat sahaja.

  16. Salam PuanBee, saya blogger baru sebulan berblog. Minta support segmen saya..jemput2..

    Blogger sokong blogger! Blogger, jom ramai2 meriahkan! Segmen : Sebulan Berblog By Shakira

Speak Your Mind

*