Resepi Bihun Sup Utara Dan Cara Buat Sambal Kicap – Sup Ayam

Kali ni saya nak kongsi kan resepi bihun sup utara dan cara buat sambal kicap nya sekali. Kali ini saya gunakan ayam. Saya jarang masak sup daging kecuali jumpa daging yang betul-betul segar sahaja. Anak pun leh suka kan ayam. Jadi menu biasa nya ayam je. Apa yang lain nya bihun sup utara ? setakat saya di kuala lumpur belum jumpa lagi orang menjual tepi jalan bihun sup yang rasa nya sama di kampung saya di besarkan iaitu Taiping , Perak. Baiklah di ringkaskan cerita. Sesiapa sahaja yang pernah cuba bihun sup utara atau memang dah asal dari utara pasti rindukan bihun sup utara ni.

Baru – baru ini saya sembang dengan kawan-kawan di whatsapp. Semua dah berkahwin dan merantau masing-masing memang rindukan bihun sup seperti yang saya akan beri resepi nya. Ada sambal kicap. Ada bihun warna kuning dan juga tidak di lupakan ayam goreng carik-carik. Nyumm .. semua resepi dan cara ada di bawah.Enjoy !

BIHUN SUP UTARA 6

Resepi kuah bihun sup. 

Yang ni minta maaf sesiap , tak ada gambar lupa nak ambil.

Bahan – bahan :

  1. 1 ekor ayam, bahagian tulang semua saya buat sup. Ayam bahagian isi saya simpan dan goreng untuk di buat ayam goreng carik. [ di bawah saya tulis dalam bahan sampingan ]. Jika rajin beli siap bahagian rangka tu. Sedap di buat sup.
  2. Bawang merah 5 ulas
  3. Bawang putih 5 ulas
  4. [ boleh guna sup bunjut kalau suka , jika guna sup bunjut dalam 2 uncang]. Saya guna rempah sendiri iaitu buah pelaga dalam 5 biji , kulit kayu manis dalam 5 batang , bunga cengkih serta bunga lawang.
  5. Halia sebesar ibu jari.
  6. Sedikit serbuk lada hitam.
  7. Daun bawang – ambik bahagian bawah sahaja dalam 3 pokok.

KLIK :  Resepi : Sup Kaki Ayam Istimewa

Cara saya tak tumis. Tak suka sup berminyak.Saya hanya letak semua bahan di atas dan reneh dengan api perlahan sehingga isi ayam terpisah dari tulang nya. Jika air kurang tambah lagi , periuk sederhana besar 5 liter. Tambahkan garam. Tak perlu perasa dah. Rasa manis-manis keluar dari ayam dan rempah tu. Janji kena buka api perlahan sampai masak sup tersebut.

Cara sediakan bihun kuning 

BIHUN SUP UTARA 7

  1. 1 Paket bihun di rendamkan dengan air biasa. Masukkan sesudu kecil kunyit. Sikit sahaja nanti kalau terebih ada rasa pedaq mulut. Pandai pandai agak kunyit ni ye.
  2. Rendam kan sahaja. Bila dah siap masak kuah dan sediakan semua bahan boleh lah tukar air sejuk tadi dan rendam pula dengan air panas sehingga lembut.
  3. Toskan.

Cara buat sambal kicap. 

  1. Sambal kicap ni main peranan. Untuk menambahkan aroma melayang-layang di saat pekena bihun sup utara. Ada banyak cara sediakan sambal kicap ini. Ada yang goreng dahulu cili baru lah di masukkan dalam blender. Ada yang tumbuk bahan-bahan dan di gaul dengan kicap. Pendek kata ikut lah kesukaan masing-masin. Tapi cara saya mudah dan cepat sikit. Saya memang suka buat kerja cepat-cepat.
  2. BIHUN SUP UTARA 2Jadi bahan – bahan nya adalah cili (boleh gunakan cili hijau juga , cili burung atau campurkan serba sedikit. Bawang merah sederhana saiz sebiji , bawang putih dalam 6 biji dan sedikit belacan (jika suka, tak suka jangan letak)
    BIHUN SUP UTARA 3
  3. Bersihkan dan masukkan dalam blender terus blender dengan kicap. Tak perlu tambah air. Jika suka kicap manis gunakan kicap manis. Jika gunakan kicap masin eloklah di tambah sedikit madu. BIHUN SUP UTARA 1
  4. Kicap tu ikutlah nak banyak mana , jika nak buat sedikit sahaja cukup lah sekadar tenggelam cili. Perahkan 2 biji limau kasturi [Jika suka] setelah siap.

Bahan sampingan untuk di makan dengan bihun sup.

BIHUN SUP UTARA 5

  1. Tauge .. celur dengan air panas sekejap. Tak mau hilang rasa ranggup.
  2. Fish ball , fish cake goreng dan potong ikut suka mak mak ye.
  3. Daun sup dan daun bawang bersihkan dan potos halus halu.
  4. Isi ayam tadi , goreng sehingga garing , letakkan sedikit garam dan kunyit. Kemudian tarik-tarik isi tersebut atau racik seperti dalam gambar di atas.
  5. Jika suka sediakan bawang goreng. Saya tak ada masa ni . Kalau ada mesti habis berpaket-paket.

Ok itu lah sahaja cara masak , cara sediakan , cara buat . Sekali dengan resepi saya tu. Kami biasa masak banyak-banyak da di hidangkan pada tetamu tak kira lah majlis kenduri atau pun raya. Sambal kicap tu paling penting kena ada.

Kalau masak jadi sedap komen. Tak sedap PM facebook .. hihi .. daa ~

Recent search :

Please follow and like us:
follow subscribe - Resepi Bihun Sup Utara Dan Cara Buat Sambal Kicap - Sup Ayam0

7 Comments

  • amy

    07/01/2017 at 7:28 PM Reply

    Wahhh boleh cuba… anyway..sy pon org taiping… hehe…

  • Syarifah

    27/12/2016 at 8:11 AM Reply

    Saya guna resepi ye, simpan dulu. Hehhe

    Atikah, Banting

  • Oyong Ilham

    26/08/2016 at 2:07 PM Reply

    wah ….pandai ni puan bee buat resep sendiri

  • saps ibu bapa

    27/04/2016 at 1:05 PM Reply

    aduhai..meleleh air liur,hehe..buat juadah masa raya hidang macam tu pun mesti best kan.

  • Nurolhuda

    27/04/2016 at 9:39 AM Reply

    Bihun sup utara antara menu ‘wajib’ saya datang jika ada hidangan tersebut di mana-mana acara majlis. Boleh cuba resepi ni.

  • akubiomed

    24/04/2016 at 9:18 AM Reply

    Rahsia pada rempah yang digunakan didalam buah sup. Kalau kena ramuannya memang bertambah. 🙂

  • anuar

    24/04/2016 at 7:13 AM Reply

    Sekali tengok gambar2 ni.. rasa macam nak makan sup utara sekarang juga… terima kasih sebab sudi berkongsi resepi…

Post a Comment