Resepi bengkang tepung beras bakar pulak

Seingat saya dalam blog puanbee.com dah ada 3 resepi bengkang , satu tu di beri tajuk bingka pandan , satu lagi rindu bengkang .. sangat suka bengkang , tapi saya belum dapat bengkang yang betul-betul dapat mengimbau kenangan masa kanak-kanak dedulu , sedapnya bengkang opah buat , nak ambil resepi opah pun dah kembali ke rahmatullah ..

Tapi yang bestnya bengkang ni ada rasa sebijik cam opah buat , tapi bila guna santan ori yek , kalau guna santan kotak tak rasa macam bengkang opah , so nak bagi resepi , ada dua jenis santan yang boleh digunakan …

RESEPI bengkang tepung beras bakar

Bahan-bahan untuk membuat bengkang

  • 300 gm tepung beras
  • 150 gm gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 1000 ml santan (jika nak gantikan dengan santan kotak , guna santan jenama ayam brand , dan campur santan tu dengan 800 ml air)
  • 4 helai daun pandan untuk wangikan
  • Pewarna hijau (kalau suka )
Cara buat bengkang tepung beras
  1. Masuk semua bahan , gaul sebati dan tapis
  2. Masukkan ke dalam kuali/periuk yang di panaskan dengan api kuat , kacau sehingga berketul (tak boleh tinggal , kacau je pelahan-lahan)
  3. Bila dah berketul , pelahan kan api dan kacau lagi hingga hampir pekat , keluarkan daun pandan.
  4. Angkat dan tuang adunan ke dalam loyang.
  5. Bakar pada suhu 300 celcius , selama 30 minit , atau agak-agak sehingga bahagian atas berwarna perang.
  6. Sejukkan sebelum di potong.

p/s : saya tak sempat nak potong dan ambil gambar dah habis anak-anak makan , so yang sempat ambil gambar dalam loyang jek .. alahai .. layan kan aje lah ek .. bengkang ni memang sedap .. saya cadangkan korang guna santan ori , jangan guna santan kotak tak best , untuk orang yang suka makan bengkang kurang manis boleh kurangkan sikit gula tu , ikut sukatan tu manis betul ..

Search

Comments

  1. bengkang ni klu org tua2 buat mmg sedap kan bee..air tgn tu..

    tp bee pun dah berjaya buat … bravo ;)
    Ummi Hanie recently posted..Jom makan jamuMy Profile

  2. Ketika menghuni asrama waktu supper mesti dihidangkan kuih Bengkang ini. :-)
    akubiomed recently posted..Gambar statik yang senyumMy Profile

  3. puan kutu :

    aduh tak reti buat bengkang..kena menuntut dengan bee nampaknya..hehe..
    puan kutu recently posted..Anak Yang TabahMy Profile

  4. “wahh ni resepi bee sendiri kaa…baguslah bee leh jadi isteri mithali macamni..pandai urus ank2…cari duit sendiri..masak pun pandai…eh,nanti kak pia nak try resepi ni kalau jadi akak buat entri khas..kahkahkah…”
    pia recently posted..Ada ka patut?My Profile

  5. memang menarik rupanya..terasa mcm harum tu nak sampai ke sini dah :)
    nuriz recently posted..Fasha Sandha Bakal Nikah Dengan Jejai Tahun Ini?My Profile

  6. hemm..sedap nih..bak sikit..
    titan recently posted..Innity makin ketat-petat.My Profile

  7. paling suka bahagian atas yg garing tu.
    Denaihati recently posted..Honda Hybrid Insight Test Drive Day 1My Profile

  8. dah la lapar ni..kalau dapat bengkang ni masuk je dalam mulut lapar2..hehe
    paihujey recently posted..Obses Pada Warna HijauMy Profile

  9. arwah emak selalu masak bengkang macam ni….ada pula yang letak hirisan bawang, semenjak 2 menjak ni rajin pula memasak bee ni…errr atau sebab nak penuhkan slot resepi pada blog…ahaks jgn marah ye bee…. ha dah masak tu…bagi bagi ler skit
    apaajanews recently posted..TULISAN JAWI,BANGSA MELAYU DAN BANGSA JAWIMy Profile

  10. Salam,

    Bestnyaaa bila nak try pulak yang ni, akak ingat wiken ni nak buat tart telur hehehee :D
    yanmie recently posted..SBPA Disemak Semula – Kabinet Arah Tangguh Skim SBPA Sektor AwamMy Profile

  11. rajin nyer masak …..pandai lak tu. hehe sy tkt la nk cube …wpon dah ada resipe….pn bee buat la depan mata sy..baru sy berani buat..:p
    afasz recently posted..Yang mana satu pilihan anda?My Profile

  12. wah..rajin bee masak..tq 4 sharing resipi..sy pun nak kena rajin2 ke dapur gak le lepas ni..hehe
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Penangguhan SBPA @ Saraan Baru Perkhidmatan AwamMy Profile

  13. Cik Rose Cute :

    sedapnya….
    Cik Rose Cute recently posted..Apek Sambut Birthday Dengan KekasihMy Profile

  14. Sedapnya… mulalah nak try buat ni kan… thx for the recipe bee…
    Qaseh Gifts recently posted..The Joy of BooksMy Profile

  15. dah lama makan bengkang.. buat bengkak.. x pernah langsung..
    kakyong recently posted..Fridge Magnet dari EyriqazzMy Profile

  16. Alamak dah habis, tak sempat ummi nak merasa ni bee,hik!
    ummiross recently posted..BELIAN BORONG KAIN PASANG SARAWAK BARUMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Hakcipta Terpelihara · PuanBee.com · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK
%d bloggers like this: