Resepi Ayam Masak Keling

Salam , ini RESEPI AYAM MASAK KELING di berikan oleh geng KSR juga. Terima kasih Kak Yus kerana menyumbangkan resepi yang jarang-jarang saya masak di rumah ini. Ini boleh di jadikan koleksi masakkan saya terbaru.

Kak Yus meminta maaf awal-awal lagi kerana nama Ayam Masak Keling ini agak unik takut-takut tersentuh mana-mana pihak. Tetapi ini lah nama asal masakkan ini.

ayam masak keling

Bahan-bahan Ayam Masak Keling

  • 1 ekor ayam  (potong kecil2)
  • SerbuK kulit kayu manis –2 sudu   (kalau tak ada ambil 2 btg kulit kayu manis tumbuk /kisar sampai hancur)
  • Bawang putih  (k.yus guna 7 ulas)
  • Halia  (k.yus guna dlm seketul yg kecil –3 inci)
  • 1 paket kecil serbuk cili
  • 1 paket kecil serbuk kari daging/ayam
  • 2 sudu kecil cukup rasa/pasti sedap
  • Garam secukup rasa
  • Minyak utk menumis
  • Kicap ikut suka hati
  • Satu paket kerisik
  • Asam jawa
  • Dua sudu kecil gula
  • Daun kari

Cara – cara memasak.

  1. Bawang putih + halia ditumbuk lumat.
  2. Ayam yg telah dibersihkan ditos.
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih + halia yg telah ditumbuk.
  4. Masukkan serbuk cili, serbuk kari dan serbuk kulit kayu manis.
  5. Biar sampai pecah minyak, masukkan daun kari.
  6. Masukkan ayam. Kacau
  7. Lepastu masukkan asam jawa, garam, cukup rasa, kicap, gula dan seme lah.. biar sampai kuah pekat. K.yus masukkan sikit air masa masukkan ayam tu biar dia berkuah.
  8. Last sekali masukkan kerisik.
  9. Bila dah ayam dah masak, boleh tutup api dan hidangkan.

** kalau nak tambah ubi kentang pun sedap juga.

Group FB – Kumpulan Suri Rumah (KSR)

16 thoughts on “Resepi Ayam Masak Keling”

  1. tak pernah merasai lagi ayam masak keling, first time baca & pasti mesti nak cuba buat dengan ibu nanti, heheh

  2. Wahhh. ..menu baru…leh la cuba…

    Entah kenapa sejak akhir2 ji suka pula mencuba resepi baru…

    Mungkin sebab anak2 dah mula.makan kan..hahaha

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *