Resepi Ayam Goreng Madu Paling Mudah

Mood menulis , memasak dah kembali normal. Sekarang memang rajin sikit. Hari ni saja nak kongsi menu yang anak-anak suka , dah la tu senang pula nak membuatnya. Bahan untuk membuat ayam goreng madu ni pun mudah di sediakan. Ikutilah resepi ayam goreng madu paling mudah dan sedap ni di bawah.ayam-600x482

Bahan – bahan

  1. Ayam segar .. saya gunakan bahagian paha kecil dalam 1 kilo. Boleh juga gunakan bahagian kepak sahaja , atau seekor ayam di potong kecil , terpulang .. anak saya kurang sikit makan bahagian isi tu. Jadi saya beli ayam ikut bahagian.
  2. 2 cawan madu
  3. 1 cawan sos cili – gunakan cawan yang sama dengan cawan madu tadi.
  4. Sedikit kicap – Kicap ni funginya tambah warna je .. tak suka tak perlu masukkan.
  5. 5 ulang bawang merah
  6. 1 tangkai kulit kayu manis
  7. 5 ulang bawang putih
  8. sedikit halia

Cara memasaknya.

  1. Tumiskan bawang merah , bawang putih , halia dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Minyak dalam 5 sudu sahaja.
  2. Setelah naik bau , masukkan ayam .. gaul rata di dalam kuali.
  3. Tuangkan sos cili , madu dan kicap.
  4. Reneh perlahan sehingga kuah memekat dan melekat di ayam. Jangan lupa sentiasa balik balikkan ayam di dalam kuali.

Setelah siap , boleh lah taburkan bijan , boleh juga campurkan daun kari semasa menumis. Terpulanglah .. Saya tak ada daun kari.

Setelah kuah menjadi pekat dan melekat , boleh angkat dan hidangkan .. makan panas-panas sedap tau.

 

Show 6 Comments

6 Comments

  1. Memang Nampak sedap dan menyelerakan…Mohon share resepi ya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.