Resepi Ayam Bakar Aroma Serai Untuk Keluarga

Mintak maaf saya tayang gambar ayam bakar aroma serai di sini. Bukan untuk buatkan pembaca terliur tetapi sebaliknya nak berkongsi resepi sahaja. Resepi ayam bakar aroma serai ni simple sangat-sangat. Tak perlu nak bertenggek di dapur lama-lama. Senang sahaja di buat tatkala sibuk. Hahaa .. al – maklumlah cuti-cuti sekolah ni tak menang tangan juga di buatnya. Perghh ~

ayam bakar serai

Sekarang ni memang menu di dalam rumah saya adalah bakar-bakar dan rebus-rebus kebanyakkan nya lah setelah suami saya jatuh sakit vertigo , darah tinggi , strok otak dan sakit kencing manis kelmarin , jadi memang bertegas dengan suami nih .. banyak pantang larang di dalam makanan yang perlu di amalkan. Jadi macam hari-hari dah makan ayam panggang dan ikan panggang. Cuma kadang-kadang tak sempat pun nak ambil gambar dan upload di blog. Orang anak ramai .. faham-faham sudah~

Khasiat serai :

Untuk mengurangkan kolestrol sebaiknya minum jus serai suam. Boleh diletak satu kiub ais + sedikit gula untuk menambah rasa. Tetapi ingat ais kiub atau minuman berais boleh membuatkan badan kita menjadi gemuk. – Baca selebihnya di Kongsibersamanora

Resepi Ayam Panggang Aroma Serai 

  1. Ayam berketul-ketul ikut keperluan saiz keluarga
  2. Serai (saya panggang 6 ketul ayam dan gunakan 6 batang serai , kira nisbah seketul sebatang serai )
  3. Bawang besar 1 ulas
  4. Bawang putih 6 ulas
  5. Bawang merah india 6 ulas
  6. Serbuk Cili Adabi 4 sudu
  7. Gula sesudu
  8. Kicap 1 sudu
  9. Halia (agak2 besar ibu jari)
  10. Garam secukup rasa

Cara membuat nya.

  1. Kisar (Serai , bawang besar , bawang putih , bawang merah india dan halia sehingga halus )
  2. Gaulkan dengan semua bahan lain
  3. Gaulkan atau perapkan ke atas ayam tadi.

Kadang-kadang saya perap , kadang-kadang saya terus masak. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar lah secukupnya . Suhu 200 darjah celcius sehingga masak. Kalau saiz potongan ayam besar lama lah jawabnya.

p/s : Sibuk dengan dunia offline sekarang ni , layan anak-anak di rumah phewww~ Contest iPhone5 pun tak terlayan dah …

Sekian ,

Selamat mencuba …

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

14 Comments:

  1. Dilihat dari bahan2ny sepertinya sangat cocock juga untuk lidah saya nie
    Terima kasih atas resep ayam bakar serai ini, nice share Puan 🙂

  2. erm… mmg terliur…

    sng je ek care2nye… psstt…. lama giler nis tak ‘main’ dgn oven tau. hoho ! tp oven nis jenis microwave oven tu… manual pulak ilang ke mana… tu maleh gune tu :p alasannnnn ~

  3. Amboi Bee.. posto2 2 Brunei boleh? hik3
    sodap + menyelerasakan bila dimakan beramai2..

    Thanks for d link dear…

  4. emm bagus paunbee..seorang isteri yang prihatin..kenapa tak ada gambar masakan puanbee??

  5. menyelerakan betul ayam bakar ni, boleh cuba nanti resepi ni, tq

  6. Harap cik suami dh semakin sembuh skrg..

  7. wow sedap..dh lama tak beli ayam.kt rumah nie asik menu ikan,sotong n telur je.hehe

  8. Sedapnya ayam tu bee…terliur!

  9. Salam,

    sedapnyeeee, hari2 makan gini pun takpe hahaha 😀

  10. Oh puan Bee mula membuat pengubahsuaian menu untuk suami.

  11. macam dah faham je, awal2 lagi mintak maaf. alhamdulillah makanan sihat untuk suami

  12. sedapnya ..ahh..tak makan lagi ni ..hehe

  13. aduhhh..menggodanya rupa ayam tu..nak cuba lah nanti..

    kak bee..berkaitan dengan penyakit suami akak tu..akak pernah cuba buat all plant diet utk dia..mmg susah nak buat..tapi ni yg disyorkan oleh pakar neurologi yg saya pergi..pakcik tu ada buat kelas berkaitan kesihatan tiap hari sabtu kat klinik dia.. dia adopt dari diet yg pakcik bill clinton amalkan based on dr stephen sinatra punya buku berkaitan reverse cardiovascular disease.. klinik pakcik pakar tu kat pj..

Leave a Reply to Ummi Hanie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *