Rencah Hidup Suami Isteri : Mancing apa tu ?

Jiran suka “ambil berat“, nampak suami saya turun tangga dengan berbondong-bondong peralatan mancing dan beg pakaian , lalu di tegurnya …

Nak pergi mana tu ? (padahal dah 9 tahun duduk di sini dan biasa nampak suami saya bawa beg mcm ni, kalau dah ada peralatan mancing mesti pergi memancing)

Saya jawab “biasalah pergi memancing

Jiran membalas “mancing apa tu ????…. “ (dengan senyuman sinis di mukanya ..)

kisah rumah tanggaAnak-anak teringin nak ikut tu … bodek2 tak dapat juga , ayah tido atas bot katanya. Habis solat ? pun atas bot ?

Saya sebagai isteri hanya mampu tersenyum dan menganggap perkara tu sebagai lawak , tapi kalau dah 10 kali dia nampak suami saya pergi memancing , sepuluh kali juga di tegur perkara yang sama , saya SAKIT HATI.

Kalau boleh DOAKAN LAH YANG BAIK-BAIK , FIKIR POSITIF , Jangan fikir negatif dan doakan yang tak elok untuk saya dan keluarga saya.Ada bukti silakan ..

SALING PERCAYA KUNCI KELUARGA SAKINAH

Saya pegang amalan saling percaya , saya harap suami saya jujur dalam melayari bahtera kami , dan saya juga begitu .. saya percaya .. semua perkara yang terjadi adalah kehendak ALLAH , Saya percaya suami saya bukan lah hak saya sepenuhnya , tapi hak ALLAH juga ..segala ketentuan saya redho.

rencah rumahtanggaDah bot rosak , sebab tu lah tak kasi pergi time hujan-hujan ni abang oiii …

Saya harap suami saya percaya saya dan saya percaya dia .. saya harap perasaan saling percaya ni diteruskan dan tidak di calarkan dengan perkara-perkara tak elok .. sekali tercalar , memang susah nak berubat.

Percaya kepada perkara yang berasas , jangan sampai ada bukti depan mata pun masih nak percaya .. ye tidak ?

Saya tak kisah dia memancing , jangan memancing benda lain sudah lah ..nawaitu tu penting..Sama macam dia tak kisah saya berblog asalkan saya menjaga sikap dan perangai saya sebagai isteri sudahlah .. nak kemana beri tahu dan minta kebenaran dulu , dan dapat kebenaran baru lah senang hati nak kemana-mana pun , lelaki pun kena mintak kebenaran isteri juga. Bila dah berkahwin .. mesti lah begitu ..

Soalan : Wajarkah Orang lelaki Yang dah berkahwin ada hobi yang perlu tinggalkan Isteri & Anak ? – Pendapat adalah bebas ๐Ÿ™‚

23 Comments

  1. Hafizul 17 April 2012 Reply
  2. Denaihati 16 April 2012 Reply
  3. Mama adam 16 April 2012 Reply
  4. titan 15 April 2012 Reply
  5. budakserius 15 April 2012 Reply
  6. mrs.yie 15 April 2012 Reply
  7. Ummi Hanie 15 April 2012 Reply
  8. gnesop 15 April 2012 Reply
  9. puan kutu 14 April 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 15 April 2012 Reply
  10. akhiyy 14 April 2012 Reply
  11. Terbelog 14 April 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 15 April 2012 Reply
  12. akubiomed 14 April 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 15 April 2012 Reply
  13. ejam 14 April 2012 Reply
    • akubiomed 14 April 2012 Reply
      • puanbeeAuthor 15 April 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 15 April 2012 Reply
  14. zie fauzi 14 April 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 15 April 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.