“Remagining Energy” CNY Photography Contest With PETRONAS

Hai guys .. kan saya dah cakap dalam entri lepas bahawasanya .. saya mungkin akan masuk contest CNY bersama PETRONAS ini yang bertajuk “Remagining Energy”. Sekali masuk contest saya pertaruhkan 2 Foto , yang kebetulan saya ambil semasa melawat sogo kelmarin , di sana kelihatan sangat meriah dan penuh dengan “tenaga”.Ambil gambar kan ke perkara biasa bagi blogger ? tak kira lah korang ambil gambar menggunakan apa ..semua boleh masuk ..

chinese new year photography contest

Petronas seperti memahami .. apabila setiap gambar di beri pula kategori yang bersesuaian dengan kita , so apa tunggu lagi ? jom lah sama-sama turut serta 🙂 Antara kategori yang ada :

  1. Mobile
  2. Camera Amateurs
  3. Camera Professionals
  4. School-Goers
  5. University/College-goers
  6. Staff

Dan saya masuk 2 kategori – Mobile dan Camera Amateurs – Kedua-dua gambar di bawah saya suka.

Gambar ini masuk dalam kategori Amateurs – Energy yang ada pada tanglung dan juga orang ramai yang berpusu-pusu shopping ketika Hari Perayaan tiba salah satunya CNY ini , oleh kerana kita orang Melayu dan tidak menyambut Chinese New Year sekalipun , kita tetap merasa bahang CNY tu dimana-mana ceruk tempat yang kita kunjungi dengan adanya taglung yang sangat colourful ni..

chinese new year photography contest 2012

Gambar ke dua kategori Mobile – Alorhh gambar ni saya saja suka tengok anak-anak pun happy bila tengok tanglung-tanglung ni semua , si baby tak habis-habis meluahkan kata terpesona nya “Wahhhhh …wahhhhh … wahhhhhh….wahhhhh ..”

chinese new year photography contest 2012

Jom lah ikut sama pertandingan Foto Petronas ni , nak turut serta boleh ke App Facebook Petronas sekarang 🙂

P/S : Bukan kah sama warna poster Contest Petronas ni dengan warna yang ada dalam FOTO saya ?

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

23 Comments:

  1. gambar yg menarik dan cantik.. semoga menang 🙂

  2. gudluck bee..mmg kutu tak boleh join..hari tu kamera buat hal..nie sony cybershot kutu plak lingkup.kena kumpul duit beli kamera baru nampaknya.haha…

  3. x nampak suasan CNY kat kawasan perumahan ni… huwaaaa…

    la ni berpuasa dr jalan2 ke tesco @ mana2 pasaraya/hypermart…

    gud luck yer Bee..

  4. tak nak masuk. nanti puanbee kalah plak. haha..

  5. Krm salam kat model 2 org tuh ek..pewwitttt..hehe 😉

  6. cntik gambar bee … gudluck ..

    nis nan hado gambo tema CNY ni …

  7. Semoga Berjaya Bee….

  8. gud luck Bee…….

  9. Sudah tak sempat hendak ambil gambar tanglung dah. 🙂

  10. mereka akan sms kita ke bila dah approve

  11. tapi macam mana nak tahu ianya approve…bee

  12. ini pakai kamera ape ek….??

    bro pun dah join dah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *