Refinance Rumah : Jika hendak melakukan pembiayaan semula pinjaman perumahan di Malaysia …

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jika anda  hendak melakukan pembiayaan semula pinjaman perumahan ( refinance rumah ) di Malaysia  apa yang anda perlu buat ???   Saya bukan orang yang bijak pandai atau mengetahui secara detail selok belok dalam urusan pembelian dan pinjaman perumahan apatah lagi membuat ” refinance rumah ” tetapi saya suka membaca semua info berkenaan pembelian rumah. Info yang tepat , ringkas dan mudah di fahami adalah suatu yang saya sangat suka. Sebagai persiapan saya hendak membeli rumah sendiri di masa akan datang.

Zaman sekarang kita beruntung dengan kewujudan dunia internet tanpa sepadan. Ada banyak ilmu yang boleh di gunapakai. Antara ilmu yang saya hendak berkongsi hari ini adalah … sebuah website iMoney.my yang komited menyalurkan informasi terkini tentang pembelian rumah , pinjaman perumahan dan selok belok dalaman ketika urusan di jalankan. Terbaik sangat bagi saya.

SEMUA INFO & SERVIS ADALAH PERCUMA. Itu yang penting… 🙂

Paparan website iMoney.my ini mudah dan mesra pengguna.

  • Mengapakah anda hendak membuat pembiayaan semula rumah ? Terdapat 2 jenis kalkulatur yang di sediakan untuk anda mengira penjimatan yang ada jika anda melakukan pembiyaan semula rumah anda bagi mengurangkan pembayaran perumahan dan kalkulatur jika anda hendak membuat refinance untuk mendapatkan wang tunai.

imoney

Hanya klik pada kotak biru untuk menggunakan kalkulatur iMoney.my bagi mengira jumlah pembiayaan selepas melakukan refinance dan jumlah wang tunai yang anda akan dapat. Untuk menggunakan servis ini anda boleh ke website mereka di sini.

Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan Anda di Malaysia

Antara kelebihan lain , jika anda menggunakan kalkulatur yang terdapat di iMoney.my adalah … anda boleh melihat semua tawaran dari bank yang ada di Malaysia. Terbaik … anda juga akan di cadangkan beberapa pilihan bank yang di rasakan paling meguntungkan.

apakah itu refinance perumahan

Selain dari itu anda akan di beri pendedahan terhadap soalan-soalan yang biasa kita tercari-cari. Antaranya ialah  :

  1. Apakah itu pembiayaan semula pinjaman perumahan ?
  2. Bagaimanakah pembiayaan pinjaman perumahan berfungsi ?
  3. Biayai semula untuk untuk pembayaran bulanan.
  4. Biayai semula untuk dapat lebih tunai.
  5. Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membiayai Semula Pinjaman Perumahan Anda
  6. Dapatkan Pembiayaan Semula Gadai Janji Terbaik Untuk Anda Dengan Kalkulator Di Atas
  7. Talian IMoney
  8. Yuran & Penalti

Bagi mendapatkan info semua soalan di atas , anda boleh ke iMoney.my dan klik pada tajuk yang di kehendaki. Tak susah kan ? Serta jika ada pertanyaan lanjut anda boleh bertanya terus pada admin iMoney.my dengan like facebook mereka di – > https://www.facebook.com/IMoney.my

Info menarik untuk tatapan semua…  

Mengenai AKPK

AKPK adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu para individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan cawangan AKPK / pejabat kaunseling kredit, lawat www.akpk.org.my atau hubungi POWER! Infoline di talian tol percuma 1-800-88-2575.

Mengenai iMoney.my  

iMoney.my dibawakan kepada anda oleh Intelligent Money Sdn Bhd (“iMoney”), sebuah syarikat perkhidmatan kewangan bebas dan berstatus MSC yang membantu para konsumer di Malaysia dan Asia Tenggara membandingkan serta mengaplikasikan produk-produk kewangan melalui laman web perbandingan kewangannya yang percuma. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hello@iMoney.my.

iMoney.my Mengeluarkan Keputusan Kaji Selidik Sikap-sikap Berbelanja
Raya Di Malaysia; Nasihat Oleh AKPK

Kaji selidik dalam talian bagi seluruh negara yang dijalankan oleh laman web perbandingan terkemuka Malaysia, iMoney.my, telah mendedahkan beberapa persepsi menarik mengenai sikap-sikap berbelanja warga Malaysia pada musim perayaan.

Kaji selidik tersebut, yang dibuka kepada lebih 150,000 pelawat bulanan www.imoney.my dan lebih kurang 28,000 pengikut iMoney.my on Facebook, dijalankan oleh pasukan penyelidik iMoney antara Ogos dan September 2013 bagi menilai sikap warga Malaysia dalam perbelanjaan musim perayaan.

Antara hasil-hasil utama kaji selidik yang didapati adalah:

  1. Lebih daripada 10% responden terpaksa meminjam wang bagi tujuan meraikan Hari Raya.
  2. Lebih daripada 15% responden telah berbelanja melebihi RM3,000 di samping perbelanjaan biasa mereka untuk cuti Raya.
  3. Lebih daripada 50% responden bersetuju yang mereka banyak berbelanja untuk Makanan dan Pembelian Musim Perayaan semasa cuti Raya, diikuti oleh Hadiah dan Pengangkutan, dalam turutan tersebut.

Keputusan statistik penuh daripada kaji selidik dalam talian tersebut adalah seperti berikut:

Jumlah Perbelanjaan Semasa Cuti Raya Di Samping Perbelanjaan Biasa

  1. RM0 – 1k 18.12%
  2. RM1k – 2k 49.66%
  3. RM2k – 3k 16.78%
  4. Atas RM3k 15.44%

Item-item Perbelanjaan Tertinggi Semasa Cuti Raya

(Para peserta dibenarkan memilih lebih daripada satu kategori)

  1. Pengangkutan 32.21%
  2. Makanan 55.70%
  3. Pembelian Musim Perayaan 51.01%
  4. Hiasan Rumah 6.71%
  5. Hadiah 35.57%
  6. Lain-lain 14.77%

Telah Meminjam Wang Bagi Tujuan Cuti Raya

  • Ya 11.41%
  • Tidak 88.59%

Cara Wang Dipinjam Bagi Tujuan Cuti Raya

  1. Kad kredit 64.71%
  2. Rakan-rakan / keluarga 11.76%
  3. Pinjaman dari bank 17.65%
  4. Lain-lain 5.88%

*Nota: di atas adalah keputusan statistik yang ditabulasikan daripada respons para pembaca iMoney.my dan pengikut facebook dalam satu kaji selidik dalam talian.

Pengasas bersama iMoney Ching Wei Lee berkata keputusan kaji selidik tersebut “adalah memberangsangkan, dan ia jelas yang majoriti daripada 88.59% responden telah menunjukkan kawalan kewangan yang cukup dengan tidak meminjam wang bagi tujuan meraikan musim perayaan”.

“Namun begitu, salah satu keputusan kaji selidik yang perlu diambil perhatian adalah 64% daripada responden yang telah meminjam wang bagi cuti Raya melakukannya dengan kad kredit – mungkin satu petunjuk mengenai bagaimana mudahnya berbelanja di luar kemampuan anda dengan kad di tangan,” kata Ching. “Bersama dengan keputusan daripada Nielsen Global Survey of Investment Attitudes 2012 yang mana hanya 47% warga Malaysia membayar penuh bil-bil kad kredit mereka; ia menunjukkan yang kita rakyat Malaysia mungkin masih lagi mempunyai perjalanan yang jauh dalam soal pengurusan hutang kad kredit yang baik”.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (“AKPK”), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia bagi membantu individu-individu mengawal situasi kewangan mereka, bersetuju yang warga Malaysia secara umumnya “tidak mampu untuk menghindari perbelanjaan dan berdepan dengan godaan untuk berbelanja berlebihan semasa musim perayaan”.

“Daripada pengalaman, kami mendapati satu trend di mana berlaku sedikit peningkatan dalam bilangan individu yang mendapatkan khidmat kaunseling kami selepas musim perayaan,” kata Azman bin Hasim, Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Korporat AKPK. “Bilangan tersebut biasanya akan kembali normal selepas beberapa bulan.”

“Dengan peningkatan kos sara hidup, kebanyakan warga Malaysia berdepan dengan tekanan kewangan dalam pelbagai tahap, jadi ia adalah amat penting bagi kita untuk mula membelanjakan wang dengan lebih bijak,” tambahnya. “Langkah-langkah pengurusan wang asas seperti mempunyai bajet bulanan dan mematuhinya, hidup dalam kemampuan anda dan hanya mengambil pinjaman untuk tujuan-tujuan produktif akan membantu orang ramai dalam jangka masa panjang bagi mengelakkan hutang-hutang yang tidak boleh ditangani.”

Seterusnya, iMoney.my merancang untuk menjalankan kaji-kaji selidik dalam pelbagai topik kewangan berkaitan dengan rakyat Malaysia pada masa akan datang, serta bekerjasama dengan badan-badan rasmi seperti AKPK bagi membantu mengajar rakyat Malaysia dalam soal kewangan peribadi. Semua kajian dan artikel kewangan oleh iMoney.my tersedia kepada orang awam PERCUMA di www.imoney.my/articles.

Ingat iMoney.my ada untuk membantu pengurusan kewangan ke arah lebih sistematik dan bijak.

Comments

  1. Saya sangat suka konten dalam situs ini, semua hal-hal baru dan pelajaran baru bagi saya. pengetahuan yang sangat kian meningkat menjadi lebih luas, terima kasih banyak atas informasi yang diberikan

  2. fotocopy A0 murah di jakarta :

    I can not say anything, which obviously I love it

  3. kurikulum 2013 smp :

    info yang bermanfaat, terima kasih mas admin

  4. servis yang sangat menarik. dah lama cari servis macam ni.

  5. Lengkap sekali Puan, pasti amat membantu mereka2 yang lagi sibuknya dan butuh informasi mengenai biaya pinjam untuk perumahan
    Selalu sukses …

  6. masih banyak lagi kena belajar bab refinance nih..

  7. memang bagus iMoney nih

  8. SuaraDJakarta :

    Terima Kasih massss

  9. bagus laa.. semakin memudahkan..

  10. Belum ada lagi cadangan utk refinance..tp ini mmg info yg bagus..

    thanks puan bee

  11. Dulu ada perancangan hendak membuat pembaiayaan semula tetapi ada masalah. Sekarang ini fikir hendak kurang beban pinjaman dengan mengeluarkan wang KWSP secara bulanan untuk pembayaran rumah.

  12. kemudahan sekarang dah jauh lebih mudah dan sangat mersa pengguna.

  13. Terima kasih banyak untuk informasi diatas mas admin

  14. Belum terfikir lagi nak refinance rumah, tapi thanks bagi info ni

Speak Your Mind

*