Kempunan …. Kelmarin .. lepas keluar dari auditorium seminar jom kurus di Hospital Prince Court , lepak-lepak dengan kaklong mawarmerah2008.com , sebenarnya dah banyak kali pandang kek Red Velvet tu .. tapi sebab fikirkan seminar , so tak beli lagi lah .. bila dah keluar , sambil-sambil lepak dengan kaklong jeling-jeling lah ke kedai kecik tepi ruang menunggu tu..tak lama lepas tu una dan kakak minta duit nak beli sandwich , saya pun dari pada bagi duit baik pergi tengok sendiri apa yang diorang nak beli. Baby nagis-nagis dah nak susu dia. Ayah pun tak sampai lagi .. nak di jadikan cerita lah kan …
Maka .. saya pun beli red velvet ni untuk pujuk baby kononya… tapi tak sangka .. harga Red Velvet di situ murah .. 8 biji baru RM12 , kalau di hitung harga sebiji baru RM1.50. Tak pernah jumpa lagi harga Cup Cake Red Velvet ni murah cam tu. Biasanya kedai yang jual Red Velvet akan letak RM3 ke atas. Pasaraya sebelah rumah saya pun letak RM3.80 sebiji. Kalau sepotong jatuh RM6.50 pula. Mahal kan .. tapi red velvet hospital ni murah pula. Rasa sedap juga.
Yang jadi kempunan sangat tu .. saya gigit sikit-sikit je kongsi dengan baby di semasa di Hospital Prince Court tu .. petang tu balik rumah anak-anak makan lah dengan anak saudara seorang. Si kecik tu makan tak hingat. Saya pesan.. tinggal maklang satu , letak dalam peti. Esok maklang nak makan. Sebab rasa kenyang hari tu , kena lah simpan esok.
Esok paginya , saya bangun terus menuju ke peti ais. Buka peti ais , tengok atas bawah. Katup peti ais .. fikir lagi .. mana Red Velvet ni .. pusing belakang ..tengok tong sampah ada bekas dia.. terus tanya adik saya ..
mana red velvet aku ?
alaaa , lupa lah kak.. damia dah makan..
Damia adalah anak saudara saya. Dia paling awal makan .. huwaaaaaaaa .. damia kejam , damia kejam.. mana batu belah batu bertangkup ni.
Petang tu mak dia ajak saya ke kedai kek sebelah kedai tu boleh membeli dan mendandan sendiri kek kita .. tapi rasa tak sama.. sebab teringin Red velvet Prince Court jugak…
Ok tunggu lah bila ronda-ronda area situ mesti nak singgah cari Red Velvet jugak.




Saya telah membaca post ini.
nasib baik akak jenis yang tak minat sangat, kalau tak mahu terbang ke prince court utk dapatkannya

sweetkurma recently posted..kembara media kemboja : menyaksikan kedaifan
Puan Bee,
Memang murah sangat Red Velvet di Prince Court tu kan!
Hahaha….kesiannya ada orang habiskan. Nasib baik batu belah batu bertangkup dah kenyang (agaknya makan Red Velvet jugak tu!)
Saya telah membaca post ini.
Pandai Puan Bee mengelak dari makan Red Velvet di Prince Court Medical Center.

akubiomed recently posted..Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bukit Kala
Saya telah membaca post ini.
sesaje mengidam @ mengidam ada makna ni puanbee??hehehe
Hafizul recently posted..Isteri Menggoda Suami – Apa Motifnya???
ala, takpe la nanti beli lagi. saya suka tengok red velvet macam tuh tapi tak suka krimnya.
eiela recently posted..Tanggungjawab Yang Hidup Kepada Yang Mati
selamat nama damia..bukannya pekan..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Webp vs JPEG
Saya telah membaca post ini.
ini kes mengidam tahap gaban gak ni.. haha
Ummi Hanie recently posted..Gambar ayah Wardina Safiyyah sedang beri ceramah agama
haha bertahap2 dah ni .. aiyoo entah bila nak singgah ke sana lagi ..
puanbee recently posted..Sistem PBS di sekolah kakak
alahai, kesian pulak tengok. dah takde rezeki. sodap sangat agaknya sampai tinggal bekas je.
Denaihati recently posted..Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger yang bertuah
sedap … saya ni yang suka bertangguh nak makan memang tak merasa lah ..
puanbee recently posted..Sistem PBS di sekolah kakak
Saya telah membaca post ini.
Laaa..tak pasan pun ade jual red velvet situ..murah sangat pulak tu… ala..kempunan nye juge..

Lepas seminar Kevin, lum mkn lg red velvet.. kene mkn ni esok..hehehe
Nadot recently posted..Nak Kurus? Jom Belajar Matematik.
ada tau .. haa sudah dia pun tiba2 kempunan ..
puanbee recently posted..Sistem PBS di sekolah kakak
hahaha…ni kes mengidam ke apa ni…. hihihi…. nanti gi beli lain…tp jgn tunjuk kt sapa2… nti kempunan lg…

zie fauzi recently posted..Sate Kajang Haji Samuri
haha adalah mustahil , spy merata2 ..
puanbee recently posted..Sistem PBS di sekolah kakak
Saya telah membaca post ini.
Heheee sian Bee kempunan nak makan RVC Prince Court

Myra Jay recently posted..Contest Eyriqazz Vs Denaihati – Cabaran SEO
kesian kan..hikss
puanbee recently posted..Sistem PBS di sekolah kakak
lapo pula nak makan red velvet ni…
ehehehehe
ala dekat je kot tempat kerja mie dengan hospital tu
puanbee recently posted..Sistem PBS di sekolah kakak
Saya telah membaca post ini.
Alahai. .mmg x de rezeki la tu nak makan…lain kali la gamaknya…
selagi tak dapat mesti terngiang2 di kepala nih hikss
puanbee recently posted..Sistem PBS di sekolah kakak
Tak de rezeki la nampaknya tu…
anif recently posted..Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1433 / 2012
itu lah dia nyaaa
puanbee recently posted..Sistem PBS di sekolah kakak
Saya telah membaca post ini.