Raya Pertama Atau Terakhir ?

Macam terjaga dari mimpi je , 2 minggu berada di kampung mood nak hadap blog kelaut je … blog ni salah satu sumber *untuk shopping * saya  , mana mungkin di lupakan terus …  Raya tahun ni ada banyak benda terjadi , keinsafan dalam kegembiraan. Tersentap seketika …

Hari raya pertama bawa mak berjalan ke rumah sedara mara dia , tak semua dapat singgah tapi singgah la yang mana dalam satu perjalanan.  Dari Taiping ke Bagan Serai , Ke Tanjung Piandang , Ke Parit Buntar dan akhir sekali ke Kuala Kurau.

Tersentap … selepas bagi salam … dengar berita pakcik telah meninggal dunia pada hari ke 27 ramadan. Tersentap bila pergi rumah pak anjang , beliau baru lepas di buat pembedan di tulang belakang. Tersentap bila pergi rumah sepupu , beliau tidak boleh berjalan kaki berbalut dek kerana penyakit kencing manis.

Banyak sangat sentap .. lupa nak ambik gambar famili di hari raya pertama …

ketupat daun palas

Ada la sikit … dah pos ke instagram dan facebook … Tahun ni menganyam ketupat palas je 3 kali , Raya pertama , Raya ke dua , dan Raya ke 14 hari .. memang kerja anyam dan masak ketupat palas .. Saya malas sebenarnya buat ketupat palas ni , tapi tak tahan dek panahan bebelan mak .. ayat dia paling  menusuk “ esok aku mati , sapa nak buat , muda-muda tak nak belajar ”  tak mau ada sambungan ayat tu , terpaksa la buat juga .. hehehe ..

Itu kisah raya pertama kami , memang tak ada gambar .. sentap manjang , walaupun nampak rilek je .. tapi jauh dalam hati terasa juga.

Betul la orang kata …

Tak semestinya , raya ini raya pertama kita , mungkin kali terakhir … sebab tu la …. ermmm .. susah pula nak terjemah kat sini….  ada benda tak selesai kena selesaikan cepat-cepat .. macam hutang PTPTN ke …  😛

Mencari mood menulis semula ~

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

17 thoughts to “Raya Pertama Atau Terakhir ?”

Leave a Reply to sweetkurma Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *