Raya Pertama Atau Terakhir ?

Macam terjaga dari mimpi je , 2 minggu berada di kampung mood nak hadap blog kelaut je … blog ni salah satu sumber *untuk shopping * saya  , mana mungkin di lupakan terus …  Raya tahun ni ada banyak benda terjadi , keinsafan dalam kegembiraan. Tersentap seketika …

Hari raya pertama bawa mak berjalan ke rumah sedara mara dia , tak semua dapat singgah tapi singgah la yang mana dalam satu perjalanan.  Dari Taiping ke Bagan Serai , Ke Tanjung Piandang , Ke Parit Buntar dan akhir sekali ke Kuala Kurau.

Tersentap … selepas bagi salam … dengar berita pakcik telah meninggal dunia pada hari ke 27 ramadan. Tersentap bila pergi rumah pak anjang , beliau baru lepas di buat pembedan di tulang belakang. Tersentap bila pergi rumah sepupu , beliau tidak boleh berjalan kaki berbalut dek kerana penyakit kencing manis.

Banyak sangat sentap .. lupa nak ambik gambar famili di hari raya pertama …

ketupat daun palas

Ada la sikit … dah pos ke instagram dan facebook … Tahun ni menganyam ketupat palas je 3 kali , Raya pertama , Raya ke dua , dan Raya ke 14 hari .. memang kerja anyam dan masak ketupat palas .. Saya malas sebenarnya buat ketupat palas ni , tapi tak tahan dek panahan bebelan mak .. ayat dia paling  menusuk “ esok aku mati , sapa nak buat , muda-muda tak nak belajar ”  tak mau ada sambungan ayat tu , terpaksa la buat juga .. hehehe ..

Itu kisah raya pertama kami , memang tak ada gambar .. sentap manjang , walaupun nampak rilek je .. tapi jauh dalam hati terasa juga.

Betul la orang kata …

Tak semestinya , raya ini raya pertama kita , mungkin kali terakhir … sebab tu la …. ermmm .. susah pula nak terjemah kat sini….  ada benda tak selesai kena selesaikan cepat-cepat .. macam hutang PTPTN ke …  😛

Mencari mood menulis semula ~

Please follow and like us:
200

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

17 Comments:

  1. Tak terase, sekejap lagi puase anda lebaran lagi 🙂
    salam kakak

  2. Paling seru kumpul bersama keluarga di hari raya akhir, bikin ketupat bareng 😀

  3. SA memang x de seni menganyam, jgn kata ketupat daun plas…ketupat bawang pun x tau…makan jer pandai…

  4. hah..jangan lupa bayar hutang ptptn naaa..

  5. Selepas hari raya mood kerja saya juga menurun, moga di penghujung bulan ni bangkit kembali

  6. slmt hari raya bee… mmg mood blogging ke laut raya2 ni…

    amboih dah lalu parit buntar tak roger2 naa… tp rasanya mas tu nis xde rumah

  7. wah siap ada ayat power tuh, takut terus, hehhe

  8. ingat tajuk drama tadi…heeeee. sampai 3kali menganyam, meriah sangat ni….

  9. salam aidilfitri bee..lme x singgah sini..huk2..

  10. hutang tu lah.. kena selesaikan cepat-cepat sebenarnya. 🙂

  11. di malaysia hari raya ada ketupat juga yah? sama kayak indonesia, salam kenal ja 🙂 Puanbee.

  12. Cantiknya ketupat daun palas yang kak Bee buat… ini tentu skill yang diwarisi turun temurun oleh keluarga kak Bee..

  13. Nasib baik ada mood hendak menulis suasana Raya. 🙂

  14. lama betul puanbee cuti raya ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *