RAYA 2017 – KEBAYA KEMBALI MENONJOL

RAYA 2017 – KEBAYA KEMBALI MENONJOL

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

pic:kebayaku_pastel

Raya 2017 fesyen kebaya kembali menonjol dan menjadi trend untuk tahun ini.Rata-rata penggemar fesyen mula mencari kebaya untuk dipakai menjelang lebaran nanti.Selepas bertahun-tahun kebaya bagaikan dipinggirkan akibat perubahan fesyen yang lebih tertumpu kepada fesyen  peplum, kurung moden dan  jubah yang menghiasi dunia fesyen masyarakat kita sejak beberapa tahun lepas.

Apa yang menarik nya kebaya kini bukan saja dikomersilkan dengan menggunakan fabrik yang pelbagai malah rekaan nya juga dimodenkan bersesuaian dengan citarasa dan trend masa kini.

Kebaya dikatakan berasal dari Indonesia  kemudian menyebar ke Tanah Melayu beratus tahun yang lalu.Pada masa itu  kebaya dipakai bersama kain batik ketat untuk menojolkan ciri-ciri kewanitaan pada si pemakai.Dengan peredaran masa kebaya indonesia dan kebaya dinegara kita mula menampak kan perbezaan.

Pic: na_ratna12

Sekarang kebaya direka dengan tidak mengenepikan budaya dan permintaan pemakai.Rata-rata masyarakat kita sejak bertahun yang lalu sudah meninggalkan Fesyen kebaya pendek bersama kain batik ketat demi menghormati  norma penduduk setempat.Namun ciri-ciri dan unsur kebaya itu tetap dikekalkan untuk menjaga tredmark nya dalam menghasilkan kebaya moden

Kebarung , kebaya labuh ,kebaya nyonya,kebaya panjang dan ada beberapa lagi jenis kebaya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Berbeza dengan kebaya dari Indonesia , tidak banyak yang dimodenkan dalam kebaya di negara kita.

Kebarung- Pic:syinotikin

Contohnya seperti kebarung ini.Ianya masih mengekal kan ciri-ciri tradisional kebaya  cuma ianya lebih ringkas dan tidak terlalu ketat.Kebarung sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk badan agak besar .Dipadankan dengan kain selisih depan dan lebih manis lagi dengan tambahan dokoh di bahagian depan nya

Kebaya peplum- pic: Nusshop

Kebaya peplum paling popular di masa kini.Ianya menggabungkan kebaya dengan potongan rekaan  peplum.Kebaya peplum yang pendek sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai potongan badan yang ramping namun bagi mereka yang berbadan besar boleh memilih potongan pelum yang labuh .Kebaya peplum sesuai dipakai dengan kain potongan mermaid dan dihiasi dengan dokoh.

Kebaya Nyonya – Pic: Helloraya.co

Kebaya Nyonya pula biasanya potongan nya lebih pendek dan digayakan dengan kain batik . Jika dulu kebaya nyonya tidak lengkap jika tidak disertakan dengan keronsang dan sulaman serta  kerawang dibahagian bawah baju.Tapi kini rekaan nya lebih ringkas dan lebih menekan bahagian kain nya.Bagi pendapat saya kebaya nyonya tradisional lebih menarik dan cantik.

Itu lah serba sedikit mengenai kebaya yang menjadi trend Raya 2017 kali ini.Mungkin anda sudah memikirkan fashion kebaya manakah yang akan anda gayakan di lebaran nanti.

Terima Kasih..

Comments

  1. Memang nampak banyak kebaya dan kebarung dijual untum raya tahun ni…

  2. Wanita yang memakai kebaya memang terlihat cantik.

  3. Kebaya memang bagus dipakai untuk lebaran…

  4. Kebaya memang cocok banget buat lebaran mbak..

  5. Wow, mak aih… cantiknya!

  6. lebih interest sama hijab sih kalau saya,,

  7. nampak anggun sangat kalau pakai kebaya

  8. Mama memang minat juga dengan kebaya labuh ni

    Tahun ni pun memang trend kebaya

  9. ok, pada pndapat sya la kan, semua baju baju ni memang menonjol..harga nya harap harap berpatutan..takut mahal pula…ehee

  10. Mazni pun dah beli kebaya untuk hari raya tahun ni

    Beli sebelum puasa lagi sebab harga masih ok

    Kalau beli sekarang maklumlah harganya

  11. hoho..tak berapa gemar kalau bini pakai.

    tak tahu kenapa.

    lepas kahwin, memang tak kasi langsung pakai.

    haha..

  12. setiap tahun saya perasan, semakin banyak promosi baju raya wanita ni

  13. Mmg cantik perempuan berkenaan. Nampak sopan Dan modest Kan. Kebarung peplum Tu cantik juga

Speak Your Mind

*