RARE! LAKSA TEMPOYAK

Tadi saya tertonton rancangan Wanita Hari ini tapi saya tak berapa pasti dalam segmen apa. Tapi ada aktiviti memasak beberapa kumpulan kat situ. Salah satu menu yang saya rasa rare adalah menu Laksa tempoyak.

Laksa Tempoyak The Chef Cafe

Saya sendiri tak pasti siapa pencetus resepi laksa tempoyak ni tapi kita biasa dengar masakan berasaskan tempoyak ni terkenal di negeri perak & pahang tapi laksa tempoyak memang sesuatu yang sangat rare.

Bila saya buat post di facebook berkaitan laksa tempoyak ni ternyata ramai masih pelik dengan menu ni. Mungkin masing masing membayangkan Laksa kuah ikan di campur dengan tempoyak yang kita tahu di perbuat dari isi durian tu. Gabungan bau ikan & bau durian.. Saya sendiri tak dapat bayangkan macam mana rasa & bau dia hehehehe

Saya cuba google untuk lihat macam mana rupa laksa tempoyak tersebut.. Hasil dari carian saya rupanya ada satu restoran di shah alam menghidangkan menu laksa tempoyak ni. Jadi warga Lembah klang kalau nak merasa laksa tempoyak ni boleh la try di The Chef Cafe Shah Alam.

Apa yang saya baca Laksa yang di hidangkan dengan keropok goreng, telur puyuh rebus dan beberapa jenis ulam yang apabila dicampur akan membangkitkan selera. Rasa masam manis tempoyak yang dimasak dengan ikan patin menjadi pelengkap

Katanya cara memasak laksa tempoyak sama macam masak gulai tempoyak ikan patin cuma ditambah dengan bunga kantan dan daun kesum sama seperti laksa.

Bagi penggemar tempoyak mungkin suka la kot laksa tempoyak tapi bagi yang bukan penggemar tempoyak mungkin tak kena dengan citarasa anda. Apapun kalau berani boleh jer cuba dulu

Comments

  1. KELAINAN dalam masakan menarik klu ska tempoyak bole la try masak & makan hehe

  2. Pada sesiapa yang gemar tempoyak mungkin boleh la kot. Cuba kelainan mana tau tertambat selera.

  3. Betul tu PuanBee, belum pernah dengar lagi menu laksa tempoyak. Mungkin ada sedikit persamaan dengan hidangan ikan patin masak tempoyak. Sekarang ni ‘musim durian’, ramai pula orang buat nasi pulut durian.

  4. Asalkan ada tekak yang lalu boleh saja

    Kalau nak buat laksa belacan pun boleh kan

    Hehe

Speak Your Mind

*