Ramadhan kami tanpa ayah

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Masuk seminggu ayah tak ada , sempat berbuka puasa dengan ayah pada hari ramadhan pertama saja. Sabor je le… Ayah pakai fon nokia , ibu pakai iphone , masaalahnya disini adalah .. tak boleh mms gambar. Line internet pula tak ada disana. Biasanya kalau ayah pergi kerja jauh-jauh kami akan ber mms gambar atau pun buat video call. Tetapi nak ber video call pun tak boleh , mms tak boleh , internet ? kena tunggu ayah pergi keluar dari tempat kerja dia. Sedih betul..

Apa pun tak boleh , update aje lah di blog .. nanti ayah ada masa ayah tengok lah ye .. banyak nak cerita ni.

kelas teater

1 . Latihan teater kakak dah nak habis.Hujung minggu nih kakak akan buat rakaman di klcc hari sabtu dan ahad. Doakan budak-budak dapat buat dengan cermerlang , kalau tidak memang penat je lah hari-hari terkejar2 untuk ke latihan. Sampai nak bertadarus setiap minggu pun tak boleh. Budak baju pink tu , anak mat saleh cikgu teater kakak. Boleh lah macam ayam dengan itik bercakap. Sekarang bulan puasa latihan mula jam 8.30 malam , habis dalam jam 11.00 malam.

kerja di melaka

2 . Masa terima email gambar ayah ni .. Sedih pula , tengah puasa kena tolak , angkat dan pasang benda besar gedabak tu. Kenapa lah di beri tugas macam ni di bulan puasa. Adeh ..

merajuk

3. Baby merajuk , tak dak sapa nak pujuk ..ekeke.. ayah tak ada , anak ayah hilang punca sudah..

intagram

4. Dapat pergi tadarus sabtu dan ahad lepas , mujur latihan teater tak ada , kalau tak kesian pula ummie yang jemput diorang tu. Ummie cakap ada hadiah .. aliya dan una kemain seronok. Baby macam biasa lah .. gimik aje lebih.

tidur penuh gaya

5. Ni lepas balik dari tadarus , kemain letih .. sambil makan boleh tertidur dengan kaki bersilang macam tu. Kalau dulu-dula mak selalu cakap “orang kaya tidoq lagu tu lah “

laila dengan amar

6. Ni baru ja semalam , kemain laila berkepit dengan budak amar ni.

latihan teater

7. Kostum kakak. Dah masing-masing cuba kostum , sabtu dan ahad ni kan nak recording dah..

di hari latihan teater

8. Dah penat belari sana-sini , pukul 11 baru nak balik.. lewatnya .. hari rabu sekali lagi , hari terakhir nak buat latihan. Lepas recording hari ahad tu , cikgu aliya buat majlis makan-makan dan bagi hadiah pada budak-budak. Selesai kelas teater aliya. Tak sanggup dah rasanya nak terlibat lagi. Sebulan lebih kot , jadual penuh sangat , dari pagi sampai ke malam hari.

Teringat dalam surat yang di beri oleh cikgu kakak (mat saleh).

  • Hari rabu datang latihan 8.30pm
  • Khamis cuti
  • Jumaat mandi dan tidur awal
  • Sabtu dan ahad , datang awal , makeup dan sebagainya.

Hari jumaat kena mandi ? saya tanya dia balik , nak mandi apa ? mandi .. bersihkan badan katanya.. bersihkan badan ? orang Malaysia mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari tau.

Terkejut mat saleh tu dengar kita mandi banyak kali .. hahaaaa.. Yang saya terkejut bila dia pesan suruh mandi , ingatkan kena mandi dengan herba ke apa ke..

Related :

  1. kerenah anak berpuasa
  2. Audition Teater Dalam Bahasa English Untuk Kakak
  3. Latihan Teater Hari Ke Dua

Comments

  1. Adoiii…kalau aku aku tak sanggup dah berjauhan dengan keluarga..baik duk dekat dari duk jauh…hati tak secekal puanbee dan yanmie..hahahaha

  2. alahai kesiannya bee n anak2.puasa tanpa ayah ye.mesti rindu gila2.seminggu dh tu.huhu..

    lawak pulak cikgu kakak yg mek saleha tu.depa mandi seminggu sekali ke?muahaha

  3. amin..kesian jugak kat puanbee..mesti bz tahap dewa punya..tapi ok la busy mcm ni kejap jek masa berlalu nanti..

    padan la cikgu dia tanya…dan baru saya perasan…mesti dia hairan tengok toilet malaysia yg penuh dengan paip airkan…tempat derang kalau pasang paip air mungkin berais jadinya…hehehe

    dtg dari bro zarul…

  4. Kena sabar je. Itu yang boleh buat. Macam saya pun berjauhan dengan anak dan isteri sekarang.

  5. Ketabahan membesar anak-anak. Super Mom Puan Bee.

  6. ni anak ke maknya yang rindu bapaknya nih..

  7. tolak drum apa tu?

  8. senasiblah kite bee… tp cik abg ku dari sebelum puasa lagi dah tak ado… ade le balik2 kejap, kadang tak tidur malam pun dah pegi balik…

    marilah kita mensupermakkan diri… ahaha… kami sama2 iphong tp xde mms sgt pun.. sesekala jek

    mcm2 aksi anak2 comel tu… πŸ˜‰

  9. Banyaknya agenda yang nak diadukan. Saya faham sesangat la perasaan pn waktu ni. Saya ni mujur je la tak kena berkursus sbb sblm puasa dah dua kali kena.

  10. Mat Saleh mandi seminggu sekali je ke? hehee πŸ™‚

    Dugaan untuk Bee tanpa suami disisi… Ada hikmah tu πŸ˜€

  11. kesian kat budak2 tuh rindukan ayah diorg. kat Malaysia nih tak bleh tak mandi, kang ada yg bau kambing. huhu

  12. mat salleh tu baru sampai/duduk malaysia kot. pbee n kak yan masing berjauhan dr suami mcm berpakat2 pulak. tajuk boleh buat suspen le.

  13. ala..siannye … same la kite..huhuu
    tp siyes lawak cikgu omputih tu suruh mandi.. brape kali je la dia mandi dalam seminggu ye dlm cuace malaysia yg panas ni… jeng jeng jeng… hehehhe

  14. hi bee…ololo comelnye baby merajuk muka sedih rindukan ayah yer…

    • dia selalu merajuk ,dan selalu ayah pujuk , kalau ayah kerja pun selalu call minta di pujuk , tetapi sejak ayah ke melaka , memang tak dapat call apa2 , layan kan ajee

  15. “Pack” betul jadual seharian! Situasi yang betul-betul mencabar ni!

  16. Salam Bee,

    Owhhhh akak semalam mood sedih sbb abg xcall bgtau dh sampai india, rupanya kat guest house yang abang duduk tu kat atas bukit, xde line, so nak roaming pun xleh, apa pun xleh, sedih tau, nasib baik abang pinjam telefon orang sana untuk buat call, punyalah terdesak tak tau nak contact macam mana.

    Laptop ada disediakan kat guest house tapi akses internet pulak takde, hubby dan kawan nak request internet tu pun kalau ada/dapat kat guest house diorg duduk tu sob…sob…

    Jadi nak dijadikan cerita, ramadan kali ini memang terasa kirang sangat tanpa abang disisi, bersahur dan berbuka tanpa abang rasa sesuatu yang kurang πŸ™

    Doakan ajelah bee suami kita baik2 dan di permudahkan kerja dan urusan mereka, aminnn.

    Harapan agar abang dpt balik sebelum raya πŸ™

    p/s : hahahahaa adoiii panjangnya dah boleh jadikan entry dalam blog akak ni hahahaa.

    • wasalam , a’ah boleh buat entri satu lagi hikhik , tu lah kak .. apa pun tk boleh kita layan aje lah kerinduan dari jauh ye ..esok balik romantik je rasa..

      • alahai.. ciannya akak2 berdua ni… berjauhan dgn org tersayang yer…. zie pun kalau husband tak dpt tukar tmpat kerja tempoh hari mungkin akan mengalami nasib yg sama… byk2 bersabar yer…

  17. hihihi…cian bebudak ni rindukan ayah depa yer…. hihihi….

  18. pic yg last tu kalau ayah di tgk mesti buat rindu kat anak2 hehehe…:)

    • mesti rindu , sebab tu kerja dari pagi sampai malam , dengar cerita diorang tidur 2-3 jam je , sebab nak cepatkan siap kerja sebelum raya ..huhuhh

  19. Ibu Mifzal Arsyad :

    Alahai…siannya..semua tengah rindukan ayahnya.

    Macam2 aktiviti…mesti seronok ayah baca nnt.

    Kelakarkan mat saleh. Derang mmg jarang mandi. Kalu kt negara drg mmg la cuaca sejuk…sini cuaca panas…kalau x mandi..melekit lah 1 satu..

Trackbacks

  1. […] pementasan teater kakak tak berlangsung lagi , sepatutnya dah di buat rakaman minggu lepas , tetapi ada kisah sedih […]

  2. Cat Rumah Ku Syurga Ku ... | Puanbee.Com says:

    […] .. ayah pergi kerja luar kan , kami buat projek .. nak bagi ayah terkejut sikit.. cakap kat anak-anak .. haaa.. Karya agung […]

Speak Your Mind

*