RAISHA, KISAH GADIS MISKIN YANG TERLALU DI MANJA AKHIRNYA MENJADI MATERIALISTIK

Bagi peminat pelakon Dianal Danielle.. Mesti tak sabar nak tengok drama terbaru lakonan beliau kan? Pelakon cantik manis, ibu kepada 2 orang cahayamata & isteri kepada pelakon terkenal Farid Kamil antara pelakon yang di kenali juga di malaysia.

Terbaru drama lakonan beliau, Raisha yang sedang tayangkan di slot lestary TV3. Agak menarik juga sinopsis yang saya baca tentang drama ni. Mungkin barisan pelakon tu bukan pelakon kegemaran saya.. Tapi tak salah kalau jalan cerita dia menarik, kita boleh je cuba tonton.

Apa yang saya baca Drama ni mengisahkan seorang gadis yang bernama Raisha (lakonan Diana Danielle) membesar dalam keluarga yang susah selepas kematian ibunya dalam kemalangan & di besarkan sendiri oleh ayahnya. Di sebabkan terlalu di manja oleh ayahnya dia membesar menjadi seorang gadis yang materialistik.  Sebab terbiasa semua permintaan dia dari kecil di turuti, bila besar dia jadi seorang yang suka memberontak bila apa yang di ingini tak dapat. Akibat dari perkara tu hubungan dia dengan Ayahnya jadi semakin renggang.

Di tambah lagi selepas dia melanjutkan pelajaran di Sebuah institusi pengajian tinggi swasta. Semakin menjadi jadi perangai dia selepas mendapat kebebasan. Dia mula bergaul dengan golongan kaya & orang2 yang industri fesyen. Kerana memiliki wajah yang cantik dia selalu dapat tawaran untuk jadi peragawati.

Disitulah Raisha jadi semakin liar, kaki clubing & menjadi escort girl bersama seorang lagi kawanya. Tapi segalanya berubah bila Kelab malam yang mereka kunjungi kena ambush dengan pihak berkuasa & menahan semua escort girl termasuk Raisha & kawannya

Nak tahu apa berlaku kat Raisha jangan lupa nanti follow drama ni ok. Masa tayangannya adalah seperti berikut

Tajuk : Raisha
Mula Tayangan : 13 September 2017
Masa : Setiap Rabu-Jumaat, 9.00 malam
Siaran : Slot Lestary TV3
Terbitan : OrangeTree Production Sdn Bhd
Jumlah Episod: 13
So peminat drama melayu pastikan anda tonton drama ni ok

Speak Your Mind

*