Qurban Dan Akikah : Hikmah Dan Fadhilatnya

Pengertian Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat ‘Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

lembu yang di kurban kan

klik banner di bawah untuk membuat tempahan kurban di kemboja sekarang !

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi’ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.” (surah al-Haj:36)

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah.” (Surah al-Kauthar:2)

 

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.” (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata:

“Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: “Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim.” Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan.” Mereka bertanya: “maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

HIKMAH DAN FADHILAT melakukan Qurban dan Akikah

  1. Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
  2. Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  3. Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
  4. Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
  5. Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  6. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat.”

Sumber : Website E-QURBAN

E-QURBAN – Website untuk orang ramai menunaikan ibadan qurban dan aqiqah di kemboja. Jika orang ramai atau pembaca ingin menunaikan ibadah Qurban dan akikah dengan menolong orang yang lebih memerlukan , ini adalah satu pilihan terbaik.

Comments

  1. Nanti raya tahun ni nak buat korban ehh..tu pun kalau ada rezki lebih.. Hehe.. Ilmu yang berguna. Untuk santapan rohani diri saya….
    Hafizul recently posted..Anda Tengok Mesti TersenyumMy Profile

  2. saya x pernah lagi lihat secara live qurban ni depan mata
    Juan recently posted..Download Movie Filem Bunohan 2012 DVDrip MediafireMy Profile

  3. entry peringatan bagi diri ini
    Juan recently posted..Download Movie Filem Bunohan 2012 DVDrip MediafireMy Profile

  4. klu dpt buat aqiqah anak2 ni di negara2 yg mmg ramai org miskin contohnye indon, puas tau… kat sini kire mknn dah mewah… ank hanie merasa juge aqiqah di indon masa pegi medan aritu ;)
    Ummi Hanie recently posted..Annisa’ program baru di TV Al-HijrahMy Profile

  5. Kalau ada rezeki ingin melakukan ibadah Qurban pula.
    akubiomed recently posted..Proton Power of 1 di Stadium Bukit JalilMy Profile

  6. Alhamdulillah..kesemua anak2 sara dah buat akikah,kalau ada rezki nak buat korban tahun ni :)
    azmanisma recently posted..Basuh KudaMy Profile

Trackbacks

  1. [...] Hikmah dan Fa dhilat melakukan ibadah kurban — > klik Qurban Dan Akikah : Hikmah Dan Fadhilatnya [...]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge