Putu kacang di jemuran

Putu kacang yang sangat sedap , siapa suka putu kacang ? Selepas balik dari hantar kakak ke sekolah tengah hari tadi nampak talam bersusun je di tengah-tengah padang kecik tu , dah tahu dah kepunyaan sapa , tu lah kuih putu kacang cik nab , raya tahun lepas kuih putu kacangnya tak menjadi sebab cuaca redup dan banyak hujan. Tahun ni allhamdulillah katanya .. cuaca pun panas terik aje .. setiap hari jemur kuih putu kacang mesti kering elok.Kata cik nab le… Cik nab tu dah berumur lebih 90 tahun agaknya. Memang terkenal dengan kuih putu kacangnya.Orang muda yang jual kuih raya semua tak berani celen cik nab , otai tau…
kuih putu kacang

Pembuatan putu kacang ni mudah saja , tepung kacang hijau , tepung gandum dan gula. Tetapi walaupun bahan nampak ringkas dan mudah , tidak semua orang boleh membuatnya ..salah teknik putu kacang menjadi terlalu keras , berderai atau pun rasa yang tidak sedap. Saya pernah cuba juga sesekali , tetapi tidak menjadi. Rasanya gebu , manis dan cair di dalam mulut. Bewarna krim dan gebu. Nyummm .. biasa nya keluarga saya pun akan tempah kuih ni dari nenek di kampung. Sebab nya , kuih putu kacang ni sangat sedap kalau orang lama yang buatnya.

kuih putu kacang

Kuih putu kacang merupakan kuih tradisi orang melayu , bukan tradisi orang kampung ye.. Kuih tradisi melayu mesti lah unik.. teringin nak belajar dan jadi mahir untuk membuat kuih putu kacang ni.

Tiba-tiba teringat opah .. Al-Fatihah… Biasanya bila syawal menjelma kuih apa yang WAJIB menjadi hidangan korang ? Kalau saya .. kuih putu kacang , semperit , cakar ayam , bahulu dan dodol.

12 thoughts on “Putu kacang di jemuran”

  1. Al-fatihah buat opah puanbee…emmm tak pernah makan lagi putu kacang ni..putu mayang pernah la makan..nanti ada depan mata kena try ni..mesti best kan…

  2. putu mayam ke putu piring ke putu bambu ke, saye suke… putu kacang tak penah makan..takut nak try…sbb x minat kacang..hohoho

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *