Pusat Bayi Tersembul

Spread the love

Kadang-kadang rasa takut juga bila jaga anak kecil sorang-sorang dan kuat menangis , lelaki pula tu .. almaklumlah biasa jaga anak perempuan saja. Lagi pun setiap anak lain ragam nya. Alhamdulillah ..dulu walaupun saya begelar ibu pada usia muda (sekarang pun muda lagi ) ketiga-tiga anak perempuan saya jenis tidak meragam. Sangat baik.. berbeza dengan anak lelaki seorang ni. 🙂

2013-12-12 19.55.13

Tak tahu apa yang tak kena. Baby syamim kuat menangis , minum susu pun muntah .. dan kadang-kadang mengamuk sampai tak nak meyusu. Pusat nya yang normal seperti di atas. Tapi bila baby syamim menangis kuat , pusat baby akan tersembul seperti gambar di bawah.

2013-12-12 19.55.22

Saya dah bawa jumpa doktor , tapi doktor  hanya buat temujanji sebulan akan datang .. mungkin tak ada apa-apa penyakit yang teruk kata mereka. Saya selalu tuam perut baby dengan bunjut herba yang di buat sendiri. Selalu juga sapu minyak telon dan minyak bawang putih. Rasanya baby syamim kembung perut ( masuk angin ). Jadi saya cuba beri sejenis ubat  di panggil GRIPP WATER. Pun baby masih menangis terutama bila cuaca sejuk. Saya pernah tulis cara elakkan bayi kembung perut , tapi semua tips saya sendiri tak berkesan. Kelakar pula. Jadi kena cuba tips dari orang lain.

2013-12-13 11.57.16

Mujur ada kawan ajar saya jaga anak lelaki. Kebanyakkan anak mereka lelaki.. petua yang di kongsi yang baru saya tahu adalah memulas pusat baby menggunakan jari. Lipat jari dan pulas ke pusat mengikut arah pusat. Susah sikit nak terangkan , kalau anak ada masaalah tanya pada orang tua atau bidan , diorang tahu.

Lega dah 2 hari saya buat , pusat syamim nampak cantik .. tak tersembul dan urat yang timbul semakin mengecil .. syamim kurang sikit menangis. Tapi kadang-kadang meragam tak nak tidur bawah. Tu ok la … setakat nak bermanja , ibu tak risau .. ini menangis sampai biru muka. Cuak wehhh …

15 thoughts on “Pusat Bayi Tersembul”

  1. assalamualaikum ..anak sy dah 3 thn..pusat tersembul sbb abg dia tarik keluar plak..abg drjh 5..huuuu…huuu….cam ner nak buat plak

  2. Melastik Bintang

    Nampak macam perut syamim kembung tu….nak lagi waktu menangis kan…

    Saya dulu amalkan grip water juga… bagus….

  3. slm, just to share, baby sy cam girl, cam gitu jugak pusat dia…tiap2x hari menangis igt kembung perut…then satu mlm tu dia menangis x henti smpi subuh…bwk dok biasa dia kata efection telinga, then ambik ubat…mlm tu nangis lg terus smpi, pkl 8am dh siap2x pego doktor pakar kanak2x…mmg dlm pusat tu besar sgt tp x dpt detect apa…so kena bk spital pakar…smpi kt spital, tgh tunggu tiba2x darah & nanah menyembur keluar x berhenti…sy sgt panik, terus bwk emergency room….6 hari kena duk hospital ambil antibiotik…lucky anak sy x demam & msih menyusu, kalau x doktor akan operate…syukur Alhamdulillah

  4. anak saya pon penah jadi pusat tersembul. Dr cakap dia pernah jumpa yg tersembul besar cam bola golf. Besar camtu baru kena operate. Kalau kecik je, dia suruh tuam je.

  5. nis ada 4 org anak laki… so far takde lah kuat meragam sgt..

    petua pulas pusat tu pun nis dpt dari sapa ntah lama dah dulu.. pusat Muaadz mula2 mcm tersembul juga dan lambat kering walaupun tanggalnye cepat.

    sabaq noo… hero nan seorang (buat masa ni) mesti lain sikit karenahnya 😉

  6. Saya baru tahu kalau bayi laki harus punya perlakukan khusus dna nampaknya lebih kompleks perawatannya
    Trims Puan sudah berbagi info yang bermanfaat ini ya..

  7. Bagi yang mempunyai anak lelaki sudah arif dengan masalah bayi lelaki kerap meragam dan kembung. Salah satu tanda kembung apabila usap perut, bayi akan mengeliat. Minum susu tidak pernah puas.

  8. Kesiannya bb syamim n ujian buat Bee…..Alhamdulillah dh dpt petua n penawar berguna dr rakan2…Akak pn xboleh bagi tips sbb akak pn cuma ada sorg ank lelaki…….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *