daun pegaga merawat keputihan

Punca Masaalah Keputihan Dan Cara Rawatan Keputihan

Kebanyakkan wanita ada mengalami masaalah keputihan , tidak dapat di sangkal bukan ? sehinggakan wanita sanggup berhabis duit membeli produk-produk yang ada di pasaran hanya untuk memberi rawatan keputihan yang terbaik untuk diri sendiri , tapi kadang-kandang , penggunaan produk di pasaran belum tentu dapat mengatasi masaalah keputihan wanita ini , kenapa ? mungkin lebih elok jika wanita tahu punca masaalah keputihan ini dahulu baru lah membeli atau mencari produk keputihan yang sesuai dengan diri sendiri.

Jom tengok apa itu keputihan.

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.

Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.

Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.

Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.

Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.

Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.

Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.

Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memudaratkan keadaan.

Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.

Jawapan disediakan oleh Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Fairuz A’shikin Abd. Kadir.

Disini terdapat 2 cara tradisional untuk mengatasi masaalah keputihan wanita yang dapat di praktikkan selain dari murah ianya terjamin tiada bahan kimia kerana penggunaan herba yang terdapat di sekeliling kita sahaja.

Cara pertama : Merawat keputihan menggunakan daun Pegaga

daun pegaga merawat keputihan

  1. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
  2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
  3. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
  4. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
  5. Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
  6. Minum air tersebut 2 kali sehari.
  7. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.
Cara Kedua : Merawat keputihan dengan menggunakan daun Sireh
daun sireh untuk lepas berpantang
  1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
  2. Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
  3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
  4. Tapislah air tersbut.
  5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
  6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
  7. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.
{ Sumber?:?petua rawatan tradisional di ambil }
Perhatian : Petua traditional ini hanyalah alternatif untuk rawatan yang didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan dikemudian hari.
P/S : Petua ini juga biasa saya buat dan amalkan ketika dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak. Jom tengok — ?Makanan Ibu Berpantang (Kebaikkan & Keburukan)

Tips Pembaca : utk hilangkan bau dan kegatalan..boleh gunakan sedikit cuka yg dicampur air suam?( kalau susah nak dptkan sireh dan pegaga..) – kakpah

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

27 thoughts to “Punca Masaalah Keputihan Dan Cara Rawatan Keputihan”

  1. Pingback: Tentang Keputihan | cara.dara01.com
  2. assalamualaikum
    nk tny ..lepas rebus air tu.. boleh xsimpan bakibdlm botol ke utk guna akn dtg…sbb byk kan…ke kena guna sekali rebus guna samapai habis?

  3. Pelanggan-pelanggan saya sebelum ini ada juga yang gunakan daun sireh dan pegaga, tapi bila pakai, ia hilang sekejap untuk beberapa hari, kemudian ia kembali semula.

    Jadi, saya rekemenkan mereka gunakan sahaja produk doktorherba.com , ianya lebih mudah, tak perlu lagi susah-susah rebus daun sireh.. 🙂

    Alhamdulillah.. keputihan mereka terus hilang dan tidak berulang.

  4. Ramai rupanya ada masalah sama. Huhu. Tak terlarat lg nak telan ubat tradisional tu. Tapi dalam masa yg sama tak berani nak try ubat2 moden yg jual kat luar.

  5. pegaga bagus untuk hilangkan keputihan. lagi 2, masa masak nasi..kan ada air menggelegak kan? ambil air tu dan minum. jiran india yang bagitau dlu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *