Ragam anak pertengahan bulan puasa

Share

Puasa ke ? puasaaaaaa ….. Walaupun siyes ramadhan kali ni rasa agak bosan. Nak pergi pasar ramadhan pun bosan . Saya hanya buat pekara penting sahaja. Bisnes tak buat .. sekadar hantar anak ke sekolah / tadika / kelas teater dan bertadarus di surau. Apa lagi perkara penting , hurm .. makan .. masak .. sahur pun kadang-kadang. Kenapa ye ? hahaa.. saya pun tak tahu .. tup tup dah nak sebulan pun ramadhan 2012. Ish ish ish ..

Cabaran untuk saya kali ini.

Melatih anak berpuasa , lagi-lagi anak yang 8 tahun ni , si kakak.

Selalu tak tahan godaan dari adik – adiknya ..

Hari pertama puasa

Hari pertama puasa Jam 5.30 petang

Adiknya (laila )suka paksa si kakak makan.

” Nah lah tatak makan ni “

” Tak boleh kakak puasa ” (Jawapan ni masa saya pandang waktu adiknya pujuk untuk makan )

” Ela poce gak , api ibu agi ela inum cucu “

—————————————

” Nah lah tatak makan ni “

Diam .. sunyi .. sepi …. saya cari sana , cari sini …diorang dah lepak bawah meja , bertiga-tiga , rapat-rapat , bila saya jenguk , semua buat muka , mata terkebil-kebil .. Saya jenguk dekat lagi , nampak mulut kakak nya di tutup semacam .. Ohhh .. rupanya kakak dah makan … nak marah ke ? atau nak denda ? hurm .. dalam kes ni , saya  memang tak pandai nak marah .. saya buat-buat merajuk dengan kakak. Sambil tak pedulikan kakak sehari suntuk .. sambil cakap ..

“malas lah cakap dengan kakak ni , bukan nak puasa.. boleh teman ibu buka nanti .. dah lah ayah tak de..”

Hahaa kesian tak ? ya .. anak saya akan kesian kat saya ..

Esoknya dia baik … dia tak makan curi-curi lagi ..selang 2-3 hari dia buat balik .. alahai ..

ramadhan 2012

Noty sikit

Susah betul nak didik anak berpuasa , sembahyang senang juga kot , sebab diorang akan ikut je kelakuan kita , cuma tak berdisiplin je lah , tapi puasa memang susah .. sebabnya dia kena tahan lapar dan dahaga tu kan.

Untuk anak ke dua , ok lah .. sebabnya di memang di benarkan puasa separuh hari , yang mana sepatutnya tahan sehingga jam 12.00 tengah hari , tetapi husna boleh tahan makan dan minum sehingga jam 3.00 petang begitu..

Tapi …. yang menjadi masaalah bila hari bercuti ..

Si kakak dan husna , jika bersekolah mereka boleh gagahkan diri berpuasa tetapi tidak apabila berada di rumah sebabnya si laila pula suka ajak orang makan. Bukan saja ajak ..tetapi memaksa orang makan .. Pernah di sumbatnya makanan ke dalam mulut saya ketika saya terlelap tidur di sofa ..

Apa pun harap cerita ramadhan tahun depan berlainan.. sebab mungkin anak-anak akan lebih matang dan berilmu bukan ?

Oh pementasan teater kakak tak berlangsung lagi , sepatutnya dah di buat rakaman minggu lepas , tetapi ada kisah sedih pula yang terjadi pada teacher aliya memandangkan beliau bukan warganegara Malaysia.. hurmm … So kelas di sambung bulan september nanti.

Tadi dah bertukar-tukar hadiah dengan teacher aliya , beliau nak balik Iran sekejap ..

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

28 Comments:

  1. lor kene paksa makan ker?..dyst, selamat tejga dari tidur..kalo x makan dlm tidur..hehe

  2. Hahaahha..untung ada adik mcm ni..perihatin bemor yer,..saba je la kakak oii…

  3. besar sikit lagi oklah, dugaan dgn 2 adik yg tak puasa macam tu dan kepenatan banget, susah nak tahan

  4. cabaran kan bee… nis pun ada juga cerita ank sulung tu puasa masa darjah satu… kesimpulannya budak umur darjah satu ni (anak2 nis lah) mmg belum cukup ketahanan nk puasa penuh… tp ank kawan nis, umur 4thn dah berpuasa. alahaiii… daku xsekuat itu… biarlah, budak2 lagi pun, beri peluang belajar kan 😉

    ank bee aktif juga berteater, ank nis xde… skolah pagi je pastu terus duk rumah sampai malam

    • anak bee darjah 2 dah nis , risau terbawa2 pula sampai ke besar , harapnya tak lah kan

      oohh anak bee , sehari 1 kelas / 2 sekolah ..kesian ..

  5. laila tuh kesian tgok orang tak makan sbb tu dia ajak makan tuh. takpun dia bosan makan sorang-sorang.

    • dia memang jenis nak makan je ajak orang makan sekali .. sebab tu dalam bulan puasa pun dia nak ajak org makan , padahal org puasa , lainlah dia puasa tp minum susu jugak haaa

  6. haha..nak tergelak pun ada tengok aksi anak2 kan, yang best duduk bawah meja bertiga tu, pakat2 makan! takpelah bee, slow2 latih dia orang, insyaAllah nanti bolehlah tu..

  7. Ibu Mifzal Arsyad

    Kuat dugaan kakak puasa…

    Akak pun suka buat2 merajuk dgn anak if anak x dgr ckp..hehe

  8. kakak xtahan di goda adik tu…hehehe……..

  9. Bagusnye adek dia tanak kakak2 n mak dia berlapar… caring tuu…hohoho
    dan bagus juge puanbee boleh tak marah dan gune psycho dgn wat-wat majuk…riso bile anak dah besar nnt mampu ke sy sabar cam tu… harapnye dpt la.. amiinn 😉

    • haishh akk tk marah sbb bulan puasa ni .. nanti memacam akk pot pet kan .. tk elok plak .. haaa

      dengan ank2 nih banyak ragam dan mencabar jugak sebenarnya nak didik , tambah2 anak2 aktif macam ank akk tu ..mu tengok je lah diorang hari tu cam mana

  10. Godaan dari adik-adik itu biasa… 😀 Kena selalu nasihatkan dia supaya kuatkan mental & semangat.

  11. hoho.. how sweetnyer mereka bergambar di dinding wall picture tuh..
    gigit2 nanti tau kalau jumpa Aunty Nora.. InsyaAllah.. kalau berkesempatan boleh bertaya dirumah Bee..

    • masa upload nampak gambr tu , entah bila diorang ambik gambar .. tu lah nampak sweet jugak ..

      ahaa.. boleh .. kalau nak datang masa hari raya pertama dan ke lima , terus ke perak , kalau nak beraya hari ke 6 dan seterusnya bee ada di KL .. nora pilih je mana satuuu .. elok ambik no fon , sbb bee raya2 kurang online ..

  12. kesiannya tengok kakak tu.. tapi nak buat camnakan.. dah lapan tahun kenalah pose 🙂

  13. dah besar nanti tahula.. anyway..teruskan mendidik anak-anak..

  14. bagus gak wat merajuk camtu.. tapi payah jugak kalo kita nak merajuk hari2 kan? heheheee

    • penat gak merajuk hari2 ..haa betul ..

      kid ko tau , kalau tk entri ni nak join contest kau , tp tk sempat publish terus ubah tajuk dan perenggan pertama tu ..

  15. Biasalah ragam anak berpuasa. Anak lelaki lebih kurang sama tetapi abang Koning yang berumur 7 tahun tidak ada masalah berpuasa kecuali ada 3 hari terlepas sebab sakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *