Puanbee Di Pameran ‘StreetSmart’ Petronas 54


Sebenarnya , saya , Yanmieonline dan Juanitasani berada di KLCC adalah untuk memenuhi undangan dari Petronas untuk menjadi orang pertama merasai keseronokkan mempelajari ilmu tentang keselamatan jalan raya di pameran ‘StreetSmart’ tersebut.

Depan strresmart petronas berhampiran petrosains klcc

Depan strresmart petronas berhampiran petrosains klcc

Seperti biasa , dasar blogger .. majlis orang diselitkan seolah-olah majlis sendiri, over tau ! Apa pun dah alang-alang berjumpa disana kami pun berlaga-laga pipilah .. bukan jumpa nak borak-borak dan makan saja. Dijemput untuk pameran ini secara ‘private’. Bukan kami sahaja blogger yang di jemput , ramai lagi ..antaranya ciklily putih yang lain-laian saya tak berapa kenal so agak samar pula nama mereka pun.

Gambar di atas adalah majlis santai penyampaian ucapan secara santai sambil-sambil kitaorang makan. Semua blogger dan media yang di jemput ada disini waktu ni.

Gambar di atas ,walaupun mata ku nampak tak cantik , tapi oleh kerana ada sekeping jer gambar saya tempek kan juga , demi Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim (Chief Executif of Petrosains SDN BHD) semasa kitaorang dah mencuba pelbagai alat pameran , kemudian ternampak Tengku Nasariah ni , bukan main peramah , maka saya pun minta izin untuk bergambar , bukan senang nak berdiri sama tinggi dengan orang tinggi-tinggi pangkatnya 🙂

Bermula perjalan yang sangat adventure buat puanbee kids wahahaha .. jom layan gambar ..

Gambar di atas , baby yang kononya pandai membaca , melayari website-website kerajaan yang di sediakan disini untuk mendekatkan rakyat dengan kementerian bahagian jalan raya ni , contoh JKR dan sebagainya.

Gambar di atas una , sedang bermain satu game mudah untuk mengajar anak-anak supaya melintas dengan berhati-hati , jika tidak berhati mereka akan di langgar ibarat bola yang tergolek-golek di langgar kereta dalam game tersebut , untuk parents pula , di beri penerangan bagaimana reaksi anak-anak sekitar 9 tahun ke bawah ketika hendak melintas jalan , so sesiapa yang pergi ni , akan lebih berhati-hati apabila ternampak kanak-kanak melintas.

Dalam gambar di atas pula , si kakak sedang mencuba betul-betul menuggang motosikal , ketika ini , mengikut arahan penuggang hanya di benarkan membawa motosikal dalam kelajuan 50KM sahaja , di tengah jalan raya yang sibuk .. okey ..saya pun ada cuba dan saya sesuka hati melanggar orang , kalau lah saya naik motosikal yang betul dah lama saya masuk ICU.

Gambar di atas una dan kakak mencuba hayati bagaimana pemandangan orang yang mabuk , dengan memakai googles yang telah di buat khas , untuk korang memang patut cuba , disebabkan kita tak pernah mabuk so kita tahu bagaimana pemandangan dari orang mabuk .. dan betul orang mabuk tak nampak apa-apa . bahayanya … bagaimana orang mabuk boleh memandu ?

Gambar di atas baby tengah ketakutan ya amat sangat seolah-olah ternampak hantu .. eh ?

Yang sebenarnya baby bukan takutkan hantu , tetapi takutkan mascot-mascot yang comel ini , kemunculan maskot comel ini memeriahkan suasana , kalau ada ramai budak-budak pasti akan lebih meriah , tapi malangnya ada 4 orang budak-budak , anak puanbee tiga orang ditambah anak yanmieonline seorang Haziq. (kalau tengok website lain , memang terselit gambar sikakak , una dan baby dalam gambar mereka ..ehemmm ..)

Okey tamat sudah sesi bergambar bersama maskot , perjalanan di teruskan ..sebenarnya terdapat banyak lagi step point yang menyeronokkan untuk di pelajari , tapi saya terlalu seronok sehingga lupa nak ambil gambar ..

Gambar di atas adalah contoh penerangan yang senang untuk budak-budak faham , kalau tak pakai tali pinggang keselamatan apa akan terjadi ?

Di dalam pemeran StreetSmart ni memang telah di lengkapi dengan alat pameran yang canggih-canggih , taksub betul saya tengok ..

Apa yang menariknya .. setiap pelajaran dalam pameran ini begitu seronok , tak bosan .. maklumlah jika dengar ceramah berjela-jela dah pasti puanbee tertidur ..

Disini saya nak cakap .. Pameran SreetSmart ini amat bersesuaian jika kita bawa anak-anak , anak murid sekolah , anak-anak yang masih di tadika untuk berlajar dengan lebih santai dan mudah faham. Anak saya sendiri masuk tak reti – reti nak balik , dah panggil keluar pun masuk semula , untuk main game kereta , motosikal dan pelbagai lagi.

Lepas keluar anak-anak akan di beri lesen tipu , kekonon dah berjaya dalam ujian pemanduan mereka , dan tahu tak?

ketika saya memandu pulang , una cakap ..

“kan tadi una dapat lesen, kenapa ibu tak bagi una bawak kelete ?”

ah sudah ..

Untuk maklumat lanjut si lawati facebook SreetSmart dan gambar saya yang lain-lain akan di upload di Fanpage Puanbee.com.

Pameran SteerSmart PETRONAS ini akan di buka secara pecuma kepada orang ramai sehingga 6 bulan akan datang .. pergi lah .. pasti tak menyesal 🙂

Tengok video saya mencuba Buckle Up di sini

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

About puanbee

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at puanbeedotcom@gmail.com , thank you :)


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

54 thoughts on “Puanbee Di Pameran ‘StreetSmart’ Petronas