PRU13 ( Parlimen Di Bubarkan ) : Berdebar juga menunggu tarikh mengundi kali ini

Kenapa entah la semakin bersemangat untuk mengundi , sebelum ni saya tak ambil tahu pasal ini. Pengumuman Khas Perdana Menteri Bubar Parlimen 2013 telah pun di buat pada 3 april 2013 pada jam kira-kira 11.30 pagi. Saya dengar pengumuman PRU13 ini di radio dalam kereta sebab tengah ambil anak balik dari sekolah.

PRU 13 - SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

BUAT SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DI SINI 

Perdana Menteri Malaysia nampak nya gementar ingin membuat pengumuman ini sehinggakan salah menyebut tarikh :). Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet. Pilihanraya umum akan di adakan 60 hari lepas Perbubaran Parlimen. #Cek baru tau nii !!

Tarikh Penting PRU 2004 hingga 2013

PRU 2004 

  • Tarikh Pembubaran Parlimen : 4 Mac 2004
  • Penamaan Calon : 13 Mac 2004
  • Hari Pengundian : 22 Mac 2004

PRU 2008

  • Tarikh Pembubaran Parlimen : 13 Febuari 2008
  • Penamaan Calon : 24 Febuari 2008
  • Hari Pengundian : 8 Mac 2008

PRU 2013 

  • Tarikh Pembubaran Parlimen : 3 April 2013
  • Penamaan Calon : 20 April 2013 (sabtu)
  • Hari Pengundian : 5 Mei 2013 (Ahad)

Di Kuala Lumpur bendera yang di gantung kurang  sikit , kelmarin saya balik kampung di Taiping .. Wah semangat .. bendera jadi wau bulan pun ada. Tiang lampu jadi tiang bendera pun ada. Bendera di jadikan pagar pun ada. Meriah sungguh laaaa ~

Selamat Mengundi 🙂

Comments

  1. cek pun kali pertama niii… tp entah pi ka idak :p

  2. widyanata :

    ini blog malaysia ya?
    salam dari blogger indonesia, masih newbie

  3. kalo ikut tahun mengundi kali ni yg ke dua.. kali pertama 2008. itu pun masa tu cukup 21thn je mak yang beria suh daftar mengundi.
    lepas tu ada kematian dun kawasan.. pada 2009 so kena undi lagi sekali bagi kawasan aje.. so kali ni yg ke tiga kali lah menjejak kaki untuk menjadi rakyat yang bertanggung jwb.. ngeee..
    tapi sure time mengundi ni dalam tempoh berpantang.. acaner nak p ni?? ngeeeee

  4. saya bisa pusing2 kalau mengikiti info politik, sangat ruwet …

  5. nice

  6. wewiiittt, best la kali ni nak mengundi, ada meriah skit la, heheh

  7. assalam..
    selamat mengundi ye semua.. 🙂

  8. selamat mengundi warga Malaysia…pilih la yg tepat 🙂

  9. semangat jugak ni Bee… 1st time nak memangkah ni… 🙂

  10. nampaknya ramai yang tak sabar benar nak mengundi.

  11. Sudah tiba masanya untuk memilih tapuk pemerintahan. Selamat membuang undi.

  12. lin azlina :

    saya pun pilih mengundi.. berdebar jugak…macam sengit ajer

  13. selamat mengundi pada semua, betul dari petang semalam dah mula gantung bendera parti.

    • tempat saya sebelum parlimen dibubarkan dah meriah dgn bendera parti politik… ada satu rumah tu, semua bendera parti politik pakcik tu gantung… tak tahu pulak apa pilihan dia… pengundi atas pagar kot pakcik ni.. 🙂

  14. saya pilih mengundi….

  15. x sabar kan na mengundi..hehe

Trackbacks

  1. […] PRU13 ( Parlimen Di Bubarkan ) : Berdebar juga menunggu tarikh mengundi kali ini […]

Speak Your Mind

*