Promosi untuk semua hidangan ala Jepun Potongan 50% Hanya pada 12.00pm – 2.30 pm Setiap Isnin – Sabtu. Ahad cuti.
Hari Sabtu lepas , saya telah di jemput untuk merasa Japanese Lunch bertempat di Hotel Armada Petaling Jaya. Ya .. jauh sungguh daku berjalan untuk aktiviti MAKAN. Walaubagaimanapun.. aktiviti yang menyeronokkan lagi jauh ini bertukar menjadi sangat seronok. Perut kenyang hati pun happy. Sekarang ni Hotel Armada mengadakan Yatta Sale ! lupa nak tanya makna Yatta tersebut.
Tetapi apa yang saya tahu .. Semua hidangan di gerai Shokudo Japanese telah mengadakan sale tahap maksima. SEMUA HIDANGAN DIBERI POTONGAN SEBANYAK 50% di bulan Julai dan Ogos ini.. YA kawan-kawan 50% jadi ..ini adalah masa untuk kita menjelajah dan merasa makanan Jepun sepuasnya.
Antara hidangan yang saya suka makan , rasanya 2 pinggan ni.. opss jangan risau ..tidak lah besar sangat , kalori pun tak bertambah banyak .. hikss
Best sangat shabu shabu ni … kuah dia sekali hirup terus rasa sesuatu … tak tahu bagaimana nak bayangkan untuk korang .. pergi lah terjah .. sementara harga nya sangat berpatutan ni.
Ya ini adalah shabu shabu milik saya .. telah di masukkan ke dalam mangkuk dan menanti untuk di makan. Shabu shabu ala-ala Steamboat , tetapi versi Jepun .. dan ianya sangat SEDAP 2-3 kali hirup
Tofu yang di salut dengan tepung beras , di goreng secara lite-lite dan di masukkan dalam sos nya .. sedap sungguh lah .. sekarang terbayang-bayang , menyesal tak makan banyak-banyak.
Nama jepun , Tori Katsu Don – RM 7.50 ++
Dalam bahasa kita , ni adalah nasi dalam mangkuk .. hehe.. disebabkan makan sushi dah terlalu banyak , jadi saya terpaksa makan nasi separuh sahaja , WALAUBAGAIMANAPUN .. lauknya telah di habiskan dengan jayanya kerana terlalu SEDAP.
Chicken Pop Corn – Sedap juga .. tak guna serbuk roti seperti biasa , hanya guna kicap khas , halia dan serbuk beras.. tapi rasanya macam tak percaya … perghhh …
Sushi .. saya suka sushi .. semua ni saya cuba makan .. boleh tahan .. untuk telur ketam tu sangat fresh agaknya .. bila masukkan ke dalam mulut .. telur tu meletup2.. okey orang melayu memang jarang makan macam ni , so macam teruja.
Ya pun sedap .. pun ada 50% Diskaun ..
Dekat sikit.. dan tengok sendiri ..ikan salmon mentah ..tapi saya suka .. ada juga yang tak sedap dan tak boleh pergi .. tapi yang ini sedap ..
Gyoza – RM7.50 lepas diskaun 50% – Isi ayam di dalam , cicah pula dengan sos halia dan kicap.
Dan ………. sushi lagi … dah ku khabarkan saya suka sushi … So macam mana ? nak pergi cuba tak ? cuba jangan tak cuba..
Perlu di ingatkan .. Promotion Yatta ni hanya sah pada hari isnin – jumaat , pada bulan julai dan ogos dan di antara jam 12.00pm hingga 2.30pm sahaja . Pergi waktu lain harga kembali normal. Jika korang bekerja di kawasan berhampiran seronoklah .. boleh terjah hari-hari ..jeles tu …
Alamat : Shokudo,Level 1, Hotel Armada Petaling Jaya.
No Tel : +603 : 7954 6888 ext 4547.














Pingback: Promosi Buffet Ramadhan 2012 | Hotel dan Restoran | Puanbee.Com
arrr sungguh aku tak percaya..menarik nya gambar makanan ni..mesti makan sampai licin ni..bila la ada rezki mkn mcm ni..hehe
Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #12 – Makanan Orang Kampung
perghh promosi hebat ni 50%.makanan jepun pula tu.teringin

Ikhtiar Shah recently posted..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis Perkahwinan
Pernah mencuba Sushi beberapa tahun tapi tidak boleh terima oleh tekak yang manja ini.

akubiomed recently posted..Floria Putrajaya 2012 bersama famili siri akhir
Makanan jepun saya suka Sushi je. Penah try tenpayaki tapi tak berapa nak boleh telan. Hehehe
maaf puanbee tak dpt join kursus jom kurus….tak berapa sihat..
daddydee recently posted..Rumah Tangga : Tips Bila Keluar Dengan Kawan
Oh tak sihat , tak pe .. tp rugi lah memang best hr tu tau
mak aiiii…pagi2 mata dh dijamu dgn mkana jepun…xthn tgk semua tu….kami peminat mknan jepun….
nza recently posted..Terima Kasih MamaQS.
haishh kena jalan2 petalung jaya la kak .. sedap2 belaka
bila tgk gambar2 tuh mcm rugi lak tak makan makanan jepun…tapi tuh lah tak boleh nak masuk la makanan jepun kecuali tenpayaki jer PM makan…huhu
papa mifz recently posted..Miniland Di Legoland Malaysia
Tapi rasa shabu2 tu PM boleh makan gak , mcm stimbot tu je yg lain dia punya rasa , tk guna ajino moto
ikan salmon tu mmg sedap la..x hanyir..huhu
Jebeng Otai™ recently posted..Hosting Baru JebengOtai.com
yup .. kalau ikan tuna ai tk lalu
Hi Puan Bee…
MY recently posted..Review : Yatta Promotion! at Armada Hotel, Petaling Jaya
hai my hehehe
terbaik, 50% diaskaun tu mana nak dapat. makanan jepun sikit2, tak semua menu boleh makan lagi.
Denaihati recently posted..Kelajuan Mengorbankan Orang Lain
sama lah ,ada yg boleh ada yg tak boleh makan , tpdisini kebanyakkan makanan di masak ..tk de mentah2 sgt
puanbee recently posted..Jumpa Disana Hospital Prince Court
wahhhhh… sedapnya..
mia liana recently posted..BLIN.GD – Pendapatan Sampingan Yang Lumayan
ya sedap

puanbee recently posted..Promosi Hotel Armada Petaling Jaya : Japanese Lunch @ Half Price
Salam,
Akak makanan jepun tak berapa nak lalu masuk tekak

pada sesiapa yang nak try tu boleh ler terjah coz tinggal beberapa hari aje lagi nak puasa dah, sebab promosi ni untuk lunch kehkehkeh
yanmie recently posted..Breakfast Di Atrium Cafe Sunway Resort Hotel And Spa
yup promosi ni untuk lunch , bulan puasa memang tak boleh dapat promosi ni lah kecuali org bukan islam hiksss
puanbee recently posted..Promosi Hotel Armada Petaling Jaya : Japanese Lunch @ Half Price
lapar dah ni. lama gila tak makan sushi..
titan recently posted..Aku dan Cello aku..
pergi lah cuba sebelum puasa

puanbee recently posted..Promosi Hotel Armada Petaling Jaya : Japanese Lunch @ Half Price
camana nak pergi. busy gile ni..
titan recently posted..Aku dan Cello aku..
alamak eh titan , bz sgt ko ye kejebpe gamaknya
memang busy. nak wat camana..sampai habis minyak motor tadi. haha..
titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Part 7
Adoiiiyaii..laporlah pulok
adoiyaiii .sabar je lah ..
Mood nak on diet. Tengok macam ni memang boleh potong !
ProfHariz recently posted..Gambar Pernikahan Ella dengan Azhar Ghazali
bila tengok makanan tu, terasa takut pulak nak cuba
boni recently posted..Bertunang Dengan The Amazing Spiderman
kenapa ? semua sedap dan halal
puanbee recently posted..Promosi Hotel Armada Petaling Jaya : Japanese Lunch @ Half Price
Terasa lapar la bila lihat gambar-gambar ni.. adoi!
anif recently posted..F1 – Mark Webber Menang Di Silverstone
adoii .. tk dapat nak tolong ..
Woo…sedap nampak nya…sapa sales marketing Armada yg P.Bee kenal?
ada 2-3 orang , ada yg kenal ke ?
Baru minggu lepas pergi sana haha
dennis recently posted..PERTANDINGAN BOLING
ye ke ? hehehe .. kemain laju
puanbee recently posted..Promosi Hotel Armada Petaling Jaya : Japanese Lunch @ Half Price