Promosi Hotel Armada Petaling Jaya : Japanese Lunch @ Half Price

Promosi untuk semua hidangan ala Jepun Potongan 50% Hanya pada 12.00pm – 2.30 pm Setiap Isnin – Sabtu. Ahad cuti.

Hari Sabtu lepas , saya telah di jemput untuk merasa Japanese Lunch bertempat di Hotel Armada Petaling Jaya. Ya .. jauh sungguh daku berjalan untuk aktiviti MAKAN. Walaubagaimanapun.. aktiviti yang menyeronokkan lagi jauh ini bertukar menjadi sangat seronok. Perut kenyang hati pun happy. Sekarang ni Hotel Armada mengadakan Yatta Sale ! lupa nak tanya makna Yatta tersebut.

Tetapi apa yang saya tahu .. Semua hidangan di gerai Shokudo Japanese telah mengadakan sale tahap maksima. SEMUA HIDANGAN DIBERI POTONGAN SEBANYAK 50% di bulan Julai dan Ogos ini.. YA kawan-kawan 50% jadi ..ini adalah masa untuk kita menjelajah dan merasa makanan Jepun sepuasnya.

Japanese Lunch
Tori Karage (RM7.50 ++

Antara hidangan yang saya suka makan , rasanya 2 pinggan ni.. opss jangan risau ..tidak lah besar sangat , kalori pun tak bertambah banyak .. hikss

Japanese lunch hotel armada petaling jaya
Shabu sahbu RM38 per set , sekarang RM19 ++ Sahaja , Boleh pilih daging , ayam dan ikan (salmon)

Best sangat shabu shabu ni … kuah dia sekali hirup terus rasa sesuatu … tak tahu bagaimana nak bayangkan untuk korang .. pergi lah terjah .. sementara harga nya sangat berpatutan ni.

Hotel Armada

Ya ini adalah shabu shabu milik saya .. telah di masukkan ke dalam mangkuk dan menanti untuk di makan. Shabu shabu ala-ala Steamboat , tetapi versi Jepun .. dan ianya sangat SEDAP 2-3 kali hirup πŸ™‚

Yatta promotion Hotel Armada
Ageshi Tofu RM5 ++

Tofu yang di salut dengan tepung beras , di goreng secara lite-lite dan di masukkan dalam sos nya .. sedap sungguh lah .. sekarang terbayang-bayang , menyesal tak makan banyak-banyak.

Nama jepun , Tori Katsu Don – RM 7.50 ++

Dalam bahasa kita , ni adalah nasi dalam mangkuk .. hehe.. disebabkan makan sushi dah terlalu banyak , jadi saya terpaksa makan nasi separuh sahaja , WALAUBAGAIMANAPUN .. lauknya telah di habiskan dengan jayanya kerana terlalu SEDAP.

Yatta sale

Chicken Pop Corn – Sedap juga .. tak guna serbuk roti seperti biasa , hanya guna kicap khas , halia dan serbuk beras.. tapi rasanya macam tak percaya … perghhh …

Sushi .. saya suka sushi .. semua ni saya cuba makan .. boleh tahan .. untuk telur ketam tu sangat fresh agaknya .. bila masukkan ke dalam mulut .. telur tu meletup2.. okey orang melayu memang jarang makan macam ni , so macam teruja.

Ya pun sedap .. pun ada 50% Diskaun ..

Dekat sikit.. dan tengok sendiri ..ikan salmon mentah ..tapi saya suka .. ada juga yang tak sedap dan tak boleh pergi .. tapi yang ini sedap ..

Gyoza – RM7.50 lepas diskaun 50% – Isi ayam di dalam , cicah pula dengan sos halia dan kicap.

Dan ………. sushi lagi … dah ku khabarkan saya suka sushi … So macam mana ? nak pergi cuba tak ? cuba jangan tak cuba..

Perlu di ingatkan .. Promotion Yatta ni hanya sah pada hari isnin – jumaat , pada bulan julai dan ogos dan di antara jam 12.00pm hingga 2.30pm sahaja . Pergi waktu lain harga kembali normal. Jika korang bekerja di kawasan berhampiran seronoklah .. boleh terjah hari-hari ..jeles tu …

Alamat :Β Shokudo,Level 1, Hotel Armada Petaling Jaya.

No Tel : +603 : 7954 6888 ext 4547.

36 Comments

  1. Hafizul 11 July 2012 Reply
  2. Ikhtiar Shah 10 July 2012 Reply
  3. akubiomed 10 July 2012 Reply
  4. daddydee 10 July 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 10 July 2012 Reply
  5. nza 10 July 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 10 July 2012 Reply
  6. papa mifz 9 July 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 10 July 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 10 July 2012 Reply
  7. MY 9 July 2012 Reply
  8. Denaihati 9 July 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 9 July 2012 Reply
  9. mia liana 9 July 2012 Reply
  10. yanmie 9 July 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 9 July 2012 Reply
  11. titan 9 July 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 9 July 2012 Reply
      • titan 9 July 2012 Reply
        • puanbeeAuthor 10 July 2012 Reply
          • titan 11 July 2012 Reply
  12. Jejai 9 July 2012 Reply
  13. ProfHariz 9 July 2012 Reply
  14. boni 9 July 2012 Reply
  15. anif 8 July 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 9 July 2012 Reply
  16. azmanisma 8 July 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 8 July 2012 Reply
  17. dennis 8 July 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.