Program SARANA (Apa yang baru di sekolah )

7 Mac 2013 , semua ibu bapa di jemput hadir ke sekolah untuk di perkenalkan dengan Program SARANA di sekolah anak-anak. Saya tak pasti program SARANA ini ada ke tidak untuk sekolah menengah , tetapi yang pastinya ada untuk sekolah renadah kebangsaan. Kerana anak saya ada bersekolah di sekolah rendah kebangsaan tahun 3.

  • Program SARANA di bentuk untuk menggalakkan ibu bapa aktif melibatkan diri di dalam pembelajaran anak di sekolah.
  • Ibu bapa hanya boleh bertindak / mengadakan aktiviti / aktif untuk kelas yang di duduki oleh anak. Jika 2 sesi maka sesi pagi dan petang di gabungkan menjadi satu.
  • Ibu bapa tidak boleh membuat kerja-kerja di luar kelas anak-anak.
  • Ibu bapa boleh menganjurkan aktiviti luar seperti melawat sesuatu kawasan. Mengutip derma atas dasar untuk anak-anak di dalam kelas tersebut.

2013-03-09 10.50.21

Pertama kali dengar , terkejut juga. Alaa rasa macam agak “segan” hendak terlibat dengan aktiviti sekolah ini. Saya pasti ramai ibu bapa yang lain mempunyai perasaan yang sama. Apa tidaknya .. untuk kelas anak saya sesi petang dan sesi pagi sepatutnya ada 64 orang ibu bapa. Tetapi yang hadir hanya 7 orang ibu bapa.

2013-03-09 10.50.25

Semasa hadir ke sekolah anak saya , maka kami bermesyuarat lah dengan ibu bapa. Apa yang baik untuk anak-anak saya turutkan saja. Lagipun saya memang tidak bekerja , boleh lah terlibat dengan aktiviti begini. Kalau ayahnya susah sikit la .. Sibuk manjang ..

Didalam mesyuarat pertama , ada satu sesi kaji selidik setakat mana ibu bapa bersama-sama dengan anak , rasa kelakar jawab kaji selidik tu .. memang 24 jam berkepit dengan anak kot. Jadi markah saya terlebih dari 100 .. ahaks..

2013-03-09 10.50.36

Jadi selepas bermesyuarat saya berpendapat .. bagus juga ada program SARANA ini. Tengok lah kelas yang anak-anak kita pergi untuk belajar setiap hari. Sangat buruk , tidak bersih dan banyak habuk di tingkap serta sawang-sawang di syiling. Lantai nya pula berlubang dan ada di tampung dengan simen oleh cikgu tetapi tak sepenuhnya.

Langsir pun lama tak basuh kot. Ye lah kelas di duduki oleh anak – anak sekolah rendah. Faham-faham la memang tak tahu nak cantikkan kelas bagai. Jadi di sini ibu bapa memainkan peranan.

2013-03-09 10.50.53

Di sebab kan mereka ibu bapa sebulat suara melantik saya jadi ketua , jadi saya bertekad hendak mencantikkan kelas anak saya belajar ni nanti. Saya telah edarkan surat mengutip dana kepada ibu bapa yang terlibat. Harap dana tersebut banyak la .. boleh hias cantik-cantik kelas anak-anak ini. Seterusnya dapat memberi keselesaan dan perasaan ceria untuk anak-anak belajar.

Mula-mula nak cat , lepas tu gotong royong basuh kelas , tingkap dan langsir .. lepas tu gotong royong dengan anak-anak dan membuat origami cantik-cantik untuk kelas. Lepas tu … bla bla bla ~

harap tercapai la … suka bab macam ni. Dulu di sekolah menegah pun saya juga yang buat kerja hias kelas , tetapi semasa sekolah menegah kita dah besar , duit untuk cat semua kutip sendiri sesama kawan kan …

Apa yang baru di Sekolah  ( *Mungkin tak sama di antara semua sekolah ):

  • Program SARANA
  • Duit PIBG belum bayar
  • PRA sekolah percuma ( mak bapak bayar duit baju je )
  • Ada sistem SMS untuk penyebaran maklumat / info terkini berkaitan pelajaran dan aktiviti anak-anak ( RM 10 untuk 1 nombor yang di daftarkan untuk seorang anak bagi setahun )

Program galak ibu bapa aktif aktiviti sekolah   ( Berita Harian : 2013/02/21 – 04:34:27 AM )

Putrajaya: Pembabitan ibu bapa di sekolah akan diukur sebanyak tiga kali setahun bermula Mac ini menerusi program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pelajaran, Datuk Mazlan Mohamad, berkata program itu yang menetapkan segala maklumat dikumpul setiap akhir Mac, Julai dan Oktober, turut membabitkan ibu bapa dalam penilaian akademik dan kokurikulum anak mereka.
Beliau berkata, pembabitan ibu bapa dalam pembelajaran anak ketika di sekolah dan luar sekolah, penting bagi memastikan apa yang dirancang kerajaan mencapai sasaran.

Ambil tahu perkembangan anak

“Pengumpulan data mengenai pembabitan mereka di sekolah antara cara kementerian menggalakkan ibu bapa untuk lebih aktif dalam membimbing dan mengambil tahu perkembangan anak. Data terkumpul akan dinilai akhir November dan pihak sekolah akan mengenal pasti tanda aras tertentu bagi mengukur peratusan atau markah perlu dicapai ibu bapa,” katanya.

Program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah antara empat agenda penting akan dipantau pencapaiannya dalam sasaran 100 hari sejak 1 Januari lalu. Melalui program itu, kementerian menyediakan bimbingan lebih mantap dan khusus bagaimana sekolah boleh membangunkan kerjasama erat di antara ibu bapa, komuniti dan swasta bagi memacu kecemerlangan.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

24 Comments:

  1. sebuah program yang sangat bagus dan ini bisa makin mendekatkan anak – anak dengan para orang tuanya 🙂

  2. hoho..rajinnnya. hoho..

  3. Sambutan yang kurang menggalakkan jer ni…hehe

  4. cayalah bee jadi s/u gitu… ehh siap jadi ketua apa tu? 😉

    skolah anak kami belum panggil mesyuarat lg ni. punyalah semangat isi borang itu hari nak attend itu ini… haha

  5. 7 orang je datang?yang lain mak ayah kerja kot..kan??tapi bagus la program gini..mak ayah terlibat boleh tau suasana belajar anak2 nya macam mana..kan??

  6. macam-macam program yang dilaksanakan oleh kementerian pendidikan nie bagi memperkasakan sekolah….semuanya hendak yang terbaik…..

  7. program ini sangat bagus. masa anak akak di taska permata..penglibatan ibu bapa diwajibkan sebulan 4 jam. mmg bagus kalau di peringkat rendah dan menengah.

    cuma yang menjadikan ibu bapa susah utk bg kerjasama ialah bila program dibuat pd hari berkerja.

    • Memang di buat wkatu cuti , kali pertama je guru2 anjurkan , untuk kali seterusnya guru tak terlibat semua tarikh2 di atas tangan ibu bapa. Boleh buat di hari cuti , malam atau sabtu ahad .. ikut kita ..

  8. tak sabar plak nak hantar anak sendiri pergi sekolah..mesti syok. 🙂

  9. tyka rasa kalau hari sabtu atau ahad pasti ramai…
    bagus juga program ni..bole perhati anak-anak

  10. Bagus program SARANA ini, Tidak sekolah anak saya hendak masuk kawasan sekolah pun tidak bagi.

  11. kalau program ni buat hari minggu/cuti mungkin ramai sikit kot.

  12. bagus jgk idea macam ni….semoga terus dikekalkan

  13. hum.. bagus tu baru la kita tahu kelas tempat anak2 kita belajar macam mana keadaannya.. yerlah kelas untuk anak2 menimba ilmu.. kalo ibu bapa terlibat dalam hal mencantik kan kelas.. bertambah cantik kemas dan cerialah kelas 6t

  14. Bagus ada program macam ni. Bila ibu bapa dilibatkan dengan aktiviti di sekolah.. banyak aktiviti positif yang boleh dilakukan.

  15. Terbaiklah pn bee!

    Moga2 lepas ni lebih ramai ibubapa tampil beri kerjasama demi kebaikan anak masing2 =)

  16. Kat sekolah saya belum pulak diperkenalkan pasal SARANA ni. Program ni program sekolah atau dari kementerian?

    • Dari kementerian rasanya .. sebab rakan guru saya sekolah lain pun tahu

    • Petikan berita :

      Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pelajaran, Datuk Mazlan Mohamad, berkata program itu yang menetapkan segala maklumat dikumpul setiap akhir Mac, Julai dan Oktober, turut membabitkan ibu bapa dalam penilaian akademik dan kokurikulum anak mereka.
      Beliau berkata, pembabitan ibu bapa dalam pembelajaran anak ketika di sekolah dan luar sekolah, penting bagi memastikan apa yang dirancang kerajaan mencapai sasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *