Program PETRONAS 2012 sempena Hari Raya , Hari Merdeka dan Hari Malaysia

Pada 13 Ogos 2012 , saya telah di jemput oleh PETRONAS untuk menghadiri pelancaran video web untuk iklan petronas bersempena Hari Raya , Hari Merdeka dan Hari Malaysia serentak. Oleh kerana tahun 2012 ini , hari raya bertembung dengan Hari Merdeka dan Hari Malaysia serentak , maka PETRONAS mengambil keputusan mengubah cara pembuatan iklan raya dari petronas lain daripada kebiasaan nya.

iklan raya petronas

Tahun ini , Petronas menyajikan kita video iklan web bertajuk Strangers. Fokos di dalam filem tersebut ialah kepada Erman, Seorang engineer muda bekerja dengan Petronas ditempatkan di Asia Tengah. Cerita bermula apabila Erman tidak dapat bercuti untuk menyambut Hari Raya beliau bersama keluarganya di kampung dan bertembung pula dengan kanak-kanak tempatan bernama Jeyhun.

ikaln raya 2012

Bermula dari detik pertemuan kali pertama Erman dapat menyelami perasaan dan belajar meraikan ramadhan serta Hari Raya di luar negara. Negara yang mana penduduknya hidup di dalam suasana sederhana.Erman belajar menerima orang di sekelilingnya dan secara tak langsung , Erman terkenang kan kampung halaman nya yang jauh dan sangat berlainan dengan tempat tinggal Jeyhun. Ini membuatkan Erman sentiasa berbangka dan bersyukur menjadi anak Negara tercinta Malaysia.

Di dalam video iklan petronas kali ini juga terselit sedikit temubual dengan beberapa pekerja Petronas di luar negara sana. Semua temubual itu di luar skrip , temubual dijalankan dengan spontan untuk menunjukkan bagaimana perasaan berada jauh di luar negara dan betapa mereka menghargai Malaysia.Di dalam video tersebut terselit mesej yang sangat mendalam .. Semangat cintakan Negara dan bersyukurlah dengan kemewahan yang ada di Malaysia. Alaa … toksah lah pergi jauh-jauh .. macam saya dari Perak ke Kuala Lumpur pun dah terasa rindu akan kampung halaman , mengambil masa yang lama untuk sesuaikan diri kan ? Apatah lagi jika kita berada di luar negara….

Di dalam Majlis tersebut , ucapan telah di berikan oleh Dato’ Mohammad Medan Abdullah , Senior General Manager , Group Corporate Affairs Division of PETRONAS.

” This festive season , we want to pay tribute to all who are out there serving our beloved nation , – especially our own staff. Despite the challenges they face, they adapt quickly to environment they are in and take everything in their stride. That’s the spirit that should be nurtured , admired , celebrat and emulated.”

” As human beings , sometimes we do not relise the good thing that we have until it is taken away form us. In this instance , it’s only when we live in another country that we realise just how wonderful our own contry is. It’s also about self-discovery , of realising what really matters in life, and about what we have and can offer to others.”

Video tersebut telah pun di lancarkan pada 6 ogos 2012 di youtube , dan telah mendapat pelbagai komen dari rakyat Malaysia yang benar-benar tersentuh dengan video Strangers ini..

Selain video Hari Raya di atas , PETRONAS telah pun mengadakan beberapa program dan aktiviti lain bersempena Hari Raya 2012 , Hari Kemerdekaan Negara Malaysia 2012 dan Hari Malaysia 2012 ini.

Antara aktiviti yang telah di jalankan adalah seperti berikut :

1 : Pameran I Art You Malaysia
Pameran ini mengambil lukisan tangan dari kanak-kanak dari 240 buah sekolah seluruh Malaysia yang melambangkan Malaysia. Sesuatu untuk mengambarkan perasaan apa yang kanak-kanak tersebut suka di Malaysia , Apa yang melambangkan Malaysia dan bagaimana kanak-kanak itu mecurahkan sayang nya mereka kepada negara Malaysia.

Semua hasil seni akan di pemarkan di Galeri PETRONAS dari 14 ogos hingga 30 september 2012.

Saya telah melihat beberapa hasil seni , antaranya ialah :

pameran i art you malaysia

i art you malaysia

Semua keindahan di Malaysia dari kaca mata anak-anak di Malaysia. Ada angry birds , lolipop , kereta , klcc dan sebagainya .. cuba kita beri pensil warna dan kertas kepada anak-anak di negara yang sedang mengalami peperangan besar. Apa yang anak-anak di sana akn lukis ? Setuju atau tidak .. Bertuah kita tinggal di negara Malaysia yang aman ni.

i art you malaysia

2 : Barangan (bendera dan beg Non-Woven)

Petronas juga memberi menghasilkan 100,000 bendera tangan yang akan diserahkan kepada kementerian maklumat, komunikasi dan budaya. Beg non-woven juga akan diedarkan di untuk orang ramai bagi menyokong komitmen kami untuk menjaga alam sekitar termasuk mengurangkan kesan karbon .Beg non-woven akan diedarkan melalui petronas stesen servis di seluruh negara mulai 15 Ogos hingga 16 September 2012 – dengan pembelian sekurangnya RM 30 stesen kami atau kedai mesra. Kami juga diperuntukkan 15,000 beg untuk diagihkan di plaza tol terpilih.

3 : Sentuhan Kasih Ramadhan PETRONAS

Aktiviti tahunan oleh PETRONAS bagi membantu menringgan kan beban masyarakat di luar sana. Tahun ini lebih 100 pekerja PETRONAS , Peminat [ Like] PETRONAS di Facebook dan juga blogger telah bersama-sama berganding bahu , turun padang bergotong royong mebersihkan sungai di Bukit Kala dan mengadakan kenduri kepada lebih 1,5000 penduduk setempat dan memberi lebih 180 hamper kepada penduduk di perkampungan Orang Asli tersebut. Acara ini adalah bertujuan mengembalikan semangat saling bantu membantu. Tatkala kita gembira ingatlah orang yang tengah susah juga.

Selepas Majlis selesai , ada majlis makan-makan juga , oleh kerana saya tengah berpuasa , saya tidak dapat merasai juadah yang di sediakan oleh PETRONAS , namun saya dapat beberapa ole-ole dari PETRONAS berupa kuih raya dibungkus cantik dan pendrive 4gb khas dari PETRONAS .. terima kasih kerana menjemput saya .. tahun depan .. jumpa lagi .. insyallah saya sudi je ……

Mari lah bersama merasai semangat ke tiga-tiga hari penting di Malaysia bersama-sama dengan PETRONAS.

Sila ke Youtube :

http://www.youtube.com/user/PETRONASOfficial

Dan jangan lupa like Facebook PETRONAS untuk tidak terlepas mana-mana aktiviti dari PETRONAS :

https://www.facebook.com/petronas1

Comments

  1. Masih teringat lagi perasaan pertama kali melihat video ni.

    Hmm… Bekerja jauh diperantauan

  2. lukisan tu walaupun simple..tp digabung2kan menjadi lebih menarik.. 🙂

  3. fuh..mesti best kann..

  4. Saya antara yang bertuah kerana dapat melibatkan diri dengan program Sentuhan Kasih Ramadhan PETRONAS di kampung orang Asli Bukit Kala. http://bit.ly/R4ZPuV

  5. memang terbaeklah

  6. petronas setiap tahun menghasilkan iklan yang berkualiti

  7. seronoknya leh attend event2 gini..banyak benda gak leh tahu kan..

  8. Petronas sentiasa sajikan kita iklan terbaik n hebat. Aktiviti mcm ni pun aktiviti yg terbaik juga

  9. best jugak iklan raya petronas thn ni.. mmg bersyukurlah jd rakyat malaysia… moga2 terus aman damai…

    kalau beri pensil dan kertas pd anak Nis yg sulung tu, mmg seronoklah tgk hasilnya… heee….

    hurm, esok kami nak turun Kl ni… agak2 ade can tak dpt hadiah Petronas tu? 😉

  10. Beruntung la dapat jemputan PETRONAS 😀

    Banyak juga aktiviti sempena hari raya dan merdeka yang dijalankan oleh PETRONAS untuk tahun 2012 ni.

Trackbacks

  1. Program PETRONAS 2012 sempena Hari Raya , Hari Merdeka dan Hari Malaysia » Oh Gitu Ke! says:

    […] post: Program PETRONAS 2012 sempena Hari Raya , Hari Merdeka dan Hari Malaysia Jom Usha Yang Bawah Nie Lak!Seharian Dan FotoKasut budak comel-comel32 Tahun Tak JumpaMenu Istimewa […]

Speak Your Mind

*