Produk TYT (‘Twee Hong Suah’) Tidak Selamat Lagi

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Minyak TYT tak selamatProduk Tyt , rasa terngiang-ngiag je lagu iklan TYT di telinga saya , suka ikut iklan tu .. tapi nasib lah .. saya lebih suka guna minyak gamat dari lain-lain minyak yang terdapat di pasaran.

Ya ! saya old fesyen bab-bab gini , sebab kepercayaan tu .. buat apa pilih sesuatu yang baru sedangkan yang lama lebih baik ?

Produk perubatan tradisional ‘Twee Hong Suah’ ditarik balik penjualannya serta-merta kerana mengandungi tahap merkuri melebihi had yang dibenarkan, menyebabkan ia tidak selamat digunakan.

Syarikat yang bertanggungjawab ke atas pendaftaran produk itu, Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd turut diarah menghentikan pembekalan serta menarik balik semua produknya yang berada di pasaran.

Produk yang terbabit adalah bernombor 1103026, 1106013, 1111013 dan 1107011.

Ia digunakan secara tradisional untuk kanak-kanak bagi melegakan angin di bahagian perut, sakit perut, rasa loya, cirit-birit, batuk dan demam.

Seperti biasa, semua produk berkenaan disampel di bawah prosedur pengawasan mutu produk berdaftar yang dilakukan secara rutin oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Namun, hasil ujian terkini mendapati produk itu mengandungi merkuri melebihi had biasa yang dibenarkan iaitu 0.5mg/kg.

Merkuri ialah sejenis logam berat dan jika digunakan dalam kuantiti berlebihan, ia boleh mengakibatkan kesan keracunan seperti rasa kebas, gatal, sakit, warna kulit menjadi merah jambu di bahagian pipi, hujung jari dan jari kaki kulit mengelupas serta boleh menyebabkan kerosakan sistem buah pinggang dan otak.

Orang ramai dinasihati agar tidak menggunakan produk ‘Twee Hong Huah’ buat masa ini dan mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan jika mengalami kesan sampingan akibat penggunaan ubat tersebut.

Maklumat lanjut berkaitan penarikan semula penjualan ubat itu boleh didapati dengan menghubungi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah di talian 03-78835546 atau 03-78835539.

Sumber : Upprofits

Comments

  1. maya_mustwany :

    tak sure la pernah pakai or x.dulu pernah kut.sekarang.hihihi

  2. dulu pernah pakai minyak TYT…urmmm, baik guna minyak gamat je

  3. waaaaaa! selalu gak pakai ni. kat umah pom ada lagi 2 3 botol.Sapu tempat sakit2 urat

  4. x pernah guna minyak ni… walaupun selalu dengor iklan nya di radio..

    memang guna minyak gamat & minyak afiat jer.. sokong produk buatan org kita.. 😉

  5. ummi tak pernah guna minyak ni bee, ummi pun macam bee, suka minyak gamat..

  6. TYT!!! suara perempuan yg nyanyi kan bee?hehe akak x pernah nampak pun botol produk tyt ni selalu dengar iklan je kat radio thr gegar pantai timur

  7. owh..kena check ni. selalu guna minyak TYT untuk legakan kesan gigitan nyamuk

  8. puan kutu :

    kutu tak pernah pakai minyak nie.tp iklan tu tyt..mmg best.haha..

  9. tak pernah pakai benda nih. best ker??

  10. Aku tak pernah guna plak Bee.. tak pernah tgk pun..

  11. stok minyak gamat byk kat umah..org bagi bila depa pi langkawi… biasa utk kembung perut pakai myk telon ja.. tak pernah pun pakai tyt ni..

  12. nasib baik xpernah pakai.

  13. Tidak pernah mengunakan minyak jenama ini selain minyak cap Kapak atau Geliga.

  14. ct n honey :

    klu untk bby ct suka guna minyak telon aje…

  15. ayu jamal :

    dah bertahun guna TYT tapi memang x pernah amik tahu pasal ni sume..he he..risau gak kan..nak kene cek balik..tq bee

Speak Your Mind

*