Potong line streamyx , Langkah penjimatan kos

Assalamualaikum , Hai … apa khabar semua ? hee berita gembira kat korang , sekarang potong streamyx boleh bagi alasan langkah penjimatan kos tau. Saya sebenarnya malas nak register baru di rumah sewa baru , jadi potong saja lah. Salah satu sebab nya nak jimat kos juga lah. Sekarang semua mahal lah. Terasa betul. Tetapi ..

Semasa nak potong line saya pergi ke kaunter TM Point , bil saya sebulan RM134. Tak sangka pula ye. Kalau kita nak potong sebab nak jimat  pegawai tu offer kepada saya RM100 sebulan , jika saya nak teruskan langganan. Wah !  kalau tau dah lama buat. Jimat RM34 sebulan tau. Hurmm tapi dah lewat lah.potong-line-streamyx

Lepas potong TM Streamyx , pergi langgan u-mobile hero pakej pulak. RM98 sebulan. Tukar nombor yang sama dari tunetalk ke umobile. Tunetalk pun bukan elok sangat. Line internet laju tapi kalau nak bercakap macam dalam gua. Walaupun tunetalk sebenarnya best. Topup RM30 dapat percuma 1gb data. Topup RM50 dapat percuma 1.5gb data. Tetapi .. saya jarang call orang. Semua whatapp saja. Call mak pakai telefon rumah.

Itu dulu , sekarang kena call mak guna mobile lah. Lagi pun takpe sebab umobile bagi unlimited call ke mana-mana nombor.

So saya jimat

RM134 + RM30 – RM98 = RM 66

syamim-skate-board
Ni hidden cost , asal keluar je melayang RM

Jimat RM66 dah .. lebih kot sebab kadang-kadang topup lebih dari RM30 konon2 sebab nak dapatkan data free. Pastu banyak kredit belasah bagi syamim buka youtube di luar rumah. Haihh .. banyak betul pembaziran.

Harap-harap u – mobile ok la. Data 30gb , video streaming unlimited dan panggilan unlimite juga. Harap-harap cukup.  Sebagai blogger yang berhemah. Buka laptop dan melengung depan blog pun dah pakai data kan kan kan.

Streamyx tak ada hidden cost dah sekarang sebab nya boleh pantau bil secara online. Selepas saya potong ambil masa 7 hari untuk line terputus dengan sendiri nya. Cukup lah masa sebelum berpindah nanti.

Anak-anak , sila belajar berjimat di dalam hidup di zaman ini.

Sekian , bebelan.

Show 10 Comments

10 Comments

  1. Malaysia Sentral

    terpaksa byk kos kena potong, nk kena berjimat punya pasal kn

  2. Yurp… Semua orang sekarang ni perlu melaksanakan langkah penjimatan….

  3. Jimat tu jimat juga tapi kita jimat sampai kemana,
    cukup bulan kena topup juga kan….,bill kena bayar juga,baik kita cari alternatif lain…!

  4. betul la akak..ciktom pun lepas kawin ni..suh husband terminate dia pnye broadband..share wifi ciktom je..ct ingt nak termiante jgk tukar pakej lain..tp rupanya under contract plk smpi 2018..kalau potong awal dr date kena bayar rm500..sob3..

  5. mus

    pemikiran pun kena pindah..huhu, dari jimat duit kpd buat duit, so steramyx yg dh mcm siput b..i pun kena pindah, hosting pun kena pindah, hari2 dpt warning “limited resources”, bahasa pun kena pindah.. dr bahasa Melayu kpd bahasa penjajah, baru income lebat ckit..huhu. So sape boleh bg nasihat, mcm mana nak pindahkan semua yg di atas tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.