posisi terbaik ketika tidur bagi wanita hamil 14


Wanita hamil memang mempunyai banyak masaalah ketidakselesaan. Siapa setuju angkat tangan. Di awal usia kandungan saya suka tidur , pantang letak kepala mesti tidur. Sekarang dah masuk 4 bulan usia kandungan yakni trimester kedua. Saya tak boleh tidur , tak selesa , selalu terganggu dan lapar waktu malam. Termasuklah kerap ke tandas. Itu normal .. tetapi kaum ibu semua boleh tahan benda ni. Kaum ibu kan penyabar… 🙂

gambar 3d wanita hamil

Siang harinya saya mengalami pening-pening kerana tidak cukup tidur , menahan je la anak-anak ku yang bertiga tu. Ibunya asyik diam di satu sudut tanpa melayan kerenah mereka sangat. Sabar ye kakak , husna dan laila. Nanti dah hilang semua kemabukkan ibu mengandung ni , kembali lah kita seperti biasa.

Posisi terbaik ketika tidur bagi wanita hamil – sumber DRZUBAIDI.COM

  • Tidur mengiring ke kanan / ke kiri

Posisi terbaik untuk ibu hamil adalah mengiring. Boleh mengiring ke kiri atau kekanan . Tetapi bagi orang Islam adalah lebih baik mengiring ke kanan mengikut sunnah Nabi.

Tidur mengiring tidak mengganggu perjalanan darah ibu hamil dan akan menyebabkan lebih banyak nutrient dan oksigen di hantar kepada bayi di dalam rahim.

Untuk keselesaan lagi , lipatkan paha dan lutut seperti posisi bayi tidur dan di letakkan bantal di antara kedua belah peha.

  • Tidur terlentang

Apabila rahim semakin membesar , ianya mengambil ruangan abdomen , yang akan mengganggu penafasan , penghadaman , kelancaran membuang air besar dan air kecil , dan mungkin akan mengganggu peredaran darah.

Bayangkan seorang wanita berbaring telentang ,  ibarat seguni beras yang beratnya 2-3 kg ,  di letakkan di bahagian abdomen ( perut ) tentu akan rasa senak dan sukar bernafas.

Tidur telentang juga akan menyebabkan rahim memberi tekanan fizikal pada saluran darah besar lalu menghalang peredaran darah ke jantung seterusnya mengganggu penghantaran oksigen dan nutrient kepada bayi di dalam kandungan.

  • Bagi wanita hamil yang mengalami gangguan sakit belakang.

Selalu sangat ni … jika mengalami masaalah sakit belakang , bolehlah meletakkan bantal di bawah perut sebelah belakang ,

  • Tidur meniarap 

Juga tidak di galakkan , ini boleh membawa kepada kematian dalam rahim serta menyukarkan penghantaran oksigen dan nutrient kepada bayi dalam kandungan.

Puanbee : Sebab tu la wanita hamil mood nya tidak menentu … semua pun berubah ..  🙂

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

About puanbee

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at puanbeedotcom@gmail.com , thank you :)


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 thoughts on “posisi terbaik ketika tidur bagi wanita hamil