Piknik dengan kawan sekolah rendah

Share

Dah lama dah ber piknik nya pun , raya kelmarin .. ter-rindu pula nak piknik lagi , di KL ni tak pernah berpiknik , mungkin tak ada orang kuat , nak pergi sorang bawa anak-anak ke taman takut. Bukan takut apa , takut terleka , tak terjaga hilang pula anak dara bertiga tu. Di Taiping orang tak ramai berpiknik , jadi ruang dan keselamatan tu terjaga sikit.

Kawan-kawan ni la kawan satu sekolah rendah dulu-dulu , kampung lain-lain tau .. jauh la juga. Dah lama tak berhubung sejak masing-masing pandai facebook tu lah berhubung balik. Kena berterima kasih juga la di facebook ni .. hahaha ….  Tu pun .. duduk jauh-jauh masing-masing.

EMA TAIPING

Ema ( blog ema ) dan anak-anak nya ~ anak saya nampak padang jangan harap la nak duduk diam … orang jarang-jarang jumpa tanah kan .. sebab tu tak ada gambar diorang di tikar ajaib tu . Mak yang boyot je tak tahan nak bejalan belari jadi kita melepak je . Goreng sosej , ayam , bawa sos , air dengan cawan lepak sambil makan.  Kita piknik di depan Zoo Taiping. Kalau orang memang asal dari Taiping tak suka masuk Zoo tu .. kenapa ? tak tau nak cakap , dah bosan kecik-kecik pun situ je tempat mak bapak bawa jalan-jalan.

AYU TAIPING

AYU ~ ratu gelak .. dalam facebook sopan le cer jumpa depan-depan .. hehehe ( jangan marah ayu )

KAWAN SEKOLAH RENDAH

Ramai-ramai ~ Husna ambil gambar ni .. boleh lah nak dari takde buat kenangan kan ..

ANAK-ANAK DI TAIPING

Kenapa ntah , kalau kemana-mana rasa ramai budak perempuan , budak lelaki sorang dua je .. kesian tak de kawan .. hik3 … ni semua anak-anak kemain lasak. Lepas tu kalau mak ema sebut ,”  kenapa ntah anak aku lasak ? ”  mak bee sebut ,  ” hang dulu pun sama ja ….  “

Sama-sama nakal , main sampai merah padam muka baru balik .. lepas balik semua kena tibai , esok buat lagi .. cam tu la anak-anak kita. Jadi sekarang anak lasak , jangan nak merungut lelebih lah.  Sekarang masing-masig jadi mak … merasa laaaaaa ~

( Sekarang kita dah jadi mak , kita tunggu sampai kita jadi nenek pula ye .. insyallah kalau umur panjang .. luv u all ~ )

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

18 Comments:

  1. bestnya

  2. dah lama x piknik mcm ni….bestnya….kalau la dapat jejak bali kawan2 sekolah zaman dulu2 kan best…

  3. best jugak merasa piknik macamni sekali sekala

  4. budak2 kalau dibawa makan angin mcm ni. mauk tak happynya. kalau nak tiap ari pun boleh.hehe

  5. seronoknya pergi zoo 😀 MEsti budak2 paling suka 😉

  6. best oo sesekali lepak piknik macam ni,

  7. syoknya p zoo dgn kwn lama….

  8. Berjumpa dengan kawan lama pasti sangat menggembirakan, akan banyak cerita yang bisa di share antara satu sama lain tu… 🙂
    Selalu semangat Puan dan jaga kesehatan…

  9. eh yer ker org taiping masuk zoo separuh harga ni??? xthu pula.. ritu pegi sama je reganya .. parking ttp kena bayor… mak bee, seronoknya kenangn itu….

  10. wahh…bestnyer dpt jumpa kawan lama… 😉

  11. sempat lagi piknik dah nak due ni yer…heee
    puluh tahun dah tak smapai zoo taiping, dah berubah banyak agaknya.

    • hahaa .. semagat bejalan kuat DH 🙂

      Zoo berubah dah , tapi tasik tu paling ketara berubah nya air tasik kering , pokok2 besar gedabak sangat dah … pekan taiping makin tua

  12. Bestnya dapat berpiknik dekat Taiping. . Haah.. kenapa yer orang Taiping tak suka pergi Zoo Taiping, sedangkan mereka dapat beli tiket separuh harga. .

    • ye ke daat separuh harga ? tak tau pun …

      dah jemu kot , dari kecil pergi sana , pernah bawa anak yg sulung je tu sekali , anak ke dua dan ketiga belum sampai nanti la .. nak pergi sana stamina kena kuat kikiki

  13. Wah seronok bersantai dibawah pokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *