Peti Sejuk Terkini MITSUBISHSI ELECTRIC FOLIO JX / BX & Tips Memilih Peti Sejuk Terbaik

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tips Memilih Peti Sejuk Terbaik ini di bawakan oleh Model peti sejuk terkini iaitu MITSUBISHSI ELECTRIC FOLIO JX dan BX . Ewah serupa pakar dalam pemilihan untuk peti sejuk pula ye. Dari maklumat yang saya terima peti sejuk memang memainkan peranan penting dalam sesebuah rumah. Setiap rumah mesti ada peti sejuk. Dari peti sejuk lah anak-anak akan mendapatkan makanan berkhasiat dan sedap-sedap ( serta merta terbayang kek dalam peti sejuk )

Sedikit Info Tentang Peti Sejuk Baru Jenama MITSHUBISHI ELECTRIC model terkini FOLIO JX dan FOLIO BX.

Peti Sejuk Terkini MITSUBISHSI ELECTRIC FOLIO JX / BX & Tips Memilih Peti Sejuk Terbaik

Mitsubishi Elektrik Sales Malaysia Sdn Bhd kini mmperkenal Peti Sejuk terkini Siri Folio JX dan Folio BX. Dengan bercirikan Smart Cube iaitu keupayaan menyimpan barangan lebih besar dan lebih bergaya. Selain dari itu Struktur Penebat Kepanasan Nipis Baru juga di sertakan iaitu rekaan pintu dan dinding peti sejuk yang lebih nipis tanpa mengurangkan prestasi penebatan keseluruhan peti sejuk.

Ciri-ciri utama paling terkini lebih baik lebih canggih dan berteknologi terkini.

Peti sejuk ini direka secara erganomik dan memaparkan ruang simpanan berguna, ruang pembeku berdiri kompak bebas fros dengan laci menggelongsor yang meminimumkan kehilangan udara sejuk dan laci pelbagai gunaan dengan pembahagi untuk meyimpan sayur-sayuran. Alaa pendek kata , senang nak sorong tarik laci dan juga tempat simpanan lebih banyak mengikut jenis bahan simpanan kita  dan seterusnya dapat mengekalkan kesegaran dan kebersihan serta menekankan penjimatan tenaga dan mesra alam.

Ciri-ciri peti sejuk  Siri Folio JX dan BX

Ciri-ciri utama termasuk:

  1. Vitamin Factory
  2. Pembuat Ais Automatik
  3. Pembekuan Lembut
  4. Penyah Bau Anti-Bakteria
  5. Rak Auto
  6. Penyejuk Bukan CFC
  7. Smart Cube, Struktur Penebat Kepanasan Nipis Baru

Ok dah habis ciri-ciri dan kelebihan yang terdapat pada kedua-dua model peti ais Mitshubishi Model Folio BX dan Folio JX terbaru lagi terkini. Kalau nak beli peti ais ni dah ok sangat dah pelbagai segi. Ehemm encik suami , peti ais satu .. ewah …

Tips Memilih Peti Sejuk Terbaik

  1. Jika sesebuah keluarga yang selalu membeli stok makanan untuk seminggu atau lebih di cadangkan membeli peti ais besar 300 liter ke atas dan juga mempunyai fungsi membunuh bakteria dan menjaga kesegaran sayur-sayuran anda.
  2. Pastikan terdapat cicri-ciri tambahan yang baik , contoh nya laci lebih banyak , laci senang di cuci , laci tidak mudah pecah dan sebagaiya.
  3. Di saran menggunakan pintu sejuk dengan dua pintu atau lebih bagi menjimatkan penggunaan elektrik . Jika kita hendak ambil air minuman sahaja contohnya kita buka bahagian air , maka suhu di bahagian bahan mentah , sayur dan bahagian lain tidak akan mengalami perubahan dengan ini kita mendapat penjimatan elektrik yang sangat banyak. Jika menggunakan pintu sejuk satu pintu , peti ais kita akan berkerja lebih kuat dan menggunakan elektrik lebih banyak untuk menstabilkan suhu selepas setiap kali pintu peti sejuk di buka dan di tutup.
  4. Cuba dapatkan peti sejuk dengan bahagian getah saiz yang lebih lebar dan jika boleh dapatkan ujian ketahanan getah ini. Ini adalah kerana bahagian getah ini akan mula-mula rosak/ haus . Walaubagaimana pun jenama terkenal biasanya membuat ujian ketahanan sendiri dan menyatakan di dalam katalog berapa lama getah ini tahan di gunapakai.
  5. Peti sejuk dengan “Defros” secara automatik adalah fungsi yang boleh di pertimbangkan ketika hendak membeli. Dan fungsi tambahan lain yang agak menarik seperti tidak perlu membuang air yang di cairkan dan akan di keringkan sendiri. Jika sesuai dengan bajet beli lah. Ianya menyenagkan kita dalam masa panjang.

Berberapa tips untuk membeli peti sejuk di atas sesuai sangat dengan peti ais jenama Mitshubishi ni kan ? Jadi pertimbangkan lah .. selain dari design yang cantik ianya berbaloi di beli untuk jangka masa panjang. Tips lain .. pastikan ruang letak juga sama besar dengan peti sejuk anda. ( Hehehe yang tu… semua  orang pun tau kan ? )

Untuk Info Produk Peti Sejuk Mitshubishi sila ke website mereka   –>  http://www.mitsubishielectricmalaysia.com/

Comments

  1. Akuro San :

    bukan main canggih lagi fungsi peti ais nih.. tah berapa hargalah agaknya…

  2. Kalau ada bajet lebih boleh beli ada inverter untuk penjimatan tenaga dan ruang penyimpanan lebih besar.

  3. Peti sejuk ni nampak menarik… Dengan teknologi terkini dan rekaan yang unik… Harganya tentu boleh tahan… Setakat ini peti sejuk di rumah saya masih boleh digunakan untuk keperluan 5 orang ahli keluarga… Manalah tahu kalau keluarga saya semakin membesar pada suati hari nanti, mungkin saya perlu membeli peti sejuk yang lebih besar lagi…

  4. Bestnya kalau dapat ni..saya nak beli peti sejuk besar gini..tunggu la 3,4 tahun lagi..tunggu yang ada ni rosak..heheh

  5. ni berapa pintu punya peti sejuk ni

  6. bila keluarga semakin membesar, peti ais pun perlu besar juga.

  7. Terima kasih atas perkongsian tips2 dalam memilih peti kemas, ini bisa saya jadikan rujukan nanti bila beli peti kemas baru 🙂

  8. fuh, macam-macam boleh sumbat tu..

  9. mmg teringin peti sejuk besarr gedabakk…

    tp ni baru beli… sederhana besar… cik abe takmo berhutang byk2… boleh cash, cash dulu yg mana mampu…

Speak Your Mind

*