Peti ais Mitsubishi L4Grande terbaru !! Stylish , Tasty & Healthy

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sabtu lepas , saya telah di jemput untuk menghadiri sesi taklimat produk Mitshubishi L4Grande terbaru yang di katakan stylish , Tasty dan Healthy kalau kita gunakan peti ais tersebut. Taklimat berlangsung di ibu pejabat mereka di Petaling Jaya. Di dalam sesi selama lebih kurang 4 jam itu semua blogger yang hadir di perkenalkan dengan peti ais jenama ini.  Apa yang menarik dengan peti ais ni ? sama ke dengan peti ais jenama lain ? Mari lah kita tengok gambar dan sedikit info yang akan saya tulis di dalam post kali ini.

Tips Memilih Peti Sejuk Terbaik

mitshubishi L4 GRANDE

Di dalam sesi taklimat ini , ramai blogger yang di jemput turut sama hadir bagi melihat-lihat peti ais yang di beri nama L4Grande ini.

mitshubishi L4 GRANDE

Dan semestinya pewaris blogger puanbee.com ikut sama. Kesian pula nak tinggal dengan ayah nya . Kakak-kakak tak apa tinggal dengan ayah sebab dah besar 🙂 . Teruskan kepada cerita peti ais lah ..

L4Grand di keluarkan dengan saiz setinggi manusia kot. Haha tinggi dan besar , puas hati jika hendak menyimpan barangan makanan untuk stok sebulan. Uniknya L4Grand ini  saiz 950mm dan mengasingkan bahagian makanan tertentu dan ada ruang simpanan makanan yang cukup. L4Grand mempunyai LED Sunlight dan Humidity control.

LED sunlight

Seolah cahaya yang memberi kesegaran dan vitamin kepada sayur-sayuran yang di simpan di bahagian penyimpanan sayur.

Humidity Control

Tempat untuk mengawal kelembapan sayur-sayuran yang di simpan. Jadi sayur atau buah – buahan yang di simpan akan mendapat kelembapan sesuai dan ia nya boleh bertahan lebih lama.

review peti ais

Contoh gambar sayur yang telah di buat ujikaji oleh Mitshubishi sendiri di bawah 🙂 Kurang jelas .. maaf ~

Peti Sejuk Terkini MITSUBISHSI ELECTRIC FOLIO JX / BX

mitshubishi L4 GRANDE

Apa kah gambar di bawah ini ? syok sendiri kah ? Haha .. lawak jek .. punya kilat peti ais ni , sampai nak ambil gambar permukaan nya nampak bayang-bayang sendiri. Sabar je la …

Saya nak tunjuk butang kawalan yang di beri nama ECO MODE dan Scene Adjusted Control ( Microprosessor )

Eco Mode 

  • Adalah satu fungsi di mana , ianya akan mengurangkan penggunaan tahap tenaga pada non-peak hours. Ini lah di katakan peti ais bijak yang boleh mengawal dan menjimatkan penggunaan elektrik.

peti ais l4grande

Tengoklah sebesar-besar puanbee , besar lagi peti ais L4Grande tersebut. Awat saya rasa kecik tetiba.. ngeh2. Bahagian letak air , ais krim dan barangan sejuk beku di bawah ye .. Kata mereka ini dapat menjimatkan penggunaan tenaga kerana prosesor tak perlu bergerak ke atas. Macam tu kot. Tak berapa pandai nak terjemahkan bab ni. Tapi saya faham la.

Pulak tu , saya suka dengan cara pembahagian rak-rak tersebut. Ini dapat la mengelakkan bau makanan bercampur aduk. Siap ada tempat untuk letak cheese , mentega , ais krim asing dari daging dan juga makanan sejuk beku lain.

Nampak lebih teratur dan mudah untuk menyusun. Selain dari itu ianya juga kemas dan menjamin kebersihan makanan.

2013-03-16 17.19.37

Kalau korang boleh nampak , bahagian atas sekali kanan ada rak yang disediakan dengan penutup , boleh letak ubat-ubat atau makanan yang perlu jaga seperti mayonis dan mentega kacang atau jeli. Tetapi kami dah tersilap letak red bull. Kata mereka tak bagi anak capai nanti pening minum red bull hahaa ..

Kiri kanan di bahagian pintu , rak no 3  tempat khas untuk letak bekas minuman yang bersaiz besar . Ermm lebih kemas begitu kan.

2013-03-16 17.23.07

Dan lihat rak-rak di belakang laila , korang boleh terus letak makanan dengan bekas sekali. Boleh letak kek , agar-agar , mashmallow ke untuk parti semudah a , b , c ambil dan hidangkan . Selain itu bahagian ini di letakkan di bahagian atas untuk kebersihan kita gitu ~

Semua rak -rak  di L4Grand ini juga boleh di ubah-ubah saiz kelebaran nya. Jangan risau .. agak nak letak periuk lebar sikit kita boleh ubah rak nya tak terkecuali rak di pintu ya ..

Eh lupa nak cakap. Selain dari itu L4Grand ini di datangkan dengan DOOR ALARM SYSTEM . Di mana jika pintu di buka selama satu minit , akan ada bunyi keluar macam mesin basuh tu.

2013-03-16 16.30.33

Rak untuk tiub ais pun ada 3 senang sebab di bawah. Tapi agak tak bagus untuk anak-anak saya haha.. kompom punya budak-budak kejap-kejap korek peti ambil ais.. Tapi itu tak mengahalang apa-apa kalau big bos nak beli peti ais ni. Phew~

Bawah rak ais tiub boleh letak telur. Rak tertutup jadi tak risau dengan bakteria. Bawah tempat telur boleh letak ais krim. Pheww~ bestnya kan. Semua teratur.

Kami ada petandingan isi peti ais dengan makanan dan minuman pada hari tersebut. Malangnya kumpulan A tidak memenagi hadiah kecil dari Mitshubishi . Eh tetapi sebab bawak blogger kecik maka saya bertuah di beri hadiah juga.  Peti ais L4Grand yang mulanya kosong , telah di isi barang oleh kumpulan A .

2013-03-16 16.25.51

Blogger hebat juga di dalam kumpulan A. Selain blogger Ben Ashaari , ada juga Blogger lain seperti Rabiatul Adawiyah , Broframestone dan isteri , Yanmieonline , Ariffshah , Dan lain-lain. Maaf terlupa nak ambil nama blog. Terima kasih juga pada yang tolong pegang kamera saya tu. Nama apa ? lupa nak tanya. Kalut betul puanbee.

blogger event

Lihatlah betapa banyak makanan itu ..

2013-03-16 17.06.35

Si kecil yang sangat bersemangat. Kemain dia .. macam faham apa orang nak buat. Ngeh~

blogger reviewJuri mengambil markah. Tetapi tak menang. Walau apa pun kami enjoy. 🙂 Lagi enjoy kalau menang Peti ais L4Grand dari Mitshubishi ini.

L4Grand Mitshubishi yang stylish ini di datangkan dengan dua warna iaitu :

  • Stainless Steel
  • Diamond Black

Jika berminat boleh mendapatkan produk di cawanngan Mitshubishi berhampiran anda.

HARGA : RM5499.00 🙂

 

Comments

  1. Suka lagi tengok anak PB tu, pandai dia posing untuk mamanya. Memang waris yang betul2 ni. hehehe

  2. besarnya esbox…rege pun sure besar jumlahnyan ni…hehe

  3. Peti ais sejuk ini sarat dengan teknologi dan pintar. Saya suka konsep ergonomik diterapkan ketika hendak mencapai barang-barang didalam peti ais sejuk tersebut.

  4. best nampak peti ais ni.. sebab dia lebar lebih.. bukan tinggi lebih.. senang nak simpan makanan.. RM5k++ tu ok kot dengan saiz and brand name.

  5. kalau nk beli, mention nama puanbee ni.. dpt diskaun dak? ngeh3x….

  6. Wow..memang sesuailah juga dengan nama dia… L4Grande,puas hatilah pakai..,semua ada tempat susun barang makanan dan memang nampak kemas….!

  7. besar nya peti ais tu.. huhu..

  8. Wow besarnya peti ais nie.harganya pun boleh tahan sesuai dengan teknologi yang digunakan.

  9. bbrp bulan sudah kami laki bini dok usha peti sejuk kat kedai…. tp rezeki belum ado… mmg jenis inilah yg nis dok tenang2 bee… tp regenye! satu lagi nis dah buat kabinet dapo, jadi tinggi peti sjuk tu mmg kena ikut sukatan dapo kami…

    ohh peti sejukk… bilalah nak tukaq baru… yg ni rasa dah kecik pulok :p

  10. staibaqhang :

    peti ais ada humidity control saya tak ada lagi… yg ada dry box yg ada humidity control untuk simpan kelengkapan kamera…

  11. mama3heroo :

    makk ai..besonye ..peti ais tu..bkn takat makanan..orang pun leh masuk lam tu..kikiki..

  12. Peti ais sebesar ni ada baiknya tambah function lock button kat atas. Bukan apa, takut anak time merajuk dia sembunyi dalam ni je.

  13. Bestnya dpt peti ais besar mcm ni kan…. makin besar, makin banyak saya nk sumbat. Kalau mitsubishi lama, ada kaler merah… yang ni xde dh merah. Bertahun berangan =)

  14. mak aih! ni peti ais ke rumah kecil ni puanbee? hehe. macam dah boleh duduk dalam situ dah kalau nak rasa sejuk macam kat London! 😀

  15. Datin Tyka :

    mak tyka tak suka peti ais besar-besar. lagi besar lagi banyak isi nya… lagi sepah..
    hoho
    peti ais kat rumah ni pun dah 2. heeee

  16. hati-hati ye nanti anak termasuk dalam peti ais tu, besar sangat hehe.

  17. best nih ada peti ais, besar, harga pun besar jugak

  18. Besarnya, memang puas kalau dapat sebijik

  19. Kalau dapat peti ais ini, xtau nak isi dengan apa dah

  20. hik3.. calon blogger cilik pengganti mama dia dan ada tuh si UNA..

    anyways memang best dapat fridge mcm ni. luas boleh isi..
    price brapa bee?

  21. peti ais dgn humidity control jarang2 ada rasanya.
    puas hati ni terutamanya musim panas sekarang…sesak-sesak mausk dalm tu….heee

  22. muat tu masuk anak. hoho..

  23. Oneblogsocial :

    O,ini cerita yang dah upload photo dekat facebook.Awalnya saya kira beli peti ais baru.

  24. harga dia berapa puanbee, letaklah harga, hehee, ni mesti ribu ribu nih

Trackbacks

  1. […] dah habis ciri-ciri dan kelebihan yang terdapat pada kedua-dua model peti ais Mitshubishi Model Folio BX dan Folio JX terbaru lagi terkini. Kalau nak beli peti ais ni dah ok sangat dah […]

Speak Your Mind

*