Pertandingan Fotografi Petronas 2012 Sempena Tahun Baru Cina

Spread the love

Weweittt.. dah tengok tak iklan Tahun Baru Cina dari PETRONAS untuk tahun 2012 ? Setiap tahun juga setiap kali ada perayaan di Malaysia ni , Petronas akan menyiarkan iklan yang menyayat hati , iklan yang menggambarkan rakyat Malaysia , iklan yang mengajak kita semua berfikir dan renung sejenak tentang nila-nilai murni , saya suka menonton apa sahaja iklan dari Petronas tidak mengira apa perayaan sekali pun , kerana dalam setiap iklan Petronas ada terselit mesej nya yang tersendiri.Kali ini , bagi perayaan Tahun Baru Cina seperti biasa ada iklan dari Petronas yang bertajuk “Coming Home”

Apa yang korang rasa dan dapat bila korang tengok Video tu ? eh video apa ? Tengok bawah ye …

Selasa lepas ada satu sidang media yang di rasmikan oleh Senior General Manager of Group Corporate Affair Division, Dato’ Mohammad Medan Abdullah Pelbagai ucapan dari beliau di kongsi bersama , antara petikan kata-kata beliau mengenai iklan ini adalah :

“Energy is everywhere,in everything we do,and especially at this time. It could be the excitement and the bonding during the reunion dinner, or it could be the hustle and bustle of shopping for and decorating the home. It could even be a portrait of the wise grandfather of the family,or a picture of the lanterns that light up our cities,”explained Dato Mohammad Medan.

Datuk Mohammad Medan Abdullah memberi sedikit ucapan pembuka majlis
Datuk Mohammad Medan Abdullah memberi sedikit ucapan pembuka majlis

Semasa Majlis pelancaran iklan Tahun Baru Cina 2012 ini , para jemputan media turut dapat merasai makanan yang menjadi simbol kepada kaum Cina iaitu “Yee Sang”

Yee Sang Simbol Makanan Cina pada hari perayaan Tahun Baru Cina
Yee Sang Simbol Makanan Cina pada hari perayaan Tahun Baru Cina

Juga tak ketinggalan pertunjukkan Tarian Naga yang di persembahkan oleh kumpulan Tarian Naga terbaik bagi memeriahkah lagi acara di adakan di pekarangan KLCC , bagi mengalu-alukan kedatangan Tahun Baru .. sangat meriah dan menarik .. itulah Malaysia 🙂

The first lion dance performance of the new year!
The first lion dance performance of the new year!

Part yang ditunggu dan paling best adalah .. bersempena Tahun Baru Cina 2012 dan Pelancaran TVC PETRONAS 2012 ini , Petronas dengan kerjasama Leica Camera AG telah pun mengadakan satu pertandingan Fotografi terbuka untuk semua !! Semua foto haruslah bertemakan “Reimagining Energy”. Untuk turut serta dalam pertandingan ini , korang boleh submit gambar terbaik korang di Facebook Petronas

Foto yang terpilih sebagai pemenang akan di pamerkan di Galeri Petronas di samping itu “Ang pow” menanti para pemenang 🙂 jadi kepada pengguna kamera canggih mahupun kamera mobile anda layak untuk tunjukkan bakat anda.. apa tunggu lagi ? atau tunggu apa lagi ?

Pertandingan Fotografi Petronas 2012

Petronas juga akan menganjurkan kelas fotografi di sekolah-sekolah dan kolej-kolej terpilih untuk membantu golongan muda menonjolkan bakat disamping sebagai satu medium untuk menyampaikan mesej-mesej tertentu.

Untuk menonton Video TVC Petronas yang lain , moh ke youtube Petronas.

Lepas ni saya juga nak cuba masuk Pertandingan Fotografi dari Petronas.. walaupun …

21 thoughts on “Pertandingan Fotografi Petronas 2012 Sempena Tahun Baru Cina”

  1. Pingback: “Remagining Energy” CNY Photography Contest With PETRONAS | Malaysia Mom Bloggers

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *